Ujian hidup seseorang tidak sama, ada yang bernasib baik kehidupan mereka aman bahagia. Namun ada pula yang diuji bertalu-talu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Melalui kiriman terbaru yang kini tular di laman facebook, nasib seorang wanita yang terpaksa tidur di dalam kereta bersama anak kecilnya selepas baru sahaja diceraikan oleh suaminya
Seorang ibu muda, berusia 30 tahun tinggal di dalam kereta bersama 6 orang anak berumur 14, 10, 8, 3, 2 dan 5 bulan di stesen minyak Rasa, Hulu Selangor dan menumpang mandi di tandas stesen tersebut.
Beliau sedang dalam proses penceraian kerana kes ditangguhkan kerana PKP. Suami tidak pulang ke rumah lebih 4 bulan sejak penghujung bulan Februari 2020.
Sepanjang PKP beliau pulang ke kampung di Temerloh, Pahang.
Ibarat jatuh ditimpa tangga. Beliau pulang dari kampung, tuan rumah pula meminta beliau keluar dari rumah sewanya. Sewa rumah tertunggak, tidak dibayar oleh ketua keluarga.
Kisahnya disiarkan menerusi laman facebook Uncle Kentang selain turut mendapat perhatian pusat Zakat Selangor.
Anak yang berumur 5 bulan pula menghidapi ketumbuhan di leher namun belum dapat dikenalpasti. Rawatan susulan di Hospital Selayang.
Zakat Selangor menyalurkan sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan pemohon dan anak-anak sementara menunggu bantuan susulan dalam masa terdekat.
Hasil bancian mendapati, beliau layak didaftarkan sebagai asnaf fakir.
Antara bantuan yang akan disalurkan :
1. Deposit dan sewa bulanan rumah
2. Bantuan Kewangan Bulanan
3. Bantuan Makanan Bulanan
4. Bantuan Perubatan (rawatan bulanan)
Sumber: Kuan Chee Heng, Lembaga Zakat Selangor