Dua beradik maut dikelar oleh seorang lelaki dipercayai penagih dadah di Kampung Kuala Sungai Yan. Dalam kejadian 11.45 malam itu mangsa, Nurul Hanim Idris, 5 tahun, dan adiknya Mohammad Hafiz, setahun, sedang tidur di dalam bilik,

Menceritakan detik ketika kejadian, Noorhasyelawati bersama dua anaknya sedang tidur, tiba-tiba mendengar jeritan seorang lelaki memanggil nama suaminya, Idris Saad.

‘Anak Hang Dah Selamat Mandi Darah!’ –Ibu Cerita Jeritan Pembunuh Kejam Selepas Kelar Dua Beradik Sehingga Maut.
Gambar: NSTP

Tidak lama kemudian abang iparnya, Sobri saad, 52 tahun, turun dari tingkat atas rumah lalu membuka pintu. Sebaik pintu dibuka, suspek bertindak melibas parang mengenai pipi kiri Sobri.

Sobri kemudian lari menyelamatkan diri dan pada masa yang sama suspek masuk ke dalam rumah dan cuba menikam Noorhasyelawati, bagaimanapun tersasar.

‘Anak Hang Dah Selamat Mandi Darah!’ –Ibu Cerita Jeritan Pembunuh Kejam Selepas Kelar Dua Beradik Sehingga Maut.

Dia menghampiri saya dan terus menikam ke arah perut tetapi nasib baik terkena tirai. Waktu itu saya keluar minta bantuan, nampak suspek terus masuk ke bilik, menuju ke katil tempat anak tidur.

Ads

”Saya terus lari pergi rumah kakak untuk minta tolong… tengok apa dia (suspek) buat dekat semua anak saya yang tengah tidur. Waktu itu hati saya memang dah rasa tak sedap,” ujarnya.

‘Anak Hang Dah Selamat Mandi Darah!’ –Ibu Cerita Jeritan Pembunuh Kejam Selepas Kelar Dua Beradik Sehingga Maut.
Gambar: KOSMO

Menurutnya, tidak lama selepas itu, dia terdengar suspek menjerit mengatakan anaknya sudah bermandi darah.

“Anak hang dah selamat mandi darah.”

Noorhasyelawati hanya tergamam sebaik kembali ke rumah dan melihat kedua-dua anaknya terbujur kaku berlumuran darah.

Ads

“Sebaik sahaja suspek beredar, saya berlari untuk melihat keadaan anak sebelum menemui mereka sudah kaku. Anak saya yang masih kecil dikelar pada leher.

“Saya tidak boleh angkat mereka, kerana terlalu banyak darah di atas tilam,” ceritanya sambil menahan kesedihan.

Ceritanya lagi, anak sulungnya bagaimanapun terselamat kerana tidak diapa-apakan suspek walaupun ibunya turut lari ke rumah sebelah untuk mendapatkan pertolongan.

Ads

‘Anak Hang Dah Selamat Mandi Darah!’ –Ibu Cerita Jeritan Pembunuh Kejam Selepas Kelar Dua Beradik Sehingga Maut.
Sementara itu, menurut Ketua Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Faridalathrash Wahid, suspek berjaya ditangkap orang kampung sebelum diserahkan kepada polis.

YAN – Dua beradik maut dikelar oleh seorang lelaki dipercayai penagih dadah di Kampung Kuala Sungai YanLaporan Mojo Yan NorJuliana Yaacob

Posted by Sinar Harian Edisi Utara on Tuesday, 8 January 2019

 

Sumber: Sinar harian & Astro Awani

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI