Ibu bapa yang memiliki anak istimewa sebenarnya cukup bertuah. Biarpun diduga dengan ujian dari Yang Maha Esa, namun kegigihan dalam membesarkan anak syurga tanpa give up akhirnya membuahkan hasil.

Pengorbanan meninggalkan kerjaya demi menumpukan perhatian kepada anak syurganya bernama Annas Ikhwan nyata berbaloi apabila si anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran baru-baru ini.

“Harungilah dengan kuat dan anggap kita ada 1 kelebihan dari orang lain..hidup untuk dinikmati bukan untuk diratapi. Kebahagian datang dalam berbagai cara. Tak semestinya anak kita normal, dia 100% pasti berjaya. Tanpa usaha tidak bernilai. Anak istimewa satu anugerah.

“Jangan banding cara orang dengan cara kita didik dia. Annas dibesarkan ikut cara didikan ummi dan abah…yang penting cari ilmu dan jangan terlalu menunggu setiap info datang sendiri pada kita..i syaAllah we can do it !!

Itu antara perkongsian ibu bernama Che Marsinah Murnie dalam mendidik anaknya.

“Terima kasih guru2 Annas.  Ummi hafal semua bab dalam buku P.Islam supaya dpt ajar Annas sepertimana seorang guru di rumah. Ummi proud of you sayang !!

“Annas berada di tahun 2 arus perdana..tahun lepas masa tahun 1 hampir2 ditolak ke ppki. Tapi ummi fight until Annas berada di kelas mainstream biasa. At last akhir tahun 2017 dia top 10 excellent student di sekolah.

“Percayalah yang kekuatan ibu bapa mampu mengubah anak istimewa kita. Little fighter will never give up. Kanak2 istimewa juga mampu,”ujar Che Marsinah lagi.

Selain itu, dia juga turut memberikan beberapa tip buat ibu bapa yang memiliki anak istimewa sepertinya. Moga bermanfaat kepada ibu-ibu yang lain!

Ads

“Anak Istimewa Hadiah Dari Tuhan.” Korban Kerjaya Demi Anak Mild Autism & Asperger, Ibu Hebat Ini Akui Hidup Untuk Dinikmati Bukan Diratapi!


⚘ANAK ISTIMEWA HADIAH DARI TUHAN ⚘

Annas bersekolah di aliran perdana bersama kanak2 normal lain sejak tahun 1 pada 2017. Bukan mudah bila kawan2 tidak memahami dia dan akibatnya sepanjang 2017 saya setiap minggu turun naik sekolah demi memperjuangkan dia di aliran perdana. Akhirnya dia antara 10 pelajar cemerlang pada hujung tahun. Itu kisah tahun lepas. 2018 membuka lembaran indah bila Annas ditempatkan di antara kelas yg terbaik.

“Anak Istimewa Hadiah Dari Tuhan.” Korban Kerjaya Demi Anak Mild Autism & Asperger, Ibu Hebat Ini Akui Hidup Untuk Dinikmati Bukan Diratapi!

“Anak Istimewa Hadiah Dari Tuhan.” Korban Kerjaya Demi Anak Mild Autism & Asperger, Ibu Hebat Ini Akui Hidup Untuk Dinikmati Bukan Diratapi!

Tiada keindahan yg datang semudah angin lalu..semua perlukan pengorbanan. Apa yang boleh saya kongsikan sebagai ibu bapa kepada anak Mild Autism & Asperger ialah :

Ads

1. Pengorbanan – saya tinggalkan kerjaya dan jadi penjaga dia 24 jam. Saya juga jadi guru, pengantar ke sekolah, tukang masak masakan kegemaran dia, jururawat peribadi dia, kawan dia dan segalanya..

2. Awal tahun saya akan buat rujukan dan belajar the whole books dari Bab 1 sampai habis. So saya dpt ajar dia umpama seorang guru di rumah.

3. Sentiasa berhubung dgn guru2 dan paling penting bersahabat dgn mereka. Guru amat gembira bila kita bekerjasama membantu anak2 kita.

4. Dari bulan Jan – Dec, Annas hanya menonton tv pada bulan 5 (cuti sekolah penggal 1) dan bulan 11(cuti sekolah penggal 2). Itupun hanya 1 jam. Saya xpaksa tapi dia sendiri xberminat.

“Anak Istimewa Hadiah Dari Tuhan.” Korban Kerjaya Demi Anak Mild Autism & Asperger, Ibu Hebat Ini Akui Hidup Untuk Dinikmati Bukan Diratapi!

5. Pemakanan sgt penting. Annas xminum sebarang minuman bergula tinggi. Dia kuat minum susu dan mengamalkan vitamin susu kambing. Dia jarang sakit jugak.

Ads

6. Dia tidak berminat dgn kawan2 yang ligat bermain di kawasan residen rumah. Jadi setiap 2 kali sebulan dia akan bermain di kid’s gym yg khas utk kanak2 autism (we rock the spectrum kid’s gym)

7. Dari kecil saya latih ttg kebersihan dan adab. 2 asas ni sgt rapat dgn dia. Setiap kali waktu balik sekolah kawan2 dah turun kelas tp dia akan kutip semua sampah dikelas dan matikan semua suis lampu dan kipas.

I syaAllah kita mampu mengubah hidup mereka cuma byk pengorbanan perlu dilakukan.

“Anak Istimewa Hadiah Dari Tuhan.” Korban Kerjaya Demi Anak Mild Autism & Asperger, Ibu Hebat Ini Akui Hidup Untuk Dinikmati Bukan Diratapi!

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI