Ibu bapa adalah role model buat anak-anak. Apa sahaja tingkah laku dan percakapan ibu bapa akan menjadi ikutan dan kepercayaan buat anak-anak. Walaupun, ibu bapa berbohong dalam bentuk guruan, ia tetap dipandang serius oleh anak-anak. Ikuti perkongsian Dr Taufik Razif di laman facebooknya yang menjelaskan hal ini. Moga ibu bapa memberikan contoh yang terbaik buat anak.
Ni gambar Maryam Soolihah yang tertidur selepas menangis teresak-esak.
Tadi saya bergurau je dengan Maryam Soolihah ni. Saya saja je tanya dia ” Boleh tak Abi nak bagi baby Aesha ni bawak kereta? Abi nak baby Aesha bawak kereta la. Boleh? “
Tiba-tiba dia menangis tersedu sedu sambil cakap ” Jangan Abi. Nanti kereta pusing pusing. Taknak Abi “
Syahdu la pulak Maryam menangis macam tu sekali. Saya pelik la kan. Saya gurau je pun. Lagipun mana la logik nak bagi baby umur 5 bulan bawak kereta. Aduh!
Tiba-tiba isteri saya bagitahu saya satu benda yang membuatkan saya tersentak.
” Abang. Abang tu tak pernah tipu Maryam “
Allah.. MAAFKAN ABI ANAKKU.
Rupanya anak saya percayakan saya. Walau benda tu nampak remeh dan kecil tapi anak kita ni sangat percayakan kita. Kalau kita tak pernah bohong anak kita, kita suruh anak kita terjun api pun dia akan terjun.
Sebab itulah AUTHORITY dan TRUSTABILITY kita sebagai mak ayah.
Anak kita berpegang pada kata kata dan diri kita sepenuhnya. Cuma kita je yang hakis benda ni perlahan lahan tanpa kita sedari.
Tanpa sedar kita banyak bohong anak. Niat untuk kebaikan anak kita juga tapi benda tu lah yang menghakis TRUST mereka pada kita.
Bila benda ni dah terhakis sempurna, maka di situ lah bermulanya bencana. Anak kita susah nak hormat kita, susah nak percaya cakap kita dan mereka akan melawan dan biadap akhirnya!
Yup. Semuanya hanya bermula daripada kebohongan yang kita nampak remeh. Kalau lembu dipegang pada tali, manusia pula dipegang pada KATA dan JANJI!
Semoga menjado ibu bapa yang hebat dalam mendidik anak-anak
“Tengah Pujuk Nabil Tutup Kilang” Cukup Sepasang, Ayda Jebat & Nabil Bakal Timang Bayi Lelaki!
Mahu membuat kejutan kepada diri mereka sendiri, penyanyi Ayda Jebat dan Nabil Mahir akhirnya cukup teruja bila mana jantina bayi kedua mereka yang bakal dilahirkan sedikit masa lagi kini sudah pun diketahui.
Melalui pelancaran video muzik single terbaru berjudul Be Mine semalam, Ayda dan Nabil bakal menimang seorang bayi lelaki.
Difahamkan, Ayda dan suaminya Nabil Mahir sengaja mahukan kejutan dimana jantina bayi kedua mereka hanya diketahui oleh pengarah video muzik berkenaan, Rewan Ishak.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, penyanyi berusia 31 tahun itu mengakui sebak apabila ‘party popper’ mengeluarkan kertas berwarna biru yang menandakan simbolik jantina lelaki.
“It’s a BOY! Alhamdulillah! Video muzik ‘Be Mine’ dah ada di platform YouTube saya. Please watch!
“Ramai menangis tengok masa sidang media. So lovely! The ending…. Haih… menangis..
“Siapa teka baby boy! You guys betul! Yay! Alhamdulillah sepasang. (Sis tengah pujuk Nabil tutup kilang),” tulisnya semalam.
Terdahulu Ayda dan Nabil sebelum ini mahu membuat kejutan buat diri mereka sendiri dan tidak mahu mengetahui jantina anak mereka sehingga masa yang sesuai.
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil yang juga pengacara pada 1 Januari 2021 dan melahirkan Ana pada 21 September 2021 selain dijangka menimbang anak kedua pada hujung tahun ini.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Jangan Lupa Tarik Kami Ke Syurga..” Hasrat Sedondon Hitam Di Pagi Raya Tidak Kesampaian, Kanak-Kanak Maut Digilir Treler
Malam tadi, merupakan hari pertama umat Islam menyambut Ramadan dan berterawih. Dalam keterujaan menyambut Ramadan, ramai ibu bapa mengambil langkah awal untuk membuat persiapan Hari Raya sekaligus kerana jangka waktu yang dekat dengan pembukaan sesi persekolahan Isnin lalu.
Namun hasrat sebuah keluarga untuk berpakaian sedondon warna hitam di pagi Hari Raya Aidilfitri tahun ini tidak kesampaian apabila seorang kanak-kanak prempuan maut digilis treler.
Nahas kemalangan yang melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun dikenali Nurul Jannatun Assyifa maut digilis treler di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang.
Difahamkan, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motorsikal yang diboncengnya bersama jiran dilanggar treler sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah.
Dalam kejadian itu, turut terlibat sama adalah pengasuh yang juga jiran iaitu seorang wanita berusia 54 tahun termasuk adik lelakinya, Alif Zahfran Muhammad Jamathir mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Bapa kepada mangsa, Muhammad Jamathir Ahmad Nordin, 32, berkata, dia terus bergegas dari tempat kerja di Pulau Indah ke lokasi kejadian sebaik sahaja isterinya memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Pun begitu, Muhammad Jamathir reda dan pasrah dengan ketentuan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Saya sempat bersalaman dengan anak-anak sebelum pergi kerja jam 6.30 pagi. Saya tidak boleh berbuat apa, sudah ditakdirkan begitu. Saya reda,”katanya.
Kata Muhammad Jamathir, mereka sekeluarga bersepakat untuk mengenakan pakaian raya sedondon berwarna hitam pada tahun ini. Lebih memilukan pakaian tersebut baru tiba dirumahnya minggu ini.
“Bila beliau (Nurul Jannatun Assyifa) nampak baju itu, beliau rasa seronok,”
Dalam pada itu, meninjau di laman Facebook ibu mangsa, Rubyatul Adawiyah menyatakan mereka sudah selesai menguruskan upacara pengebumian anak kedua daripada tiga beradik itu selepas solat Isyak.
Rubyatul Adawiyah juga berterima kasih kepada orang ramai mendoakan anaknya selain memberitahu dirinya tidak sanggup untuk membuka pesanan dan mesej diterimanya.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata meluahkan rasa sayang terhadap zuriat yang ditatang bagai minyak yang penuh, selain berharap agar Nurul Jannatun ‘menarik’ mereka ke syurga bersama.
“Awak dah sampai sana, jangan lupa ibu, abah, kakak dengan alip (Alif) tau.
“Tarik kami bawa ke syurga ya. Ibu sayang anak-anak ibu. Ibu sayang awak,” tulisnya.
Hantaran berikutnya, beliau turut berkongsi perkembangan anak ketiga, Alif yang terlibat sama dalam kemalangan tersebut yang kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Gara-Gara Tak Mandi Terus Bila Sampai Rumah, Wanita Ini Positif Covid-19!
Saban hari Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan kes penularan positif Covid-19 yang melonjak naik setiap hari. Malah di seluruh dunia, ia adalah hampir sama dengan tidak ada tanda-tanda bahawa ia menurun.
Banyak negara asing seperti Amerika Syarikat, Brazil, dan India, kes positif di sana telah mencapai berjuta-juta kes. Sedihkan situasi ini.
Dalam pada itu, KKM juga sering menasihati supaya orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Kala ini, para frontliners Sabah bertungkus lumus dengan situasi kes yang mendadak meningkat menentang musuh ghaib yang kini mencapai tahap kritikal.
Begitulah yang dilalui oleh seorang penduduk Sabah yang tidak menyangka dirinya turut dijangkiti virus bahaya itu. Ikuti kisahnya bagaimana dirinya dijangkiti wabak ini.
Semoga dijadikan pengajaran bersama.
AKU PESAKIT COVID19
Awalnya tidak terfikir mau share tapi lepas bercerita dengan sahabat-sahabat terdekat, aku rasa pengalaman ini boleh dijadikan iktibar dan langkah berjaga-jaga untuk rakan-rakan muka buku semua. InsyaAllah. Jadi, entry ini bukan satu pengumuman ya. Haha.. Just if you decided to read, do me a favor to read it till the end walau pun panjang dan boring.
DISAHKAN POSITIVE COVID19 PADA 7 OKTOBER 2020
Panggilan dari nombor yang tidak dikenali terus buat jantung berdegup kencang. “Assalammualaikum, cik Misalindah? Saya dari Klinik Kesihatan Semporna. Cik tahukah yang result swab cik positive?” Aku be like “Minta cik kemas barang-barang keperluan, sebentar lagi pihak kami datang jemput cik dan cik kena masuk pusat kuarantin ya”. Fikiran dan perasaan bercampur baur. Agak menggigil dan air mata jatuh. Bukan apa, fikirkan mak kontak rapat. Seandainya jadi apa2, dia macam mana? Alhamdulillah, mak sudah swab test dan kuarantin di rumah sekarang. Syukur keluarga tidak ramai di rumah dan sejak aku mula rasa tidak sihat, memang sudah mula jarakkan diri dan kerap di bilik sahaja walaupun belum swab test. Cuma keluar bila perlu. Mak seorang jak kontak rapat.
Memang kuarantin diri, tapi kenapa boleh positif?
SEJARAH PERJALANAN DAN PERGERAKAN
15 September 2020, aku ke Tawau bersama mak atas urusan kerja
17 – 18 September 2020, aku masih aktif ke kedai hardware dan 1 supermarket di Semporna untuk membeli barang keperluan renovation rumah dan perbelanjaan.
Tapi, aku memang seorang yang cukup jaga SOP dan sentiasa memakai mask, hand sanitizer dan tidak bersentuhan dengan sesiapa ketika berada di luar. Bila positive mak sendiri terkejut. Haha… TAPI JANGAN TANYA AKU DI MANA DAPAT JANGKITAN YA. SEBAB AKU PUN TIDAK TAHU.
DEMAM
16 September 2020, bermula episode demam yang tidak seperti demam biasa. Aku jenis selalu sakit tapi demam kali ini lain rasanya. Rasa demam, badan rasa panas dan tidak selesa tapi tenaga seperti biasa dan lain-lainnya normal sebab tu masih mampu keluar beli barang-barang pertukangan dan belanja rumah. Cuma 1 perkara is aku tidak berpeluh walau keadaan panas sekali pun. Walaupun sudah minum ubat, tetap kondisi tiada perubahan. Keep rasa demam dan tidak selesa tapi masih keadaan tubuh seperti biasa macam tidak nampak demam/sakit pun. Nampak tak betapa covid nie sangat halus kerjanya.
The best part is aku demam selama 2 minggu. Bangang ka apa tidak pergi check demam begitu lama? Hahaha… Ya, persoalan tu sudah bertubi-tubi aku kena. Bukan tidak check. Sudah pergi unit kecemasan hospital semporna pada 19 Sept tapi sebab aku tiada kontak rapat dengan orang yang positif covid nie jadi, untuk swab test tu belum menjadi satu keperluan. Faham yang fasiliti unit kesihatan di Semporna tidak banyak dan canggih, jadi aku ambil keputusan untuk total kuarantin diri bermula 19hb tu. Aku dan mak mula social distancing di rumah. Elak sebarang kemungkinan.
HILANG DERIA BAU/HIDU 100%
Pada 28 Sept, hari ke 13 aku demam bermula detik gunda gulana macam mau gila bila aku kehilangan deria bau secara total. Sabun, shampoo, minyak wangi, bedak, balsam, lotion semua aku calit hidu dekat-dekat dengan hidung tapi satu bau pun tiada. Aku terus kunci pintu dan minta mak jangan sekali-kali masuk bilik. Diri menggigil dan tidak tahu mau buat apa. Dalam fikiran, Ya Allah, andai aku positive, jagakan ibuku ya Allah.. Lindungi dia dariku.
Tapi mak nie seorang yang hebat kan? Mak suruh siap2 dan bawah ke klinik untuk swab test. Mak drive aku duduk di belakang. Bukan tidak drive sendiri tapi keadaan kaki dan tangan memang tidak mengizinkan untuk drive akibat kekejangan urat seminggu sebelum mula demam. Jadi aku ni memang jenis tidak fikir diri juga la.. Hahaha.. Kaki tangan tidak sihat pun tetap drive selagi mampu. Sudah nyata sakit mak tidak benarkan la. Huhuhu..
Jadi aku buat swab test pada 28 September 2020 dan hanya tahu positif pada 7 Oktober 2020. 10 hari. Lama kan? Sebab makmal sudah overload dan lebih ramai yang ada simptom bergejala teruk dan berisiko. Jadi, tenang dan cuba faham keadaan.
7 Oktober 2020, aku mula jadi penghuni pusat kuarantin. Agak gabra sebab ya la kiri kanan depan belakang orang yang positif covid19 dan pegawai-pegawai kesihatan semua macam angkasawan. Dalam hati, Ya Allah, tidak pernah terfikir aku akan berada di sini. Berikan aku kekuatan ya Allah dan yang paling penting jagakan keluarga dan sahabat-sahabatku yang masih sihat di luar sana.
SO MORALE OF THE STORY…
– Pantau kesihatan anda. Kita yang tahu diri macam mana. Bila demam batuk atau selsema, cuba kenal pasti jika seperti biasa yang dialami, cepat-cepat jumpa doktor dan dapatkan ubat. Jika ubat mampu melegakan sakit dengan cepat insyaAllah tiada apa-apa. Jadi, bila demam atau kemungkinan ada simptom covid19, jangan panic ya. Ini penting untuk kesihatan mental kita lebih-lebih lagi musim PKPP/PKPDB yang mana kes makin meningkat. Tentu-tentu cepat rasa seperti terkena jangkitan kan? Silap-silap jadi anxiety pulak.
– Kurang dedahkan diri pada persekitaran luar. Jangan keluar rumah jika tiada keperluan. Jangan anggap diri kebal. Aku cukup jaga diri. Sebelum keluar rumah, hand sanitizer bukan hanya di tangan tapi sudah jadi mcm lotion. Sentiasa pakai mask. Sendiri dalam kereta pun pakai mask. Dalam kereta ada spray dettol. Sebelum masuk kereta lepas dari kedai aku sembur.
Cuma SATU KESILAPAN AKU ADALAH TIDAK TERUS MANDI APABILA SAMPAI DI RUMAH!
Jangan kecam ya. Aku ada sebab. Sebabnya rumah tengah renovate sudah tentu keadaan tidak seperti biasa. Mesin basuh tidak terpasang dan kawasan toilet dan air yang hanya boleh tampung untuk mandi. Jadi untuk rendam dan cuci baju tidak semudah itu. Aku juga perlu keluar ke pekan sampai 5-6 kali sehari. Ada saja benda yang kurang. Jadi untuk mandi dan tukar-tukar baju tidak semudah itu. TAPI ANDA! Tidak renovate rumah kan? Rumah selesa untuk buat apa saja kan? Jadi mandi setiap kali balik dari beli barang-barang ya..
– Jika anda ada gejala seperti demam atau batuk tapi masih tidak dapat untuk buat swab test sebab kekangan keadaan hospital/klinik yang memang sibuk, mulalah asingkan diri. Jaga jarak dari orang lain. Dalam masa seminggu jika masih demam, mostly akan kehilangan deria bau. Semua geng-geng kuarantin saya di sini begitu. Demam dan batuk then kehilangan deria bau.
Jika ini berlaku, tenang dan pergi ke klinik/hospital dan maklumkan mau ambil swab test covid19. Result akan keluar dalam masa 5-10 hari. Hilang deria bau 99% memang akan positif ya. So, jika anda kehilangan deria bau sebelum swab test jangan tunggu dapat gelang kehormat tu baru kuarantin okay. Terus kuarantin diri! Jangan jadi pembawa dan jangkit orang lain. Kita mungkin kuat untuk lawan tapi bagi mereka yang lemah mungkin akan kehilangan nyawa. Nauzubillah. Silap-silap kita pembunuh senyap. Tolong Mr. C buat kerja.
Walaupun aku cerita macam tiada apa perlu ditakutkan tapi jangan anggap covid19 nie main-main. Walaupun mungkin pada awalnya seperti tiada apa, kita tidak tahu bila-bila masa antibody kita lemah dan peluang covid untuk serang. Dia tetap meragut nyawa. Begitulah kerisauan kami pesakit-pesakit di sini. Nampak macam ok tapi sebenarnya dalam hati dan minda? Terlalu berhati-hati dan cuba bertabah untuk sebarang kemungkinan sebab virus merbahaya sudah ada dalam tubuh.
Ingat, segalanya milik Allah. Dia satu-satunya yang akan menyembuhkan kita. Allah duga sebab Allah sayang. Allah jentik dengan sakit dan wabak sebab Allah mau bagi peringatan. Scan diri dan iman. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Sumber: Misalindah Abraham