Mendidik anak-anak memang mencabar. Maklumlah, jika salah mendidik anak, akan memberik kesan kepada tingkah lakunya. Mulalah ada cakap-cakap, “mak ayah dia tak ajar ker”. Begitulah yang dikatakan, anak itu cerminan ibu bapa. Memang ibu bapa kena tahu cara yang betul untuk menegur anak supaya perangainya tidak keterlaluan terutama apabila sudah memasuki sekolah rendah.
Ikuti perkongsianTaufiq Razif di laman facebooknya bagaimana untuk menegur cara yang betul apabila anak berkelakuan tidak sopan.
Kebanyakan perangai anak ni memang mencabar kesabaran mak ayah kan. Kadang-kadang kita boleh diamkan je tapi kadang-kadang ada perangai anak yang melampau dan keterlaluan!
Yang keterlaluan ni memang kena ditegur. Tak boleh dah guna alasan ” alahhh..biasa la budak budak “. Sebab tanpa teguran, perangai tak elok ni akan melekat dan menjadi ‘wiring otak’ yang kekal dan susah diubah.
Ni 5 perangai anak yang kita kena tegur daripada kecil :
1. SUKA MASUK BILIK ORANG Memang anak yang penuh dengan rasa ingin tahu (curiosity) ni akan sangat suka ‘explore’ tempat yang baru. Sifat ‘curiosity’ ni bagus tapi kita kena bimbing sifat tu supaya anak kita boleh teruskan sifat ‘curiosity’ nya tanpa ganggu privasi orang lain.
Ni la adab yang kurang ada pada kanak kanak zaman sekarang. IQ tinggi tapi EQ dan Interpersonal skills tak dipeduli.
Ads
2. SUKA MENYAMPUK ORANG TUA SEDANG BERCAKAP Memang anak yang tengah teruja ni akan main sembur je bertanya tanpa tengok masa dan tempat. Suka bertanya tu bagus tapi kalau kita tengah bercakap dengan orang lain pun dia nak menyampuk, tu boleh jadi masalah.
Kenapa?
Anak yang suka menyampuk ni biasanya suka sangat nak cari perhatian ( entitle for attention ) dan sangat susah nak lawan perasaan ditolak ( unable to tolerate frustation ).
Tu la kenapa kalau anak menyampuk, saya terus tegur dan bagitahu dia untuk tunggu saya habis bersembang dulu.
Daripada situ pun saya dah boleh latih anak ‘self control’. Anak yang tinggi Self Control insyaAllah akan lebih berjaya suatu hari nanti.
3. SUKA MAIN KASAR Jangan pandang ringan kalau anak kita suka tumbuk atau cubit kawan kawannya. Tanpa teguran, sifat ni boleh jadi habit yang kekal dan berterusan sampai remaja dan dewasa.
Ads
Teguran tu pula mesti ‘on the spot’. Nampak je anak berkasar dengan sepupu dan kawannya, kita kena terus tegur dan ajar dia cara yang betul nak bergaul. Kalau kita cuma ketawa dan anggap ianya permainan semata semata bahkan siap puji puji pula, otak anak kita akan anggap ianya ‘social reward’ dan susah nak diubah sampai la dia dah besar nanti.
4. BUAT-BUAT TAK DENGAR Kalau anak tak dengar sebab mengelamun tu lain cerita tapi kalau dia buat buat tak dengar dengan sengaja itu namanya POWER PLAY.
Masa ni la anak nak uji autoriti kita. Mak ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan je anak menguasai dirinya.
Lama kelamaan kita akan nampak anak akan semakin degil dan susah dengar cakap. Itulah yang terjadi bila kita kurang autoriti pada anak anak kita sendiri.
5. ANAK TERLALU PEMENDAM Ada juga anak yang sangat susah nak menangis. Kalau dia sakit ataupun sedih dia ketap je bibir supaya tak menangis.
Ads
Pernah kan kita dengar falsafah “Boys dont cry ” kan?
Salah sebenarnya falsafah tu. Kita kena bagi signal pada otak anak kita bahawa ianya okey untuk meluahkan emosi terpendam mereka.
Tu la kenapa kalau anak menangis, jangan la duk tengking mereka. Menangis adalah cara anak kita mengekspresi emosi sedih mereka.
Cuma kita kena bantu mereka untuk kawal emosi tu je supaya ianya tak berubah menjadi amukan dan tantrum. Tengking boleh selesaikan tangisan, tapi parut dan luka psikologinya itu yang akan berpanjangan!
Jom ajar pasangan kita 5 info kat atas ni. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu ilmu dan info ni kan.
p/s : Saya suka juga kongsi ilmu didik anak di Telegram saya. klik je link ni untuk join ye ?t.me/NotaTaufiqRazif Ada dalam 118 ribu mak ayah juga dalam tu. Jom
Anak yang dilahirkan itu anugerah dan kurniaan daripada Allah S.W.T. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya. Semuanya bergantung pada didikan dan ajaran ibu bapa untuk anak menjadi seorang yang cemerlang. Kebiasaannya anak lelaki lebih dinantikan oleh para ibu bapa daripada anak perempuan.
Ikuti perkongsian ini mengenai anak lelaki. Memang inspirasi catatan puan Khadijah Tahirah.
SIAPA ADA ANAK LELAKI KENA BACA SAMPAI HABIS
Anak lelaki banyak energy. Anak lelaki suka berlari. Anak lelaki suka bergusti. Anak lelaki perlu keluar kena matahari, nanti dapat tidur berquality. Anak lelaki perlu keluar kena matahari supaya mood jadi happy, kurang depresi, tingkatkan memory. Semua ni ada scientific study.
Anak lelaki perlu terapi alami. Ada penyembuhan pada alam semulajadi. Biar main parit. Panjat pokok sana sini. Ini untuk tabung emosi. Buka kasut, sentuh tanah, jalan tanpa alas dikaki. Badan dapat create sistem immunity. Dapat neutralize cas negative. Kita nak restore humanity.
Jangan asyik pegang controller Dan main psp. Terpekap dalam rumah, dinding kanan kiri. Dihadapkan pasif skrin entertainment dari phone sampai tv.
Beri anak lelaki haiwan peliharaan. Tak kisahlah walaupun ikan guppy. Supaya belajar rasa empathy. Moga besar jadi suami mithali. Tak da la ego meninggi. (Kannnn)
Anak lelaki perlu ayah disisi. Untuk jadi idola diri. Spend lah time ke masjid. Suggestion saja ni. Kalau buat Allah sukai. Anak lelaki perlu ibu, sentiasa dengar Dan mengasihi. Memang macam-macam perangai dia buat, kadang-kadang sakit hati. Jiwa kena kental, sabar tidak bertepi. Cakap sekali belum tentu bergerak. Kenalah ingatkan beberapa kali. Bukan semberono ya. Ada cara dan seni. Otaknya tak boleh proses banyak benda, satu arahan satu situasi. . Rasa-Rasa nak mengamuk, cakap pada diri, Ini amanah Illahi Tugas kita bukan menghakimi Tapi mendidik Beri kasih sayang, tanpa belah bahagi. . Ini soalan yang last sekali Dah peluk anak lelaki hari inj? Sekejap saja mereka membesar Peluklah selagi berdenyut nadi.
Kredit to: Khadijah Tahirah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan memperkukuhkan Pakej Ransangan Ekonomi 2020 pastinya ramai yang berlapang dada.
Apatah lagi dengan bantuan kewangan sebanyak RM600 untuk tempoh maksimum enam bulan kepada setiap pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan kemelut ekonomi yang melanda negara ketika ini.
Pastinya pengumuman ini membuatkan sekurang-kurangnya ringan sedikit beban kewangan yang ditanggung dalam keluarga.
Selain itu, memetik laporan penuh di akhbar Sinar Harian, PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberi bantuan kewangan sebanyak RM600 untuk tempoh maksimum enam bulan kepada setiap pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan kemelut ekonomi yang melanda negara ketika ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muh LPyiddin Yassin berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) hari ini.
Menurutnya, keputusan itu juga diambil sebagai langkah untuk menambahbaik dan memperkukuhkan lagi Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan bulan lalu.
“Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM120 juta dan dijangka dapat memberi manfaat kepada 33,000 pekerja.
“Bantuan ini juga hanya layak dinikmati oleh pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac lalu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat EAC di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, langkah tambahan lain yang diambil adalah diskaun caj elektrik untuk sektor komersial, perindustrian dan pertanian, pelaksanaan projek-projek kecil bernilai RM2 bilion dan pembayaran asal bagi Bantuan Sara Hidup (BSH).
“Kerajaan akan memastikan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 seperti yang telah diumumkan 27 Februari 2020 diteruskan.
“Selain itu, pelaksanaan semua projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk ECRL, MRT2 serta Pelan Gentian dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). Kerajaan juga akan meneruskan dasar fiskal yang bertanggungjawab dan dasar mesra perniagaan bagi menarik pelaburan yang berkualiti juga diteruskan,” katanya.
Tidak dapat dibayangkan kesukaran dan ketakutan yang rasai oleh dua beranak yang akhirnya menjadikan penemuan mangsa ke-17 dan ke-18 ditemui di bawah runtuhan dekat tepi sungai, setakat jam 4.40 petang tadi.
Mangsa ditemui berpelukan ialah pasangan ibu dan anak perempuan berusia kira-kira tiga tahun.
Kedua-dua mangsa dipercayai berkhemah di kawasan berhampiran tetapi pergerakan tanah menolak mangsa berhampiran sungai.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, penemuan mayat dua beranak itu menjadikan mangsa yang masih dikesan 15 orang.
“Seramai 230 pegawai dan anggota JBPM dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan meneruskan pencarian sehingga malam ini.
“Operasi mencari dan menyelamat akan dihentikan sekiranya cuaca tidak mengizinkan,” katanya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dijadual mengadakan sidang media petang ini.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...