Berat mata memandang berat lagu bahu yang memikul. Kisah pasangan suami isteri ini cukup memilukan. Mungkin ini satu ujian buat mereka apabila diberi dugaan hebat apabila dikurnia anak syurga.
Aishah Mohd Saleh, 30, dan suami, Mohd Shahrul Hassan, 30, tidak pernah menjangka menempuh dugaan membabitkan kesihatan anak.
Ujar suri rumah ini lagi, mereka dikurniakan 4 orang anak. Nor Izzul Islam, 4, yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu dilahirkan normal. Manakala anak sulung, Nor Iman Shah dan anak bongsu, Nor Rahil Raihan disahkan menghidap hydrocephalus atau penyakit kepala besar akibat lebihan cecair dalam kepala sejak lahir.
“Waktu mengandung tiada sebarang perubahan dan rasa sakit. Hanya selepas doktor melakukan imbasan nampak penuh air di kepala. Waktu itu kandungan dalam lingkungan 19 minggu.
” Cuma sekarang doktor kata daripada anak pertama hingga k-2,dan k-4.. ada satu sindrom yang sama.. iaitu TRO L1 sindrome.. jenis sindrom ini ibu jari 2-2 lipat ke dalam dan ianya akan kena lebih pada anak lelaki.. kebetulan anak-anak saya semua lelaki.
“Mungkin ujian ini amat berat namun saya pasrah dan reda. Allah SWT tidak menguji hambanya di luar kemampuan. Anak kedua juga menghidap hydrocephalus dan meninggalkan kami selepas 42 hari dilahirkan.
“Tapi saya tidak patah semangat dan terus berusaha merawat dua lagi anak menghidap hydrocephalus,” kata Aishah yang bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang anak yang normal.
“Anak kedua, Nor Raihan Shah meninggal dunia selepas 42 hari dilahirkan kerana penyakit sama. Saya bersyukur Nor Izzul Islam dilahirkan normal.
“Saya tidak pernah anggap anak istimewa ini beban tetapi kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai dan sanggup menjaga mereka sehingga hujung nyawa,” katanya.
Dia yang menetap di Taman Ilham, Kluang, Johor berkata, Nor Rahil Raihan masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan perlu menjalani pembedahan di kepala.
Aishah berkata, pembedahan itu bagaimanapun ditangguhkan kerana Nor Rahil Raihan mengalami komplikasi jangkitan kuman di kepala dan air kencing.
“Syukur kepala Nor Iman Shah tidak lagi membesar selepas menjalani pembedahan VP Shunt bagi mengelak cecair bertakung dalam saraf otak yang dikesan berlaku selepas berusia lima hari.
“Selepas pembedahan fizikalnya dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) terlantar kerana tidak boleh berjalan dan bercakap. Alhamdulillah, dia menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM350 sebulan bagi membeli susu dan lampin pakai buang.
“Saya juga hantar permohonan ke Baitulmal Kluang untuk pembiayaan kos rawatan Nor Rahil Raihan,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini suaminya bercuti sakit selepas terbabit kemalangan jalan raya Jun lalu.
Katanya, dengan pendapatan suami hanya RM1,500 sebulan sebagai buruh, mereka tidak mampu membiayai kos rawatan dua beradik berkenaan termasuk perbelanjaan rawatan Nor Rahil Raihan di HSA.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank milik Aishah, 151061655960.
Sumber: FB Aishah Iman Izzul Rahil & Harian Metro