Anak Demam Tapi Nak Beli Je Ubatnya Tanpa Pergi Klinik. Doktor Ni Bagi Pencerahan, Agar Ibu Ayah Lebih Tahu!

Share

Biasanya bila anak demam kita akan bawa anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan daripada doktor, namun tidak kurang juga ada ibu ayah bila dapat tahu anak mula menunjukkan tanda-tanda suhu badannya panas, akan terus membeli ubat di kedai atau difarmasi untuk meredakan demam tersebut.

Adakah cara ini selamat dan bagaimana pula untuk kita tentukan sukatan ubat yang diberikan adalah tepat? Perkongsian daripada doktor ini diharapkan dapat memberi pencerahan.

Jom semak.

Ubat demam ialah ubat ” over the counter”, yang boleh dibeli tanpa prescription doktor. Post ini bertujuan beri pencerahan secara ringkas, apa yang anda wajib tahu kalau NAK BELI UBAT DEMAM UNTUK ANAK ANDA.

 

Ubat demam yang biasa di gunakan di Malaysia ialah PARACETAMOL. Nama lain ialah ACETAMINOPHEN. Tak kisah la apa jua brandnya, belajar tengok label pada botol. Cari tulisan Paracetamol atau Acetaminophen.

Selain untuk demam, Paracetamol juga boleh kita guna untuk TAHAN SAKIT . Contoh, anak sakit gigi. Atau sakit kaki sebab jatuh dan lebam sikit.

Post ini tidak bincang tentang IBUPROFEN (ubat demam lain) atau penggunaan Paracetamol suppository (ubat masuk punggung).

Di sebabkan dalam market ada 2 persediaan (2 strength) ubat Paracetamol kanak kanak  (dalam bentuk cecair / syrup), maka kadangkala ada parents yang tersalah bagi dos.

Ada 2 persediaan Paracetamol syrup:

1) 120mg / 5ml

* atau ada juga yang 125mg / 5ml

2) 250mg / 5ml

Untuk anak kita, kita kena peka dengan dos ubat. Dalam kes Paracetamol, terlebih bagi dos, berisiko rosak hati. Ya … ROSAK HATI

Terkurang dos maka suhu badan tak turun. (Underdose) Apabila kurang dose makan suhu badan tak dapat turun ke tahap yang sepatutnya, jadi kawalan suhu ketika demam menjadi tak stabil.

Kena ingat ini:

> Baby umur kurang 1 bulan / berat kurang 4kg, SILA JUMPA DOKTOR. Jangan bagi ubat Paracetamol memandai. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

> Demam start bila temperature > 37.5 degree.

> Berapa kerap? Setiap 6 jam / 4 kali dalam tempoh 24jam.

> Apa apa demam yang berserta simptom yang merisaukan, jumpa doktor cepat. Contohnya demam dah 2 hari tak sembuh lepas bagi Paracetamol. Atau demam tinggi sangat berserta kanak-kanak meracau. Atau demam dengan cirit birit teruk. Atau demam yang berserta ruam.

Perlu tahu ya, datangnya demam bersebab. Kadang kala Paracetamol hanya dapat mengawal suhu badan, tapi ia bukan rawatan. Rawatan akan diberi berdasarkan Diagnosis doktor terhadap penyakit yang dihidapi.

KESILAPAN yang sering berlaku bila parents bagi ubat IKUT UMUR. Sekian sekian mL untuk umur 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun…etc.

Sila ikut berat badan anak ya. Ada budak umur 1 tahun yang berat macam budak 2 tahun. Ada pula yang umur 5 tahun macam budak umur 3 tahun. So dos ubat ikut umur TIDAK TEPAT.

KESILAPAN lain ialah salah KIRA DOS ubat ( dah ambil kira berat anak), sebab salah persediaan. Di sangka ubat paracetamol yang 120mg / mL, rupa rupanya guna Paracetamol yang 250mg/ 5mL. So perhatikan label betul betul.

Ada formula berapa banyak Paracetamol dalam miligram yang perlu di bagi ikut berat badan anak.

FORMULA :

15mg / kg of Paracetamol, every 6 hour
Ini formulanya. Maknanya, kita bagi 15mg ubat Paracetamol untuk setiap 1 kg berat badan anak. Ulang ubat setiap 6 jam.

* Formula ini terpakai untuk kanak-kanak yang beratnya <50KG ya.

Contoh:

Berat anak 10kg.
So berapa ubat Paracetamol yang patut kita bagi?
15mg X 10kg = 150mg Paracetamol

Kalau kita guna persediaan Paracetamol 120mg / 5mL, berapa banyak nak bagi ( berapa mL) untuk dapatkan 150mg tu?

Kiraan nya:
150 / 120 x 5ml
= 1.25 x 5ml
= 6.25ml

So, kita bagi anak 6.25ml ubat Paracetamol 120mg/5ml setiap 6 jam.

Perhatikan, kalau kita beli Paracetamol 250mg pulak berapa ml perlu bagi?

150 / 250 x 5ml
– 0.6 x 5ml
= 3ml

So, kita bagi anak 3ml ubat Paracetamol 250mg/5ml setiap 6 jam.

Nampak tak, beza 12.5ml VS 6ml ?
Kesilapan boleh berlaku kalau kita salah guna formula dan salah pilih ubat..

Pastikan ambil kira berat anak. Jangan bagi TOTAL melebihi 3750mg Paracetamol dalam masa 24 jam.

Formula maksimum dos dalam 24 jam ialah:
75mg / kg in 24 hours.
Maximum dos ini TERMASUKLAH ubat Paracetamol dlm bentuk suppository ( makna nya kalau kita ada guna ubat syrup + suppository)

Ambil contoh anak yang berat 10kg tu, so maksimum dos yang dia boleh ambil sehari semalam ialah 75mg x 10kg = 750mg.

Perhatikan, kalau ikut kiraan berat di atas, kita bagi 150mg setiap 6 jam. So total 24 jam = 600mg. Ini dalam range safe dose over 24 hours.

*Jumpa doktor dahulu sekiranya anda tidak pasti dengan dose yg ingin diberikan..

Dr Shazwan
Dr Syahida
KLINIK AVICENNA
KLINIK LATHIKA

 

sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad