Kekeluargaan

Anak Jadi Mangsa, Suami Tak Tahu Isteri ‘Burnout’

Share

Pesanan buat suami jangan sampai tak tahu, burnout pada isteri ni bahaya kalau kita tak ambil peduli. Bukan sekadar penat badan, tapi emosi dan mental dia boleh jadi letih gila.

Bila isteri dah burnout, dia mudah sangat marah, rasa cepat tertekan, dan kadang-kadang boleh lepaskan kemarahan pada anak-anak tanpa sengaja.

Kalau kita tak peka, keadaan ni boleh beri kesan buruk pada hubungan dan anak-anak. Sebagai suami, kita kena faham dan bagi sokongan yang dia perlukan, supaya dia boleh rasa dihargai dan kembali tenang.

Sebagaimana perkongsian Coach Parenting, Mohd Fhais Salim bahawa burnout ni bukan sekadar penat badan, tapi penat mental dan jiwa, yang boleh buat dia jadi cepat marah, mudah terasa, dan mungkin cenderung melepaskan kemarahan pada anak-anak tanpa sedar. Dalam keadaan macam ni, isteri sangat perlukan sokongan suami.

WANITA TAK TAHU  BURN OUT
Coach Parenting, Mohd Fhais Salim

Menurut Coach Parenting, Mohd Fhais Salim, apabila isteri terjerit jerit kat rumah. Jangan jauhi dia, tapi cepat dekati dia. Itu red flag yang dia Burnout Risau anak anak jadi mangsa keadaan nanti. Bila dah kena burnout ni.

Katanya ini adalah tahap irritability meningkat mendadak. Jadi mudah marah. Mudah rasa terganggu ( annoying ) dan mudah menengking.

“Masa ni datang la anak buat masalah kecil pun dah boleh buat dia mengamuk tak ingat dunia. Kesian anak.”

“Masa ni akal ( cortex ) dia tengah pasif, tak dapat nak kawal sangat pertuturan, tindakan dan respon bila ada masalah.”

” Masa ni la dia banyak main lepas je cakap. Kadang dia pun tak sedar apa yang dia cakapkan. Anak anak boleh jadi kecil hati nanti.”

“Masa ni emosi ( limbic ) jadi sangat aktif dan jadi raja tubuhnya. Kesannya, dia jadi seorang yang impulsif. Bertindak ikut hati semata-mata. Sebab tu lepas termarah anak, dia akan rasa menyesal.”

” Masa ni isteri kita sedang di belenggu fasa isolation, dia rasa semua orang sekeliling dia tak memahami dia. Tu yang cepat sentap!”

” Masa ni dia akan rasa depleted sangat. Tidur cukup tapi masih rasa penat. Rehat banyak pun rasa penat lagi. Sebab burnout ni bukan penat fizikal tapi ia adalah penat emosi dan penat jiwa.”

SUAMI NAK BUAT APA BILA ISTERI BURN OUT

Bila nampak tanda tanda burnout ni cepat cepat dekati dia dan beri apa yang dia perlukan.

– Peluk dia

– Hiburkan dia

– Tunjukkan sayangi dia

– Dengar luahan hatinya

– Katakan padanya “abg ada”

Nampak simplekan, tapi ini la apa yang setiap isteri ternanti nanti setiap hari dari suaminya.

Penat macam mana pun badan dan jiwa dia akan hilang dengan senang bila ada suami yang memahami dan menghargai dirinya.

Sumber: Mohd Fhais Salim