Di bulan puasa selain kita menahan lapar dan dahaga, kita juga di minta untuk banyakkan bersabar melawan hawa nafsu.
Semalam, satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku kepada sebuah keluarga yang menetap di Kajang.
Hanya kerana menegur anaknya yang membaca doa makan dengan terlalu laju ketika berbuka puasa, seorang bapa cedera akibat dipukul dengan kerusi makan dalam kejadian yang berlaku di rkediaman mereka.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata, dalam kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa yang berusia 63 tahun telah dipukul oleh anak lelakinya yang berusia 34 tahun.
Anak mangsa yang marahkan bapanya kerana menegur dia membaca doa makan terlalu laju ketika mereka sekeluarga mahu menikmati juadah berbuka puasa di rumah mereka.
Ads
“Suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudian menghayunkan kerusi meja makan ke kepala mangsa sehingga patah kaki kerusi.
“Salah seorang anak mangsa kemudian meleraikan pergaduhan itu dan menghubungi pihak polis.”
Tambah Mohd Zaid, tangkapan dibuat ke atas suspek dan polis turut merampas barang kes iaitu kerusi meja makan yang digunakan untuk memukul mangsa.
Ads
“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangan kanan dalam kejadian itu.
Difahamkan kes ini masih di dalam siasatan. Semoga di bulan Ramadan yang mulia ini hubungan sesama keluarga akan semakin rapat dan utuh. Segala persengketaan kekeluargaan dapat terlerai.
Ramai sudah tahu bayam brazil ini memang begitu mudah nak tanam. Malah memang beruntung tanam bayam brazil ini. Sangat mesra dan tidak cerewet. Khasiatnya memang superb! Nak makan begitu sahaja buat ulam dan jus sayur pun boleh!
Tapi kadang kala, bayam brazil yang subur, sudah dipetik dua tiga kali dimasak, mula kelihatan tidak subur.
Bayangkan sebelum ini subur merimbun, seronok kita memetiknya setiap hari. Tapi bila pokok makin ‘kurus’ dan daun mula rosak, tentu sedih melihat tanama sebegini.
Begitulah yan dihadapi oleh puan Norfazilah Binti Abdullah, menerusi group Berkebun Untuk Beginner, meminta pendapat ahli group masalah yang pokok bayam brazil yang semakin ‘tak sihat’ dan rosak.
Saya nak tanya kenapa ye bayam brazil saya jadi camni? Sebelum ni cantik sangat dapat makan 5 kali dah, tetiba jadi camni. Macam mana nak sihatkan semula?
Ikuti teknik yang dicadangkan oleh ahli group. Barangkali ia boleh dijadikan paduan buat sesiapa yang mengadapi masalah yang sama.
1.Pokok dah tua, itu saja, semai baru.
2.Sebab ulat hijau tu. Patahkan batang. Siram dengan beras atau air bawang
3.Lepas 2 kali petik, kena cabut ,gembur tanah dan cucuk balik. Jangan lupa baja.
4.Saya punya daunnya dimakan belalang daun berlubang-lubang. Jadi kena sembur air Cengkih. Rendam bunga cengkih semalaman, esok sembur pada pokok.
5. Bayam ni kena selalu lembap jadi saya selalu guna air beras terus sihat gemuk-gemuk.
6. Ada ulat. Saya pun pernah macam ni. Ada banyak ulat-ulat hijau. Saya letak ke tempat panas ada pulak 2-3 ekor burung tiong datang rumah, rupanya makan ulat tu. Setelah 1 minggu, mood berkebun datang, habis semua batang pokok bayam brazil saya potong. Jadi pendek semua batangnya. Sekarang selepas seminggu, kembali subur lah bayam brazil.
7. Kena ulat or belalang. Siram dengan ajinomoto ok balik. Sukatan untuk ajinomoto satu sudu kfc, 1 liter air yang biasa saya buat. Patahkan batang cucuk semula.
Ilmu tanaman buat bayam brazil kekal subur walaupun sudah berulang kali dipetik untuk masakan dan ulaman.
Berbanding dulu, anak-anak kita sekarang menerima daya rangsangan cukup berbeza. Jika dulu, kanak-kanak teruja bermain kejar-kejar, lompat getah, atau main cop tiang pun seronok. Sekarang?
Mereka duduk diam, terpaku pada skrin. Ketawa bila tengok video, marah bila gadget diambil. Kenapa?
Inilah yang cuba dikongsikan oleh Public Health Malaysia mengenai kebimbangan anak kecil kita yang semakin membimbangkan. Bantu anak kita untuk menikmati hidupnya.
Kanak-kanak yang terlalu banyak bermain gadget sering mengalami kelebihan rangsangan dopamin, menjadikan aktiviti biasa seperti bermain di taman, membaca buku, atau bersembang dengan rakan terasa TIDAK MENARIK.
Dopamin ialah bahan kimia dalam otak yang memberi rasa seronok dan ketagihan. Apabila anak-anak terlalu kerap mendapat ledakan dopamin dari skrin—sama ada melalui game, video pendek, atau media sosial—mereka mula kehilangan minat terhadap perkara yang lebih sederhana tetapi penting untuk perkembangan mereka.
Perhatikan anak-anak kita. Jika mereka mula cepat bosan, sukar fokus, atau hanya gembira bila ada gadget—mungkin mereka sudah terlalu bergantung pada skrin.
Apa yang boleh kita buat?
✅ Hadkan masa skrin secara perlahan.
✅ Galakkan aktiviti luar, biar mereka berpeluh & berimaginasi.
✅ Libatkan diri—baca buku bersama, bermain, berbual.
Awalnya, mungkin mereka mengamuk, bosan, merajuk. Tapi jika kita bertegas dengan penuh kasih sayang, mereka akan kembali menikmati dunia sebenar.
Bantu mereka merasai semula kegembiraan yang sebenar ❤️
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengunaan gajet dikalangan kanak-kanak bukanlah satu benda yang kecil. Rata-rata anak-anak kini sudah memiliki gajet sendiri.
Sementelah dalam situasi pandemik ini menyebabkan anak-anak tidak dapat ke sekolah dan belajar melalui talian.
Namun, penggunaan gajet secara luar kawalan mengundang masalah lebih-lebih lagi apabila ibu bapa tidak tahu apa yang dilakukan oleh anak.
Kisah ini dimuat naik menerusi Facebook Cikgu Fadzil yang berkongsi kisah pelajarnya. Akibat ketagih bermain game online akhirnya menyebabkan si anak ini sanggup ponteng kelas PdPR.
Semoga ia menjadi panduan buat ibu bapa dalam mengawasi anak-anak di rumah terutama sekali tentang penggunaan gajet.
Gambar hiasan
SEMAK PUNYA SEMAK, RUPANYA PELAJAR NI MAIN GAME SAMPAI 7.45 PAGI !
=========================================
Tengah syok ngajar semalam kelas SMALL GROUP FIZIK FORM 5, baru perasan ada seorang pelajar lagi tidak masuk.
Saya memang sudah MARK lama pelajar ni, selalu lewat masuk kelas dan kadang tak masuk juga.
Dulu ada dengar alasannya ada aktiviti pengawas sekolah. So saya tak la curiga apa – apa.
Tapi semalam entah macam mana bila pelajar ni tak masuk kelas, saya mesej terus bapanya.
And surprisingly…
Bapanya tidak tahu !
Dan memang tengah syak pelajar ni tengah tidur.
Bapanya kerja so tinggal anak saja di rumah.
Saya pun mula berasa curiga.
Lantas saya buka aplikasi game Mobile Legend dan SEARCH nama pelajar ini.
Kenapa saya buat sebegitu?
Sebab sebelum ini pelajar tersebut pernah ada isu ketagihan main game Mobile Legend.
Dan saya sudah pun tegur siap – siap.
Ingatkan sudah berubah.
Rupanya tidak !
Semak punya semak, last main game pada jam 7.45 pagi !
Pelajar ini mula main game sekitar 2 pagi lebih dan berterusan hingga 7.45 pagi !
Fuh !
Ini satu hal yang sangat berat !
Kes ni berlaku semalam hari Khamis. Kalau pelajar ini main game sampai 7.45 pagi, sudah timbul syak adakah pelajar ini hadir kelas PDPR paginya itu?
Sah dan memang logik la pelajar ini tengah tidur sekarang ekoran malam semalamnya pelajar ini tidak tidur langsung !
Saya pun menarik nafas panjang, apa nak jadi pelajar ni.
Bakat tu ada boleh pergi jauh tapi terbatas disebabkan masalah sikap.
Ayahnya pun dah geleng kepala bila mana saya SIASAT pelajar ni. Ternyata ayahnya pun baru tahu.
Sebelum tu saya dah pesan awal dah, hal main games ni ada elok terhadkan untuk anak.
Teruk sangat, rampas saja gadget tu. Hati ibu bapa kena cekal dan keras dalam hal ni dan jangan ada belas kasihan.
Nak anak kurangkan dalam permainan games, ibu bapa sendiri kena tegas dalam isu ini.
Jika tidak, sangat mustahil anak akan kurangkan game dengan sendiri bila mana telefon pintar sudah berada di tangan.
Ada baik rampas telefon pintar untuk hari sekolah saja. Hari minggu pulangkan semula dan terhadkan masa game anak tuan puan.
Isu nak guna gadget kelas online itu nanti, boleh guna peranti yang lain yang mana tidak INSTALL sebarang games mahupun apa – apa aplikasi. Hanya digunakan untuk PDPR saja. Kena pandai cari solusi.
Itulah cadangan terbaik bagi saya.
Kalau pelajar itu memberontak, abaikan saja.
Jika ibu bapa menuruti saja kemahuan anak, maka sudah terbalik dunia ini.
Siapa yang lahirkan siapa dan siapa yang TUAN sekarang ini?
Adakah ibu bapa sudah melahirkan TUAN nya?
Nauzubillah. Minta dijauhkan.
Gambar hiasan
Diharapkan ibu bapa semua periksa tingkah laku anak tengah malam.
Pintu bilik sudah tertutup bukan menunjukkan anak sudah tidur jika telefon pintar masih ada dengan mereka.
Elok ada rasa syak wasangka dalam hal ni dari positif memanjang selalu.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.