
Bila anak demam, orang yang paling tak boleh duduk diam pastinya kita sebagai ibu.
Selain untuk memastikan anak diberi ubat mengikut sukatan dan waktu yang ditentukan, kita juga akan mencari rawatan alternatif agar segera sihat.
Umpamanya dengan basahkan kepala dengan air ramasan bunga raya, jerlum dengan air asam jawa dan paling tidak pun tuam dahi anak dengan tuala basah dengan harapan dapat membantu menurunkan suhu.
Selain itu, ada satu lagi petua yang boleh dipraktikkan dan mungkin ramai tidak tahu. Jom semak perkongsian ini.
Petua khas untuk mak ayah. Please simpan petua ni untuk anak-anak korang. Perasan tak sekarang ni musim budak-budak demam. Lagi-lagi kalau jenis yang antibodi tak kuat.
Kenal tak pokok ni?
Tengku panggil ni pokok sireh cina. Sebab kalau korang ramas memang baunya macam sireh. Kalau nampak pokok ni kat tepi-tepi rumah please jangan buang. Banyak sangat manfaatnye. Tengku dah share sebelum ni. Rajin-rajinkanlah tangan korang untuk scroll.
Tapi kali ni tengku nak share untuk budak-budak demam. Ni cara tengku ye. Pernah buat untuk anak sulung sebelum ni. Alhamdulillah mujarab.
Caranya:
1. Cabut 7 pohon pokok ni. Setiap kali cabut selawat 7 kali. Buat setiap pokok.
2. Basuh dan bilas bersih-bersih. Ramas dengan air. Biarkan sekejap.
3.Lepas tu kalau nak boleh tapis. Supaya lebih senang nak sapu kat tubuh anak.
Jerlum pakai air ni. Jangan lupa selawat. Biarkan kering kat tubuh anak. InsyaAllah..demam akan berkurangan.
Sumber : Faezah Ismail
Dr Ni Sarankan Makan Beras Rebus Untuk Kekal Sihat. Ibu-ibu Sila Ketahui Sebabnya!

Nasi menjadi makanan wajib yang dihidangkan oleh ibu-ibu untuk dimakan bersama hidangan lauk pauk dan sayur-sayuran untuk seisi keluarga.
Pun begitu, hidangan nasi ini jika diambil berlebihan bimbang juga menjadi penyebab obesiti dan masalah kesihatan lain. Apatah lagi andai mengidap penyakit kencing manis.
Sebolehnya, pemilihan beras yang kurang kanji menjadi pilihan. Ini sebagaimana yang disarankan oleh doktor ini. Rupanya terdapat jenis-jenis beras yang bagus untuk kesihatan.
Jom kita hadam apa info dari Dr Zubaidi ini.
SIHAT DENGAN DENGAN BERAS REBUS/PARBOILED RICE
Bagi mereka yang tidak boleh tinggalkan nasi, terutama yang sudah berumur 40 tahun ke atas, nasi sudah menjadi sebahagian hidup mereka.
Tetapi setiap kali makan nasi, pesakit diabetes akan mengalami peningkatan gula yg mendadak.
Sebab beras putih tidak mempunyai lagi serat padanya. Ini menyebabkan penyerapan gula sangat cepat ke dalam tubuh.
Saya mencadangkan beras rebus. Beras rebus ini bukan beras putih yang direbus (ditanak) menjadi nasi.
Contoh jenama yang ada dipasaran
Dan banyak lagi yang boleh dijadikan pilihan.
Apa Itu Beras Rebus?
Beras rebus adalah beras yang mengalami proses pembersihan yang berbeza.
Setelah padi (bijian beras yang masih di dalam kulitnya) dituai, kulit padi akan dibuang untuk menghasilkan Beras Perang. Sekiranya beras tersebut melalui proses yang seterusnya iaitu membuang brannya ia akan menjadi Beras Putih biasa.
Beras yang direbus/”parboiled” pula diproses terus dari padi yang dituai. Tanpa membuang kulitnya, padi direndam, distimkan dan kemudian dikeringkan. Setelah itu barulah kulit padi dibuang menjadikan ianya Beras Rebus/Parboiled.
Oleh kerana beras tersebut telah menjalani proses stim bersama dengan kulit-kulitnya sekali, beras ini telah menyerap begitu banyak nutrisi. Nilai GI pun rendah.
Jadi ia mempunyai kandungan fiber, kalsium, potassium dan vitamin B-6 yang lebih baik daripada beras yang lain.
Makanlah Beras Rebus dengan sayur atau ulam yang banyak. Ratio antara nasi dan sayur adalah satu bahagian nasi dan dua bahagian sayur.
Ambil juga minyak zaitun utk melambatkan penyerapan glukosa. Boleh ambil lagi selepas makan selain dari dos yang diambil selepas bangun pagi waktu perut kosong.
Saya amalkan minyak zaitun OLIVIE setiap hari.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Sendawa Bukan Sebab Kenyang Aje. Tapi Ada Sebab Lain. Salah Satunya Masalah Gastrik.

KERAP SENDAWA. APAKAH PUNCANYA?
Sendawa adalah tindak balas semula jadi badan untuk mengeluarkan angin atau gas daripada perut atau dari sistem penghadaman bagi mengurangkan rasa tidak selesa.
Seseorang yang mengalami masalah perut kembung ini akan merasa lebih selesa apabila melakukan sendawa. Tetapi jika terlalu kerap sangat sendawa, ia juga boleh disebabkan masalah lain yang perlu dirawat supaya ia tidak menjadi semakin teruk ataupun menyebabkan komplikasi yang lain.
.
PUNCA SENDAWA BUKAN DISEBABKAN MASALAH KESIHATAN
.
a. Udara yang ditelan semasa makan (aerofagia)
.
Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Ia boleh berlaku ketika makan atau minum dengan secara cepat. Aerofagia juga boleh berlaku ketika:
.
1. Makan sambil bercakap
2. Memakan gula getah
3. Merokok
4. Mengalami masalah serangan kebimbangan
5. Menggunakan gigi palsu yang tidak melekat dengan sempurna
.
b. Makanan dan minuman yang menyebabkan sendawa
.
1. Kekacang
2. Kacang
3. Brokoli
4. Bunga kobis
5. Pisang
6. Kobis
7. Bawang
8. Roti gandum
9. Minuman berkarbonat
10. Minuman beralkohol
11. Minuman tinggi kafein
.
c. Ubat-ubatan
.
1. Ubat tahan sakit daripada kategori ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) seperti naproxen, ibuprofen, aspirin, asid mefenamik.
2. Ubat sembelit seperti laktulosa atau sorbitol.
.
PUNCA SENDAWA DISEBABKAN MASALAH KESIHATAN
.
1. Gastroesophageal reflux disease (GERD): Keadaan dimana asid daripada dalam perut ternaik semula ke dalam saluran esofagus
2. Masalah gastrik
3. Ulser dalam perut
4. Jangkitan Helicobacter pylori
.
RAWATAN
.
Sendawa biasa selalunya tidak memerlukan rawatan dan akan hilang dengan sendirinya. Tetap jika ia terlalu kerap, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Antara yang perlu dilakukan ialah kita kena tahu makanan yang menyebabkan masalah kerap sendawa. Cuba elakkan dari makan terlalu cepat, elakkan daripada memakan gula getah dan elakkan minum air berkarbonat. Betulkan gigi palsu jika mempunyai sebarang masalah.
Bagi tujuan perubatan pula, beberapa ujian akan dibuat jika didapati anda mengalami penyakit yang disyaki oleh doktor. Antaranya ialah :
1. Oesophago-gastro-duodeno scope (OGDS): Prosedur memasukkan kamera ke dalam perut untuk melihat kawasan tersebut mempunyai masalah gastrik ataupun GERD
2. Ujian Helicobacter pylori: Untuk mengesan sama ada masalah gastrik pesakit adalah disebabkan jangkitan bakteria H pylori tersebut ataupun tidak.
Memancing Bukan Hobi Buang Masa, Sia-Sia. Ada Manfaatnya!

Semua orang ada hobi masing-masing. Kan? Salah satunya, memancing! Tak kira la lelaki atau perempuan, bila dah minat tu, itulah yang akan dibuatnya.
Tapi.. Ada pula yang sakit hati! Ramai yang fikir memancing merupakan satu aktiviti yang tidak berfaedah. Manakan tidak, alatan memancing sahaja boleh mencecah ratusan atau ribuan ringgit, manakala aktivitinya cuma duduk sahaja dan tunggu hingga ikan makan umpan.
Nampak macam membazir masa bukan!
Sebenarnya, aktiviti memancing mempunyai banyak rahsia yang anda mungkin tidak tahu. Malah, seperti hobi yang lain, memancing merupakan aktiviti yang sihat untuk fizikal dan mental seseorang.
Memancing bukan sahaja mampu merendahkan tahap stres seseorang, malah ia juga boleh bantu lelaki jadi makin cergas!
Tak percaya? Jom baca info dari Fatin Zahra ni!
7 sebab mengapa anda perlu jadikan memancing satu hobi
1. Bantu anda jadi lebih cergas
Bukan mudah untuk mendaratkan seekor ikan yang bersaiz besar ya! Seorang lelaki perlu merangsang kekuatan pada bahagian lengan, bahu, belakang dan juga kaki untuk menarik seekor ikan ke darat.
Bukan itu sahaja, kadang-kadang, tempat memancing yang menjadi port juga jauh daripada kawasan awam. Peminat aktiviti memancing perlu mendaki sedikit ataupun berjalan 10 hingga 15 minit sebelum tiba ke destinasi yang dituju.
Tambah lagi, khemah dan peralatan memancing juga perlu dipasang, dan semua aktiviti ini juga perlukan tenaga!
Siapa kata aktiviti memancing ini hanya duduk dan tunggu sahaja?
2. Memancing tambah vitamin D dalam badan
Vitamin D banyak terkandung dalam sinaran matahari. Oleh itu, individu yang sukakan aktiviti yang dilakukan di luar rumah pasti dapat menerima vitamin D yang cukup untuk badan.
Antara fungsi vitamin D adalah untuk membantu penyerapan kalsium dan juga phosphorus dalam badan. Vitamin D juga bantu sistem imun berfungsi dalam kadar yang normal.
Jika anda tidak mendapat vitamin D yang mencukupi, penyakit seperti osteoporosis boleh menyerang anda di kemudian hari.
3. Lebih fokus
Menurut pakar, individu yang gemar menghabiskan masa dikelilingi dengan alam sekitar mempunyai keupayaan untuk fokus dengan lebih lama.
Tambah lagi, di dalam jurnal British of Sports Medicine, individu yang suka duduk di bawah pohon yang rendang dan menghabiskan masa di tepi sungai mempunyai keupayaan untuk fokus dalam jangka masa yang lebih panjang.
4. Hobi memamcing bantu kurangkan stres
Kajian mendapati bahawa orang dewasa yang mempunyai hobi kurang berisiko untuk mengalami stres ataupun depresi.
Mereka juga mempunyai mood yang lebih baik jika dibandingkan dengan individu lain yang tidak mempunyai hobi.
Aktiviti memancing yang membolehkan peminatnya untuk keluar menghirup udara segar sambil menghayati keindahan alam sekitar sudah pasti boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa lebih tenang dan bahagia.
Jika anda alami masalah tidur malam, cuba libatkan diri dengan aktiviti memancing. 40% orang dewasa mendapati mereka lebih tenang ketika berada di sekeliling air.
5. Individu dengan hobi memancing banyak kawan, sahabat.
Hobi memancing juga dapat bantu eratkan tali persahabatan ataupun ikatan kekeluargaan.
Pasti seronok bukan jika sepanjang hari dikelilingi oleh orang yang mempunyai minat dan juga hobi yang sama.
Bukan sahaja dapat berkongsi pendapat, malah, mungkin pada hujung sesi memancing nanti anda boleh jumpa kawan baru!
Tambah lagi, ada dalam kalangan pemancing yang melakukan aktiviti ini sebagai aktiviti kekeluargaan.
Seorang ayah mungkin akan bawa anak lelakinya memancing pada waktu senggang. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara mereka.
6. Hobi memancing bantu tingkatkan keyakinan diri
Kaki pancing selalunya gemar bertukar-tukar cerita antara satu sama lain.
Mereka akan bercerita tentang pengalaman memancing yang lepas seperti ikan apa yang telah mereka tangkap ataupun tempat yang terbaik yang mereka pernah lawati.
Semua aktiviti ini boleh bantu para pemancing untuk tingkatkan keyakinan diri mereka. Tambah lagi, hobi memancing juga boleh bantu asah skil komunikasi dalam berhubung dengan orang lain.
7. Amalan memancing ikan bantu anda lari sebentar dari dunia nyata
Seperti hobi lain, hobi memancing amat membantu penggiatnya untuk lari sebentar dari dunia nyata dan hiruk-pikuk kota.
Setelah menghabiskan banyak masa terperangkap dalam pejabat dan hanya duduk di hadapan skrin komputer, pasti mental rasa lega ketika mendengar bunyi jeram di sungai.
Kepala juga rasa lebih ringan ditiup angin sejuk di luar bandar. Pasti badan yang rasa lelah terus jadi bersemangat ketika memancing!