Bila anak demam ibu bapa mana yang tak risau. Boleh jadi tidak keruan dan runsing apabila demam anak tidak baik dan berlanjutan. Malah ada yang sanggup tidak tidur malam untuk lap keseluruhan badan anak supaya suhunya turun dengan segera. KELUARGA menyajikan informasi bagaimana untuk mengendalikan anak semasa demam.
Sebenarnya demam adalah perkara biasa dalam di kalangan anak kecil yang hendak membesar. Seperti kata orang tua-tua, kalau anak demam itu petanda dia nak pandai sesuatu. Tetapi jangan ambil remeh kerana ia juga mungkin boleh menjadi petunjuk sesuatu penyakit. Perlu tahu! demam yang menyerang anak masih bayi atau sudah besar adalah demam biasa jika selepas dua hari akan sembuh. Namun setelah lima hari badan anak masih panas, segeralah bawa anak berjumpa doktor yang lebih pakar untuk memeriksa dan merawat demam anak.
Demam biasanya terjadi apabila
12 persoalan yang anda perlu tahu jika anak demam.
Segera lah bawa anak anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut sekiranya jawapan yang anda berikan agak membimbangkan.
Suhu badan (box)
Setiap rumah perlu ada termometer untuk periksa suhu anak. Berikut ukuran suhu yang perlu diketahui untuk mengenal pasti demam anak tinggi atau tidak
Suhu yang normal adalah 36-37.4 darjah celsius.
Suhu 37.5-37.9 darjah celsius adalah demam sikit
Suhu 38.5 darjah celsius dan ke atas dikira demam tinggi
Mengawal suhu badan
Berikut antara yang boleh anda lakukan untuk membiarkan haba panas keluar. Secara tidak langsung untuk menurunkan suhu dan mengelak suhu naik secara mendadak
Biasanya suhu badan anak akan meningkat waktu tengah malam sampai ke subuh. Jika suhu anak melebihi 38.5 darjah celsius, seeloknya bagi anak ubat punggung. Periksa balik suhu anak selepas setengah jam atau sejam. Bahaya suhu terlampau tinggi, kerana ia memungkinkan anak berisiko terkena sawan. Pantau juga lampin pakai buang. Jika sudah tukar dua kali pun masih kering, bawalah anak berjumpa doktor. Dehidrasi adalah merbahaya kerana boleh membawa maut. Apa yang pasti, jika anda rasa keadaan anak anda pelik, bawa sahaja untuk diperiksa.
Pemberian ubat demam
Seeloknya bagilah ubat demam antara enam hingga lapan jam sekali. Bagaimana pun sebelum memberi sebarang ubat kepada anak dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana sukatan dos ubat bergantung pada berat anak.
Jangan sesekali beri anak sebarang ubat antibiotik tanpa nasihat doktor. Lazimnya antibiotik wajib diambil mengikut dose yang ditetapkan dan perlu cukupkan seminggu. Jika ada lebihan perlu segera membuangnya. Perlu diingatkan juga jika anak anda sukar makan ubat demam jangan sesekali dengan sengaja menggantikan memberi ubat punggung. Cara ini salah! Ubat punggung diberikan bila suhu tinggi sahaja (lebih 38.5) dan tidak boleh melebihi dua kali sehari atau melebihi tiga hari. Ia menurunkan suhu badan dengan cepat jadi agak berbahaya jika diberi jika suhu tidak tinggi.
Pemakanan semasa demam
Sewaktu demam, anak perlu banyak minum air. Sekiranya anda ingin memberi si manja minum air kelapa sewaktu demam, ia dibolehkan. Cuma jangan berlebihan. Namun minuman bergas adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak atau orang dewasa. Menyentuh mengenai aiskrim juga dibolehkan semasa anak demam. Ia dikatakan mampu melegakan tekak. Membuatkan tekak anak menjadi sedikit kebas supaya dia berasa sedikit selesa untuk makan. Dalam tempoh ini juga, anak mulai tidak selesa makan. Jangan paksa jika anak tidak mahu makan nasi. Sebaiknya bagi apa yang dia ingin makan. Seeloknya makanan yang lembut dan sejuk macam puding, agar atau sup. Begitu juga dengan menyusu. Anda tidak perlu memaksa jika anak tak mahu menyusu. Cuma perlu pastikan dia minum banyak air masak.