Biasanya bila anak demam kita akan bawa anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan daripada doktor, namun tidak kurang juga ada ibu ayah bila dapat tahu anak mula menunjukkan tanda-tanda suhu badannya panas, akan terus membeli ubat di kedai atau difarmasi untuk meredakan demam tersebut.
Adakah cara ini selamat dan bagaimana pula untuk kita tentukan sukatan ubat yang diberikan adalah tepat? Perkongsian daripada doktor ini diharapkan dapat memberi pencerahan.
Jom semak.
Ubat demam ialah ubat ” over the counter”, yang boleh dibeli tanpa prescription doktor. Post ini bertujuan beri pencerahan secara ringkas, apa yang anda wajib tahu kalau NAK BELI UBAT DEMAM UNTUK ANAK ANDA.
Ubat demam yang biasa di gunakan di Malaysia ialah PARACETAMOL. Nama lain ialah ACETAMINOPHEN. Tak kisah la apa jua brandnya, belajar tengok label pada botol. Cari tulisan Paracetamol atau Acetaminophen.
Selain untuk demam, Paracetamol juga boleh kita guna untuk TAHAN SAKIT . Contoh, anak sakit gigi. Atau sakit kaki sebab jatuh dan lebam sikit.
Post ini tidak bincang tentang IBUPROFEN (ubat demam lain) atau penggunaan Paracetamol suppository (ubat masuk punggung).
Di sebabkan dalam market ada 2 persediaan (2 strength) ubat Paracetamol kanak kanak (dalam bentuk cecair / syrup), maka kadangkala ada parents yang tersalah bagi dos.
Ada 2 persediaan Paracetamol syrup:
1) 120mg / 5ml
* atau ada juga yang 125mg / 5ml
2) 250mg / 5ml
Ads
Untuk anak kita, kita kena peka dengan dos ubat. Dalam kes Paracetamol, terlebih bagi dos, berisiko rosak hati. Ya … ROSAK HATI
Terkurang dos maka suhu badan tak turun. (Underdose) Apabila kurang dose makan suhu badan tak dapat turun ke tahap yang sepatutnya, jadi kawalan suhu ketika demam menjadi tak stabil.
Kena ingat ini:
> Baby umur kurang 1 bulan / berat kurang 4kg, SILA JUMPA DOKTOR. Jangan bagi ubat Paracetamol memandai. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
> Demam start bila temperature > 37.5 degree.
> Berapa kerap? Setiap 6 jam / 4 kali dalam tempoh 24jam.
> Apa apa demam yang berserta simptom yang merisaukan, jumpa doktor cepat. Contohnya demam dah 2 hari tak sembuh lepas bagi Paracetamol. Atau demam tinggi sangat berserta kanak-kanak meracau. Atau demam dengan cirit birit teruk. Atau demam yang berserta ruam.
Perlu tahu ya, datangnya demam bersebab. Kadang kala Paracetamol hanya dapat mengawal suhu badan, tapi ia bukan rawatan. Rawatan akan diberi berdasarkan Diagnosis doktor terhadap penyakit yang dihidapi.
KESILAPAN yang sering berlaku bila parents bagi ubat IKUT UMUR. Sekian sekian mL untuk umur 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun…etc.
Ads
Sila ikut berat badan anak ya. Ada budak umur 1 tahun yang berat macam budak 2 tahun. Ada pula yang umur 5 tahun macam budak umur 3 tahun. So dos ubat ikut umur TIDAK TEPAT.
KESILAPAN lain ialah salah KIRA DOS ubat ( dah ambil kira berat anak), sebab salah persediaan. Di sangka ubat paracetamol yang 120mg / mL, rupa rupanya guna Paracetamol yang 250mg/ 5mL. So perhatikan label betul betul.
Ada formula berapa banyak Paracetamol dalam miligram yang perlu di bagi ikut berat badan anak.
FORMULA :
15mg / kg of Paracetamol, every 6 hour
Ini formulanya. Maknanya, kita bagi 15mg ubat Paracetamol untuk setiap 1 kg berat badan anak. Ulang ubat setiap 6 jam.
* Formula ini terpakai untuk kanak-kanak yang beratnya <50KG ya.
Contoh:
Berat anak 10kg.
So berapa ubat Paracetamol yang patut kita bagi?
15mg X 10kg = 150mg Paracetamol
Kalau kita guna persediaan Paracetamol 120mg / 5mL, berapa banyak nak bagi ( berapa mL) untuk dapatkan 150mg tu?
Ads
Kiraan nya:
150 / 120 x 5ml
= 1.25 x 5ml
= 6.25ml
So, kita bagi anak 6.25ml ubat Paracetamol 120mg/5ml setiap 6 jam.
Perhatikan, kalau kita beli Paracetamol 250mg pulak berapa ml perlu bagi?
150 / 250 x 5ml
– 0.6 x 5ml
= 3ml
So, kita bagi anak 3ml ubat Paracetamol 250mg/5ml setiap 6 jam.
Nampak tak, beza 12.5ml VS 6ml ?
Kesilapan boleh berlaku kalau kita salah guna formula dan salah pilih ubat..
Pastikan ambil kira berat anak. Jangan bagi TOTAL melebihi 3750mg Paracetamol dalam masa 24 jam.
Formula maksimum dos dalam 24 jam ialah:
75mg / kg in 24 hours.
Maximum dos ini TERMASUKLAH ubat Paracetamol dlm bentuk suppository ( makna nya kalau kita ada guna ubat syrup + suppository)
Ambil contoh anak yang berat 10kg tu, so maksimum dos yang dia boleh ambil sehari semalam ialah 75mg x 10kg = 750mg.
Perhatikan, kalau ikut kiraan berat di atas, kita bagi 150mg setiap 6 jam. So total 24 jam = 600mg. Ini dalam range safe dose over 24 hours.
*Jumpa doktor dahulu sekiranya anda tidak pasti dengan dose yg ingin diberikan..
Dr Shazwan
Dr Syahida
KLINIK AVICENNA
KLINIK LATHIKA
Hati ibu mana yang tidak pilu, jiwa ibu mana yang tidak diruntun sedih. Anak yang dikandung dan dibesarkan akhirnya kembali dijemput Ilahi. Namun takdir Tuhan tak siapa yang mampu menduga. Disebalik dugaan itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Sebagai hambanya, kita perlu sabar dan menerima segala ujian dengan hati yang reda.
Demikian juga dengan ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair. Pulangnya si anak ke negeri abadi buat selama-lamanya tidak mampu diterima namun hatinya kini reda.
Dalam satu perkongsian di media sosial baru-baru ini, Khadijah A Rahman , ibu kepada arwah Ashraf berkongsi bingkisan hatinya selepas anak lelakinya pulang buat selama-lamanya kepangkuan Ilahi.
Menerusi penulisan itu, Khadijah memberitahu betapa dia terkesan dengan pemergian anak lelakinya itu. Dia juga tidak dapat menggambarkan perasaannya sekarang berikutan terlalu hiba.
“Saya tak tahu mahu bermula daripada mana. Terlalu berat dan sukar menggambarkan perasaan saya ketika ini.”
Dalam pada itu, dia turut menzahirkan penghargaan kepada semua kerana berkongsi kesedihan yang dia dan keluarga alami atas pemergian anak tersayang.
“Bagaimanapun, saya perlu mengatakannya bagi pihak anak saya, Ashraf. Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini yang berkongsi kesedihan dan kesakitan atas pemergian Ashraf Daniel Mohamed Sinclair.”
Allahyarham Ashraf meninggalkan seorangi isteri iaitu Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah Sinclair. Jenazah allahayarham telah dikebumikan di San Diego Hills, Jakarta Barat
Ternyata minyak zaitun bukan sahaja digunakan untuk masakan, malah manfaatnya dalam penjagaan kecantikan memang tidak dapat dinafikan. Selain baik untuk rambut dan kulit, tahukah anda dengan minyak zaitun juga dapat menjaga kuku lebih sihat dan bersinar.
Cara merawat kuku dengan minyak zaitun ini sebenarnya cukup mudah, hanya dengan merendam kuku anda pada minyak tersebut, sudah nampak kesannya. Minyak zaitun dipercayai boleh memberikan kepadatan dan menguatkan jika kuku anda mudah patah. Rendamlah kuku anda dengan minyak zaitun yang telah dicampur dengan air suam setiap dua hari sekali selama 15 minit.
Dan ini pula petua yang diamalkan oleh Noorzera Aish, yang juga sama menggunakan minyak zaitun tapi sedikit berbeza caranya. Ini apa yang telah dikongsikan olehnya di akaun fb miliknya.
Menurutnya dengan hanya menggunakan minyak zaitun dan ubat gigi telah menampakkan kukunya lebih bersinar malah kulit tangannya juga menjadi lembut.
Bahan-bahan:
ubat gigi
olive oil/Minyak kelapa dara
Cara buat :
Sapukan ubat gigi di kuku selama 15 minit atau hingga kering.
Kemudian basuh dan lap sehingga bersih
Sapukan olive oil atau minyak kelapa dara. Kuku akan bersinar dan tangan pun akan lembut. Amalkan selalu hasilnya macam kita selalu pergi spa, murah dan berkesan.
Selain itu, apa kata dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kuku, amalkan juga beberapa petua yang mudah ini. Jom semak!
Bawang Putih
Kupas kulit bawang putih dan bersihkannya. Tumbuk sehingga lumat dan gosokkan bawang putih tadi ke atas kuku. Cuci dengan air sehingga bersih.
Kuku akan lebih berkilat dan dalam masa yang sama bawang putih boleh menguatkan struktur kuku. Ia baik dalam mengatasi masalah kuku mudah rapuh.
Limau NipisCaranya cukup mudah, dimana anda perlu potong limau nipis kepada dua bahagian. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Kemudian barulah dibilas dengan air. Amalan ini jika dilakukan secara rutin dapat memastikan kuku sentiasa cantik dan sihat.
Belimbing Buluh
Gosok buah belimbing buluh terus ke atas permukaan kuku. Selepas itu, rendam kuku di dalam air suam yang telah dicampur garam untuk hasil yang lebih efektif. Biarkan ia kering dengan sendiri.
Lemon
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon mampu membuatkan kuku tampak lebih cantik dan berkilat. Hiris beberapa kepingan buah lemon. Sapukan hirisan lemon di atas kuku untuk beberapa minit. Bilas dengan air. Amalan ini boleh membantu dalam mengatasi kuku yang kekuningan.
Kulit Tembikai
Percayalah yang kulit buah tembikai boleh memberikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih. Caranya adalah dengan menggosok kulit buah tembikai ke atas permukaan kuku. Biarkan ia mengering. Cuci dengan air sehingga bersih.
Ekstra info
Mungkin ada yang pernah terbaca tentang warna kuku dan bentuk kuku akan menunjukkan kesihatan seseorang. Antaranya, jika kuku kelihatan terlalu putih menandakan seseorang itu menghadapi kegagalan buah pinggang. Manakala jika kuku terlihat kekuningan, ini biasanya berkaitan dengan penyakit pernafasan seperti bronkitis kronik. Kuku kelihatan menebal dan pertumbuhannya perlahan dan sekali gus menyebabkan kuku tersebut berubah menjadi warna kuning.
Jika ada lekuk melintang di bahagian tengah-tengah kuku, di mana lekukan itu dikenali sebagai BEAU. Lekukan ini akan berkembang di bawah kutikel apabila pertumbuhan kuku terganggu oleh keceraan atau penyakit yang teruk.
Manakala jika kuku berbintik yang terhasil daripada lekukan kecil di atas kuku, ini sering dikaitkan dengan masalah kulit psoriasis dan beberapa keadaan autoimun. Begitu juga halnya jika kuku terlihat seakan sudu di mana kuku nipis dan melengkung keluar, ini dikaitkan dengan masalah anemia iaitu kurang zat besi.
Jadi bagaimana bentuk kuku yang sihat?
Tanda kuku sihat:
1. Bersih
2. Permukaan licin tanpa alur
3. Warna seragam
4. Bebas daripada tompokan , pudar dan berubah warna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Status perkahwinan bukan penghalang untuk mengapai kejayaan. Itulah yang ditunjukkan oleh sepasang suami isteri dalam menggapai impian memperoleh gelagar ‘Doktor Falsafah’.
Bahkan, anak yang masih kecil juga tidak membataskan keinginan wanita ini untuk seiring sejalan bersama suami untuk memperoleh gelaran tertinggi tersebut dalam bidang akademi.
Kisah yang cukup berinspirasi ini dimuat naik menerusi laman Facebook Dr Zulkifli Hussain, Eksekutif Persatuan Kaunseling & Psikologi MARA Malaysia.
PELAJAR MRSM POWER!!!!! – SUAMI ISTERI PEROLEH PHD
Siapa kata perkahwinan penghalang untuk anda sambung belajar. Pasangan ini telah buktikan.
Mohamad Aiman Jamsari dilahirkan di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Anak pertama daripada 3 adik beradik. Tingkatan 1-3 di MRSM Gerik, Perak (2006-2008), tingkatan 4-5 di MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka (2009-2010). Meraih keputusan 6A+ 3A dlm SPM 2010.
Manakala istwrinya, Siti Nadjiha Mohd Rozali. Dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor, anak ketiga daripada 5 adik beradik. Tingkatan 1-3 di SMK Sungai Pusu, Gombak (2006-2008), Tingkatan 4-5 di MRSM PDRM, Kulim (2009-2010). Meraih keputusan 6A+ 3A dlm SPM 2010.
Menggunakan keputusan percubaan SPM di MRSM TGB dan MRSM PDRM, Aiman dan Nadjiha berjaya mendapatkan tempat di Kolej MARA Kuala Nerang untuk peringkat foundation (2011), sebelum menyambung pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UniKL MFI (Aiman) dan Kejuruteraan Kimia di UniKL MICET (Nadjiha) untuk tahun pertama (2012) dan tahun kedua-keempat di The University of Auckland, New Zealand (2013-2015) dengan tajaan MARA. Aiman dan Nadjiha kedua-duanya memperoleh First Class (Honours) in Bachelor of Engineering in Mechanical (Aiman) dan Chemical and Materials (Nadjiha). Nadjiha juga dinobatkan Dean’s Honours Award.
Aiman dan Nadjiha pulang ke Malaysia dan berkahwin selepas selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dan kedua-duanya pulang semula ke New Zealand untuk menjalani pengajian PhD dengan tajaan New Zealand government.
Kedua-duanya berjaya menghabiskan PhD dalam tempoh masa 3 tahun. Aiman kini berkerja di Plant & Food Research, mengetuai engineering team dalam mengendalikan beberapa projek manakala Nadjiha kini bekerja sebagai engineer di Fonterra, New Zealand, which is one of the largest dairy company in the world.
Sedikit tips daripada mereka berkaitan pengajian PhD:
1. Fokus – PhD boleh dihabiskan dalam tempoh masa yang singkat sekiranya betul-betul fokus. Kebiasaannya kami mula berkerja pada jam 9 pagi dan pulang ke rumah pada jam 5petang. Pastikan betul-betul produktif between 9pagi dan 5petang jadinya waktu malam boleh digunakan untuk rehat dan family-time dan weekend juga boleh digunakan untuk bercuti untuk merehatkan minda dan re-charge energy. Bercuti/rehat/beriadah adalah penting untuk memastikan kita sentiasa bersemangat untuk memulakan hari Isnin yang mendatang.
2. Lead your own PhD – Take your own inisiatif. PhD is about your thinking, so banyakkan usaha berfikir dan execute the plan, kemudian berbincang bersama supervisor. Supervisors then can give their comments and feedback on what to improve. Bukanlah hanya menunggu arahan ataupun idea daripada supervisors.
3. Healthy relationship with supervisors – Sentiasa adakan meeting atau discussion bersama supervisor sekurang-kurang nya sekali seminggu. Melalui cara ini, idea exchange between kita and supervisor dapat berjalan lancar, cara ini juga dapat membuatkan kita lebih produktif dan supervisor lebih aware dengan ideologi ataupun hala tuju PhD kita.
4. Mulakan thesis writing seawal yang boleh – Kami mulakan thesis writing pada akhir tahun kedua, dan supervisor mula membaca pada awal tahun ketiga. Ini membolehkan kami menghabiskan PhD dalam tempoh masa yang singkat. Kadang2 supervisor sangat busy sehingga tidak sempat membaca thesis dalam masa yang ditetapkan, jadi take your own inisiatif untuk mulakan penulisan awal untuk memberi ruang kepada supervisor untuk membaca thesis.
5. PhD is a difficult and lonely journey, jadinya sangat penting untuk berinteraksi bersama kawan-kawan yang lain ataupun family supaya mereka juga dapat memberi semangat. Selalu jugalah mengharapkan doa daripada kedua ibu-bapa dan kawan-kawan.
Tahniah Mohamad Aiman Jamsari dan Siti Nadjiha Mohd Rozali ! Kejayaan anda memberi inspirasi kepada semua. Kami doakan kalian terus berjaya dan berjaya. Caiyookkkk!
Sumber gambar:Sinarplus
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.