
Baru-baru ini, pelakon Ika Nabella berkongsi kisah dirinya menghadiri satu majlis keagamaan . Dalam majlis tersebut, terdapat juga selebriti lain. Antaranya termasuklah Amira Othman, Wany Hasryta dan ramai lagi.
Majlis keagamaan tersebut rupa-rupanya dianjurkan oleh selebriti dan hos terkenal, Neelofa bersama ustazah Noni.
“Anak & Harta adalah UJIAN”
Allah SWT tengah uji Mommy..
Dulu I pernah share on my igtv my ttc journey.
How I change my doa untuk ada zuriat sendiri,
sebab I rasa doa I sebelum tu tak lut.
Tambah Ika lagi, ketika berdoa dia mengakui tidak menyatakan sekali kenapa dia mahukan anak. Namun akhirnya doa yang dipohon dimakbulkan Allah.
Salah I. I doa nak ada anak ja,
I tak explain kt Allah pun pasaipa I nak ada anak..
bila I habaq kt Dia niat I kenapa I nakkkk sangat ada zuriat.. Alhamdulillah dia bagi @muhammadnoahzayn..
& harini Ustazah bagitau “Anak & Harta adalah Ujian”
so lani I dlm ujian Allah, takut tapi mmg bukak mata..
Mengakui bersyukur dengan kurnian yang diberikan oleh Allah, namun dalam masa yang sama terselit rasa bimbang.
Bila ada anak mai rezeki kot lain pulak, mencurah curah hat kita mintak hat kita tak mintak semua dapat.
Dia tgh dok uji ni.. adakah sejak ada zuriat,
Mommy makin dekat or makin jauh.. seram kan?
Semoga perkongsian Ika Nabella ini menjadi inspirasi kepada pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Sumber: ikanabella
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Simpan Sini Buat Kenangan. Nangis Sikit Je Masa Cucuk Bius.” Fasha Sandha Syukur Anak Sulung Selamat Berkhatan

Setiap kali menjelang cuti sekolah, antara aktiviti yang dilakukan adalah anak-anak berkhatan. Demikian juga dengan pelakon cantik manis Fasha Sandha.
Memandangkan mereka sekeluarga kini berada di Perlis bagi meraikan majlis resepsi Elisya & Uzair, Fasha dan suami mengambil kesempatan mengadakan majlis khatan anak sulungnya, Rayfal bersama sepupunya.
“Masih di Indera Kayangan. Syukur Alhamdulillah Rayfal dah selamat berkhatan bersama sepupu kesayangan Dani Qaleef.
“Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar. Rayfal dan Qaleef tak sakit, nangis sikit je masa nak cucuk bius, lepas tu, semua ok, Alhamdulillah,” ujarnya menerusi kapsyen.
Menerusi perkongsian yang sama, isteri kesayangan Aidil Aziz ini memuatnaik gambar anak sulungnya yang selamat berkhatan.
Fasha dalam masa yang sama turut merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah buat doktor dan keluarga yang banyak membantu.
“Terima kasih doktor-doktor di Klinik Faizah Kangar. Terbaik.
“Simpan disini buat kenangan. Terima kasih buat keluarga. Kami disini mendoakan agar dipermudahkan buat mangsa-mangsa-mangsa banjir,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Sumber: fashasandha
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Kerjasama Bantu Selamatkan 13 Mangsa Terperangkap Dalam Gua, Inilah ‘The Real Hero’ Yang Patut Dicontohi!

Menerusi laman Facebook SEAL Thailand semalam memberitahu kesemua 12 remaja pasukan bola sepak remaja Thailand ‘Wild Boars’ bersama jurulatih yang terperangkap dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai, berjaya diselamatkan.
Penyelam unit SEAL dan penyelamat antarabangsa membawa keluar empat remaja terakhir termasuk jurulatih, petang semalam dan terpaksa melalui laluan berbahaya. Operasi mencari dan menyelamat oleh pasukan penyelamat.
Usaha ini membabitkan lebih 100 individu termasuk penyelam dan pakar gua dari dalam dan luar negara. Mereka ini boleh dianggap sebagai hero dalam operasi menyelamatkan mangsa terperangkap dalam gua tersebut.
Ini antara individu yang memainkan peranan penting dalam mengeluarkan mangsa dari gua berkenaan.
Anggota bomba dan jurutera internet dari Britian
Dua penyelam warga Britain ini tampil menawarkan khidmat kepakaran mereka sembilan hari selepas insiden pasukan bola sepak tersebut dilaporkan hilang. Richard William Stanton merupakan anggota bomba dan John Volanthen sebagai jurutera internet merupakan penyelam dari pasukan Majlis Penyelamat Gua British (BRC).
Tidak terkecuali pasukan penyelam dari Amerika Syarikat, Belanda, Australia, pakar-pakar teknikal dari Jepun, China, Laos dan Kemboja turut hadir membantu operasi menyelamat yang sudah berlanjutan selama seminggu.
Penyelam Belanda
Seorang penyelam Belanda turut mengambil bahagian dalam operasi ini, Ivan Karadzic berkata walaupun mangsa tidak mendapat makanan yang cukup dan diselubungi kegelapan selama lebih dua minggu, mereka mempunyai semangat yang kental untuk terus hidup.
Amat penting bagi kami untuk memastikan remaja-remaja ini mempunyai kekuatan mental untuk mengharungi perjalanan pulang yang bahaya dan mengambil masa yang amat sempit. Kami berada di dalam memberikan mereka semangat untuk terus berjuang.
Perjalanan membawa mereka keluar amat mencabar kerana gua ini begitu sempit dan gelap. Untuk penyelam sendiri, perjalanan masuk dan keluar amat sukar kerana ia sempit dan kami tidak dapat melihat dengan baik.
Sukarelawan dari Belgium
Sementara itu, warga Belgium, Ben Raymemants memberitahu media antarabangsa ABC Newsbahawa seorang pegawai perubatan berada bersama mangsa yang masih terperangkap itu selepas lapan mereka berjaya dibawa keluar. Pegawai itu akan berada di dalam gua bagi memastikan keadaan kesihatan remaja dan jurulatih mereka berada di tahap yang baik untuk dibawa keluar dari gua.
Pegawai perubatan dari Australia
Pegawai perubatan itu adalah Dr Richard Harris dari Adelaide, Australia yang turut mempunyai keupayaan untuk melakukan penyelaman dalam gua. Dia telah membuat pemeriksaan terhadap semua remaja dan jurulatih mereka dan memberi kebenaran untuk proses menyelamat mangsa dijalankan dengan membawa keluar anggota yang paling lemah terlebih dahulu.
13 mangsa telah berjaya diselamatkan
Rintangan tersebut memaksa mereka mengecilkan tubuh untuk melepasi laluan sempit dan dipenuhi air.
Pihak berkuasa pernah buntu seketika mencari jalan untuk menyelamatkan mangsa hingga terpaksa membuat pilihan menggerudi lubang di kawasan gunung atau terpaksa menunggu musim monsun berakhir supaya mereka boleh berjalan keluar. Keadaan itu menyebabkan ketua penyelamat mengatakan usaha ini adalah ‘misi mustahil’.
Dengan pertolongan penyelamat dalam dan luar negara termasuk sukarelawan, misi ini telah berjaya dan mendapat perhatian dunia.
KERJASAMA ORANG THAI BUAT RAMAI TERKEDU
Seorang wanita telah menawarkan diri untuk mengutip baju-baju askar dan penyelamat untuk dibasuh bersih setiap malam. Basah dan penuh lumpur kotor.
Mereka mencuci, menjahit mana yang terkoyak, melipat dan menghantar semula semua baju tersebut pada pukul 4 pagi.
Kata salah seorang dari pekerja, dia tak mampu dan tiada kemahiran untuk mengeluarkan mangsa secara langsung, tapi apa yang dia mampu ialah bersihkan semua baju para penyelamat disana.
Orang kampung khususnya kaum lelaki, mereka bertindak menjadi volunteer kepada mereka yang keluar masuk ke gua menggunakan motorsikal peribadi.
Kata beliau walaupun sumbangannya sangat kecil, tapi harapnya dapat membantu serba sedikit.
Puan Sophia Thaianant, menawarkan masakan panas untuk para penyelamat yang beragama islam kerana tahu betapa sukarnya untuk mereka mendapatkan makanan halal di kawasan tersebut.
Bermula dari 100 bungkus pek makanan, makin bertambah dan berganda pula bilangannya setiap hari. Ada waktu jika team beliau masak nasi beriyani dan kari, mereka akan masak lebih supaya yang bukan islam juga turut dapat merasa.
Ya, team beliau dibantu kewangan dari pelbagai pihak untuk menyediakan makanan tersebut.
Doctor Richard Harris adalah antara penyelamat profesional dan doktor perubatan yang terbang dari Australia minggu lepas. Beliaulah yang masuk ke dalam gua untuk memberi rawatan pada mereka dan mengesahkan yang kesemua 13 mangsa sudah bersedia untuk keluar.
Mereka yang berniaga dipasar setiap hari menghantar pelbagai jenis sayur dan bahan mentah secara percuma, dan sukarelawan pula memasak tanpa henti untuk para penyelamat.
Bua Chaicheun, seorang penanam padi bergegas tinggalkan tanamannya dan beliau antara yang menawarkan diri sebagai tukang masak di lokasi gua.
Untuk penyelamat sampai jauh ke dalam gua, air banjir dipam secara besar-besaran, hampir 130 juta liter air mengalir keluar di pergunungan.
Bila Bua Chaichuen pulang semula ke kampung, sawah beliau tenggelam dan habis musnah.
Banjir kerana air yang dipam keluar dari kawasan gua dan gunung selama beberapa hari ini masuk ke kawasan tanamannya.
Dengan jiwa yang penuh semangat katanya tidak mengapa. Dia cuma mahu kesemua anak-anak itu selamat. Beliau berkata,
‘Children are more important than rice. The rice can always regrow. But we can’t regrow the children’
Orang kampung juga turut membantu menjadi sukarelawan untuk memudahkan semua kerja-kerja penyelamat. Jangan tak tahu perkhidmatan mengurut juga disediakan dikawasan sekitar gua.
Massage-massage, rendam kaki yang lenguh dengan air limau, khidmat gunting rambut pun ada. Mereka memulakan kerja dari 6 pagi berakhir di tengah malam.
Semangat masyarakat mereka sangat kuat. Apa yang boleh dibantu, mereka akan bantu.
Belum masuk lagi cerita tentang para divers yang berkemahiran bertaraf dunia yang berkumpul dari awal.
Mereka ialah sukarelawan yang tidak dibayar dan kebanyakan mereka menggunakan peralatan bawah tanah mereka sendiri walaupun pasukan Thailand menyediakan peralatan penyelamat.
Kesemua mereka ini keluar dan masuk ke dalam gua tanpa henti dan mendapat gelaran The A-Team untuk misi ini
‘We’ve got a job to do.’
2 penyelam professional dari UK yang mula-mula menemui kanak-kanak didalam gua itu ialah sebenarnya ahli bomba dan seorang lagi jurutera. Bila wartawan minta untuk ditemuramah, mereka menolak dengan menjawab,
‘We’ve got a job to do.’
Hebat.
Bak kata Gabernor Chiang Rai ketika memulakan misi ini, ‘Sesiapa yang menawarkan bantuan, pengetahuan, teknologi, peralatan, kami dengan sukacitanya menerima’
Bagaimana kesemua anak-anak ini bertahan 10 hari kekal tenang dalam gelap gelita, tanpa makanan, lumpur lembab yang berbau dengan kekurangan oksigen?
Coach mereka.
Ekapol Chanthawong ajar kanak-kanak tersebut bermeditasi. Bertahan dan mendidik jiwa mereka supaya bertenang dengan menyimpan tenaga yang ada sehingga mereka dijumpai.
Ekapol adalah anak yatim piatu sejak berumur 10 tahun. Dia menjadi monk (sami) kemudian meninggalkan biara untuk menjaga nenek beliau yang sudah uzur dan dalam masa yang sama beliau jadi pembantu jurulatih bolasepak.
Beliau turut hilang bersama kanak-kanak tersebut.
Masa 2 penyelam menjumpai mereka, dikatakan kanak-kanak tersebut dijumpai sedang bermeditasi beramai-ramai. Mereka masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa sesama mereka.
Meditasi tak kira bagaimanapun cara dan ajarannya, akan membentuk mental yang kuat dan semangat tidak putus asa terhadap semua kemungkinan.
Untuk operasi menyelamat ini, seramai 90 orang penyelam professional turut serta.
50 daripada mereka ialah penyelam dari pelbagai negara dan baki 40 orang adalah penyelam dari Thailand.
Dikatakan mereka menggunakan method menyelamat dari rancangan asal iaitu 2 penyelam akan mengiringi seorang kanak-kanak. Salah seorang dari penyelam pula akan membawa tong oksigen untuk kanak-kanak tersebut.
Kata salah seorang penyelam, ia bagaikan mendaki gunung everest malah lebih lagi. Perlu memanjat batu-batu gua, merangkak, meniarap sehingga dada dan belakang badan dihimpit batu, berjalan dan kemudian perlu menyelam.
Sumber: Astro Awani, Metro & Ohbulan!
Ambil Hati Mak Mertua Dengan Puding Milo Oreo. Macam Wanita Ni Pernah Buat, Memang Menjadi!

Biskut oreo menjadi antara biskut yang digemari ramai. Sama ada enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan menu lain seperti aiskrim, kek, minuman malah jika dijadikan puding juga terbukti hidangan tersebut menepati selera.
Jika tidak masakan Puan Zaliana ini memilih untuk menyediakan menu Puding Milo Oreo untuk mengambil hati bakal ibu mertuanya ketika itu yang mengadakan jamuan rumah terbuka.
Pasti ada istimewanya resipi puding ini disukai ramai. Jom semak langkah membuatnya.
Alhamdulillah siap puding milo oreo untuk marhaban rumah mak malam ni.Teringat time baru tunang,masa tu mak buat open house kita pulak buat kan 4 loyang puding ni huhuhu #kenangan nak ambil hati bakal mak mertua… hahaha
Agar Agar Milo Oreo.
(Sukatan untuk 30 acuan puteri ayu) ini pon ada lebihan sis tuang dalam loyang kecil.
Agar agar – 5pkt
Susu Cair – 1Tin
Susu Pekat – 1Tin
Gula – (ikut selera nak manis mcm mana)
Milo – (ikut selera nak pekat pon lagi syokk)
Biskut Oreo (di patah kan)- 2pkt
Air
Masukkan 3.5liter air dan letak kan 3 peket agar agar masak sampai mendidih,bila agar agar dah hancur masukkan 1tin susu pekat,milo dan gula sikit. Kacau sampai sebati dan ketepi kan.
Untuk lapisan tengah
Masukkan 1tin susu cair dan air sukatan 1tin letakkan agar agar 2 peket..masak sampai mendidih kemudian letak kan sikit gula kacau sampai sebati.
Layerkan
Bila dah suam agar agar nya buat lapisan
Letak kan agar agar milo dulu,bila dah agak mengeras lapis kan yang susu dan terus letakkan biskut oreo yang dah dipatah-patah kan bila dah agak mengeras masukkan lapisan agar agar milo pula…
(Untuk lapisan jangan tunggu agar agar dah sampai betul-betul mengeras,rasa terlebih dahulu bila dah sesuai baru buat lapisan & Jangan baru letak yang milo terus letak susu nanti tak jadi lapisan nye)
SIAP.