Kasihnya anak kepada ibu. Dulu anak derhaka adalah anak yang tidak mengenang jasa dan tidak menghormati ibu bapa. Lain pula halnya dengan seorang anak ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Doktor Suryati Yakob di laman facebooknya, bahawa pesakitnya mengelarkan dirinya sebagai ‘anak derhaka’ disebabkan melarang ibunya makanan yang diminta ibunya. Nyata tindakannya ini sebenarnya kasih anak yang terlalu sayangkan ibunya.
Namun semua yang dilakukannya adalah untuk memastikan kesihatan ibunya semakin baik. Caranya bukanlah dengan kemarahan hingga buat orang tuanya berkecil hati tetapi dilakukan dengan penuh berhemah. Kadang-kala menjadi ‘anak derhaka’ perlu bagi memastikan kesihatan orang tersayang terjamin. Betulkan? Ikuti perkongsian doktor ini.
__________________________________________________________________
Kisah anak ‘derhaka’.
Saya mengambil kesempatan ini untuk bercerita tentang kisah anak ‘derhaka’ pesakit saya.
Kenapa saya gelarkan dia begitu. Bukan saya yang beri gelaran tapi beliau sendiri yang cakap …
Saya ni doktor dah macam anak ‘derhaka’ pada mak dan ayah saya…
Beliau menjaga ibu yang menjalani rawatan hemodialisis dan ayah yang menjalani rawatan CAPD. Dengan menjadi anak ‘derhaka’ barulah kesihatan ayah dan ibu beliau bertambah baik dengan melakukan dialisis. Bukan senang tanggungjawab beliau. Ayah dan ibu melakukan rawatan dialisis.
Bagaimana beliau menjaga pemakanan mereka, pastikan mereka tidak makan makanan yang terlarang , memakan ubatan yang diberi oleh doktor. Memastikan ibu dan ayah tidak minum air yang banyak supaya kesihatan tidak terganggu. Nanti tekanan darah naik , rasa sesak nafas dan kalau tak jaga betul2 boleh membawa kepada kemudaratan.
Sebab itulah beliau nampak macam anak ‘derhaka’ kerana selalu tidak mengikut permintaan ibu dan ayah beliau yang meminta makan dan minum yang boleh membawa kepada kemudaratan kesihatan.
Kadang2 adik beradik yang lain berkata apa salahnya sebab sekali sekala tetapi kalau ibu dan ayah jatuh sakit dan perlu masuk hospital nanti anak ‘derhaka’ ini jugaklah yang akan menjaga mereka.
Minggu ini saya berkesempatan untuk berjumpa dengan anak2 yang lain di klinik yang juga berkata ‘ Saya ni macam anak derhaka je doktor sebab saya aje yang melarang ibu atau ayah saya dari makanan yang doktor tak bagi.’ Lepas tu pesakit pun berkata.. ‘Tidaklah Mak sayang semua.. Tiada beza .. ?
Abang dgn kakak kau tu tak faham penyakit mak sebab itulah bagi aje mak makan benda2 yang doktor tak kasi. Janganlah cakap macam tu’
Betul juga cakap makcik..Mungkin sebab kurang pemahaman menyebabkan ada anak yang memberi aje apa yang dipinta oleh ibu dan ayah mereka tanpa memikirkan kesihatan mereka pula.
Tak payahlah pulak panggil diri sendiri anak ‘derhaka’.. Rasa tanggungjawab yang tinggi serta rasa sayang yang mendalam tulah yang nampak macam ‘derhaka’.
Sama-samalah kita semua menjadi anak yang lebih berilmu dan bertanggungjawab. Banyakkan membaca apa yang baik untuk kesihatan ibu dan ayah dan praktikkan.
Kalau mak ayah lupa makan ubat , ingatkan.
Kalau mak ayah minta makan KFC ke, pulut mangga, durian dan macam2 lagi..
Senyum aje ya..Marah kuat sangat pun boleh derhaka
#KearahMalaysiaberilmu
#KearahMalaysiasihat
#pesakitkronik