Anak Demam, Turunkan Suhunya Guna Teknik & Petua Ni.

Share

Bila anak demam, orang yang paling tak boleh duduk diam pastinya kita sebagai ibu.

Selain  untuk memastikan anak diberi ubat mengikut sukatan dan waktu yang ditentukan, kita juga akan mencari rawatan alternatif agar segera sihat.

Umpamanya dengan basahkan kepala dengan air ramasan bunga raya, jerlum dengan air asam jawa dan paling tidak pun tuam dahi anak dengan tuala basah dengan harapan dapat membantu menurunkan suhu.

Selain itu, ada satu lagi petua yang boleh dipraktikkan dan mungkin ramai tidak tahu. Jom semak perkongsian ini.

Petua khas untuk mak ayah. Please simpan petua ni untuk anak-anak korang. Perasan tak sekarang ni musim budak-budak demam. Lagi-lagi kalau jenis yang antibodi tak kuat.

Kenal tak pokok ni?

Tengku panggil ni pokok sireh cina. Sebab kalau korang ramas memang baunya macam sireh. Kalau nampak pokok ni kat tepi-tepi rumah please jangan buang. Banyak sangat manfaatnye. Tengku dah share sebelum ni. Rajin-rajinkanlah tangan korang untuk scroll.

 

Tapi kali ni tengku nak share untuk budak-budak demam. Ni cara tengku ye. Pernah buat untuk anak sulung sebelum ni. Alhamdulillah mujarab.

Caranya:

1. Cabut 7 pohon pokok ni. Setiap kali cabut selawat 7 kali. Buat setiap pokok.

2. Basuh dan bilas bersih-bersih. Ramas dengan air. Biarkan sekejap.

3.Lepas tu kalau nak boleh tapis. Supaya lebih senang nak sapu kat tubuh anak.

Jerlum pakai air ni. Jangan lupa selawat. Biarkan kering kat tubuh anak. InsyaAllah..demam akan berkurangan.

Sumber : Faezah Ismail