Anak Dengar Cakap Dan ‘Menjadi’, Berkat Doa Ibu Ayah Tanpa Henti. Asbab Anak Berjaya!

Share

Ibu ayah mana tidak gembira apabila anak-anak yang ditatang bagai minyak yang penuh  berjaya dalam hidup. Lantaran itu, ibu ayah akan mendoakan anak tanpa henti demi memastikan anak-anak perjalanan hidup anak dipermudahkan.

Untuk mendoakan anak terdapat pelbagai cara ia termasuk membaca ayat tertentu, tiup di ubun-ubun anak, doa ketika makan dan doa untuk kesejahteraan. Pendek kata, ibu bapa tidak culas untuk berdoa buat anak.

Malah, doa juga menjadi asbab anak mudah mendengar kata dan berjaya dalam hidup. Bak kata orang lama-lama, ‘menjadi’ apabila cemerlang dalam pelajaran.

Tak salah mencuba dengan doa-doa ini, segalanya dengan izi-Nya. Jika sebaliknya ia sudah tertulis dan siapa kita untuk menidakkan takdir. Namun sekurang-kurangnya kita telah ikhtiar.

Moga panduan ini menjadi manfaat untuk ibu bapa dalam tempoh membesarkan anak-anak.

Ikuti perkongsian seorang Ustazah Aminah Mat Yusoff menerusi facebook miliknya.

Selalu baca doa ini dan tiup ubun-ubun anak, moga menjadi anak soleh dan solehah.
1. Almarhum ayah selalu buat pada saya dan adik beradik. Mulanya saya tak tahu kenapa orang tua selalu baca doa dan tiup ubun-ubun. Tapi bila ayah selalu buat macam tu kita rasa sangat disayangi, dilindungi dan erat hubungan.
2. Baca Surah al-Fatihah dan hembus ubun-ubun anak sebelum tidur. Niat sedekahkan kepada ruh, agar jiwa dan emosi anak sentiasa terisi dengan kebaikan, membesar bagai juara.
3. Doa untuk anak-anak sepertimana doa Rasulullah S.A.W. kepada Abdullah Ibnu Abbas:


Bacakan doa ini kepada anak-anak di ubun kepala saat mereka sedang tidur atau doakan saat mereka bersama kita.
“Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimhuttakweel.”
“Ya Allah, berilah kefahaman tentang agama (Islam) kepadanya dan kurniakanlah ilmu tentang takwil (tafsiran dan pemahaman alQuran).”
اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل
Maksudnya: “Ya Allah, ajarkanlah Ibn Abbas ini dalam urusan agama dan ajarkanlah dia Takwil (menafsir Al-Quran).”
[Ahmad bin Hanbal, al-Hakim, al-Thabarani (Mu’jam al-Kabir, al-Ausath & Saghier), Ibn Hibban dan lain-lain.]
Atau menurut Ustaz Zahazan, boleh juga baca
“Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimuhul hikmah (ilmu pengetahuan)”
3. Doa ketika anak sedang makan
Gosok lembut kepala anak, tekapkan telapak tangan kanan di ubun-ubun kepalanya dan baca doa;
” Ya Allah berkatilah setiap butir nasi yang masuk ke perut anakku ini, jadikanlah dia sebagai rezeki yang diberkati dan diredhai oleh MU.

4. Sejukkan hati dengan melihat mata anak-anak, senyuman mereka dan doakan;
” Ya Allah.. Peliharalah anakku sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang Soleh dan Solehah.
Anak kita, akan hidup di dunia yang lagi mencabar. Santuni dan kasihi mereka hari ini agar ia membesar sebagai pemilik jiwa yang tenang.

Sumber: Aminah Mat Yusoff

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club