Siapa je yang tidak mengenali bekas pengacara dan pelakon, Wardina Safiyyah yang dahulunya terkenal dalam sitkom Spanar Jaya.
Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot itu kini bergelar psikologis bertauliah dan menetap di Brisbane selepas beliau berhijrah ke Australia pada 2014.
Dalam perkembangan terbaru, pelakon yang memegang watak Misha dalam Spanar Jaya itu telahpun menerima kehadiran menantu.
Tidak selalu mendedahkan kisah peribadi di laman sosial, Wardina mendoakan kesejahteraan buat anak, Amna Nafeesa dan menantu.
“Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH. Seperti yang anda semua tahu, saya menghargai kehidupan peribadi dan suka menyimpannya.
“Bagaimanapun, saya ingin berkongsi berita gembira dan memohon semua mendoakan Amna dan anak (menantu) Yusuf yang tersayang.
“Semoga ALLAH merahmati penyatuan mereka dan melindungi. Saya benar-benar bersyukur kepada ALLAH atas segala kurniaan-NYA,” kongsi Wardina yang memuat naik foto Amna pada majlis akad nikah.
Ads
Wanita kacukan Australia dan Melayu itu menzahirkan kesyukuran menerima kehadiran menantu.
“Alhamdulillah. Semoga ALLAH merahmati dan melindungi mereka berdua.
“Masya-ALLAH tabarakallah, kami bersyukur ke hadrat ALLAH SWT dan bertawakal atas segalanya dan kurniaan-NYA.
“Hati saya tenang dan tenteram, Alhamdulillah.
“Dikurniakan keluarga besan yang baik, menantu, keluarga, kawan dan masyarakat sekeliling.
Ads
“Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kita. antara ayat-ayat kegemaran saya dalam Al-Quran ialah – “Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu, sama ada kamu menyembunyikannya atau memberitahunya (kepada orang lain).”
“Ayat-ayat ini menjadi peringatan setiap kali saya membacanya.
“Alhamdullillah sesungguhnya segala nikmat dan kebaikan adalah daripada ALLAH.
“Keluarga, ahli baru dan rakan-rakan, apa lagi yang boleh saya katakan. Semoga ALLAH mengurniakan lebih daripada apa yang kita diberikan,” titip Wardina.
Memasuki fasa baru sebagai ibu mentua, wanita berusia 44 tahun itu menzahirkan doa buat permata hati sulung, Amna Nafeesa dan menantu.
Ads
“My darling Amna. Anakku Yusuf yang tersayang, kamu telah membawa banyak barakah ke dalam hidup kami dan orang-orang di sekeliling. Semoga ALLAH terus merahmati kamu dan keluarga.
“Jaga dan sayangi amna, dia kini di tangan dan dalam penjagaanmu. semoga allah mengurniakan kalian berdua kehidupan yang indah dengan sakinah, mawaddah dan rahmah,” titip Wardina.
Nekad berhijab di kemuncak populariti, penghijrahan Wardina pelopor kepada wanita bertudung untuk terus aktif dalam bidang seni.
Wardina berkahwin dengan arkitek, Ikhwan Johari pada September 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.
Selain memiliki kelulusan dalam bidang psikologi, bekas peserta Dewi Remaja 1997/98 ini juga menggenggam ijazah dalam bidang hiasan dalaman daripada Centre for Advance Design (CENFAD) Kuala Lumpur.
Tanda suami itu begitu sayang kepada isterinya melebihi segalanya apabila sanggup menerima seadanya pasangan termasuk kehadiran zuriat dalam tempoh yang lama.
Sebagaimana pelakon KL Gangster, Adam Corrie yang setia kasih bersama bidadari, Fazi Faud selama 10 tahun menanti kehadiran cahayamata pertamanya. Sungguh inspirasi dengan ketulusan kasih sayangnya.
Lebih manis, permata hatinya, Adam Fateh Lee merupakan anak yang comel, berkulit gebu dan cerah. Malah Fateh berdarah kacukan Melayu dan Cina tentu terserlah kecomelannya!
Terbaru, Adam Corrie telah muat naik gambar bersama isteri dan anaknya serta kapsyen yang menarik perhatian netizen. Masing-masing memuji kecomelan anak Adam Corrie yang masih kecil lagi.
Kapsyen Adam Corrie yang melahirkan rasa syukur dengan anugerah yang amat bernilai dalam kehidupannya setelah bergelar bapa. Walaupun kapsyennya ringkas, tetapi telah menarik perhatian netizen yang kagum melihat anaknya yang mewarisi darah kacukan Melayu dan Cina. Lebih 600 komen netizen memuji kecomelan anak Adam Corrie.
Putih melepak
Muka mix
Gebuss
Semoga Fateh menjadi anak kebanggaan buat ibu dah ayah dunia dan akhirat.
Sumber: Instagram Adam Corrie
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sering bersiaran di televisyen dan dikenali sebagai pendakwah selebriti, nama Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, sudah sinonim dalam kalangan masyarakat. Beliau merupakan pendakwah selebriti yang sering menjadi tetamu jemputan di radio dan televisyen terutamanya dalam topik keibubapaan dan fiqh wanita. Kini, beliau aktif mengendalikan seminar dan program khususnya keibubapaan.
Kecil molek sahaja orangnya dan bibir tak pernah lekang dek senyuman setiap kali bertutur. Berpendirian tegas dalam setiap perkara yang dilakukan sudah cukup membuktikan anak kelahiran Klang, Selangor ini seorang wanita hebat. Hasil perkahwinan dengan Ustaz Muhidin Mokter, pasangan ini dikurniakan 6 cahaya mata.
Aktif bersiaran di kaca televisyen sejak 2010 melalui saluran TV Al Hijrah (TVAH) sebelum menjadi tetamu untuk saluran TV yang lain. Beliau sebelum itu bergelar pensyarah di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2000 hingga 2012.
Sepanjang bergelar pensyarah, banyak pengalaman diperoleh terutamanya mengenai personaliti dan akhlak individu terutama anak muda.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja, namun sebagai ibu dan isteri, beliau menyatakan masa bersama anak-anak ibarat emas.
“Saya anggap waktu bersama anak adalah masa terbaik untuk mengetahui aktiviti mereka. Biasanya saya akan luangkan masa dengan mereka antara waktu maghrib dan isyak. Dari situ saya boleh mengetahui permasalahan mereka dan perancangan untuk hari esok.
“Memandangkan sikap saya yang tegas dalam mendidik anak-anak, konsep perbincangan jadi keutamaan. Setiap apa yang dilakukan oleh anak, saya akan ambil tahu demi kebaikan mereka.
“Menghukum anak bukanlah jalan penyelesaian. Jadi cara terbaik saya lebih suka menerangkan setiap kesalahan mereka,” katanya.
Bercerita mengenai cara beliau mendidik enam permata hatinya, tiada apa yang lebih. Cuma aspek pemakanan amat ditekankan iaitu dengan mengamalkan pemakanan sunnah dan solat berjemaah selain disiplin dalam pengurusan waktu.
“Alhamdulillah kesemua anak dapat menerimanya dan saya bersyukur anak sulung sudah pun melanjutkan pengajian di universiti, dua sedang belajar di sekolah menengah dan tiga lagi mengikuti pembelajaran dari rumah di bawah pemantauan saya dan suami.
Di samping itu, aktiviti kebajikan salah satu aktiviti keluarga setiap kali kami berkumpul.
“Biasanya kami sekeluarga akan melakukan aktiviti kebajikan dengan melawat rumah orang tua, anak yatim dan membantu orang gelandangan.
“Dari situ sikap tolong-menolong dapat dipupuk dan secara tidak langsung mendedahkan kepada anak-anak nilai kasih sayang dan prihatin kepada insan yang kurang bernasib baik,” katanya.
“Jika ada waktu cuti yang panjang, saya dan suami akan membawa anak-anak bercuti bagi melihat suasana di tempat orang bagi memastikan mereka bersyukur dengan nikmat yang diperoleh hari ini,”ujar ustazah Isfadiah.
Berkongsi kunci kebahagiaan rumah tangga, pasangan ini mengakui saling melengkapi adalah rahsia bahagia.
“Sebagai isteri, kena hormat pada suami dan mengkaguminya. Kedua, adalah sentiasa prihatin dengan keperluan dan kena tahu dan ambil perhatian apa yang suami sukai. Kena saling melengkapi, complete each other bukan compete ye dan paling utama adalah solat berjemaah inilah yang paling penting, tarik sahaja tangan suami untuk solat bersama,”ujar Ustazah lagi.
Sejak pandemik, sekolah telah ditutup ekoran arahan PKP dan PKPB bagi mengelak penularan virus covid-19.
Impaknya, sekolah mengadakan kelas online dan juga mengunakan peranti whatsapps untuk tugasan kerja sekolah di rumah. Pastinya ada pro dan kontra.
Bagi puan Siti Nor Azura penutupan sekolah tidak menjadi halangan untuknya mendidik anak-anak agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Menyedari kesilapan ketika awal PKP 1.0 tahun lepas, wanita ini berazam mengubah cara pengurusan anaknya di rumah.
Jadi untuk mengelak anaknya ketagih dengan gajet, beliau telah mewujudkan rumahnya dalam suasana pembelajaran. Beliau mengelakkan sebagai ‘Sekolah Mama’.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Penubuhan sekolah mama
Bila Menteri Pendidikan mengumumkan penutupan sekolah di negeri Pahang dan ditukar dengan pembelajaran online di rumah, perasaan sedih dan bimbang melandaku sebab tak percaya pada keberkesanan pembelajaran online buat anak-anak ku dirumah berbanding pembelajaran bersemuka.
Terbayang keadaan anak-anak sewaktu PKP 3bulan sebelum ni,masa anak-anak penuh dengan bermain fon dan tv..
Sejak itu,aku berazam…tak nak biar masa anak-anakku dengan fon dan tv..Aku kena buka sekolahku sendiri..Maka tertubuhlah sekolah mama..
Keesokkan harinya aku bawa anak2 pergi beli buku, alat tulis dan papan putih untuk persiapan sekolah mama. Nak bina sekolah dengan 3 orang pelajar jek pun. Aku nak cipta sistem pembelajaran sama seperti disekolah..kena ada takwim sekolah,DSKP,jadual waktu guru,jadual waktu pelajar dan sebagainya.
Aku kena cipta aktiviti untuk anak2 supaya masa anak2 dapat diisi sepenuhnya macam mereka belajar disekolah.Jadual yang dibuat juga berubah2 ikut jadual pdp online sekolahku dan anak2. (kena utamakan jadual online sekolahku dahulu sebab aku cikgu..Jadi utamakan anak muridku dulu berbanding anak2 sendiri sebab kita makan gajikan.Barulah ada keberkatan gaji disitu.Anak sendiri kita boleh ajar waktu lain)
Di bawah adalah gambaran sekolah mama.
Marilah kita bersama-sama membina aktiviti bersama anak-anak.Jangan biarkan anak-anak kita membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan bergantung dengan fon.
Inspirasi cara ini, barangkali jadi panduan buat kita semua agar mewujudkan persekitaran begini di rumah. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Jom buat.
Sumber: Siti Nor Azura
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...