Bila anak demam ibu bapa mana yang tak risau. Boleh jadi tidak keruan dan runsing apabila demam anak tidak baik dan berlanjutan. Malah ada yang sanggup tidak tidur malam untuk lap keseluruhan badan anak supaya suhunya turun dengan segera. KELUARGA menyajikan informasi bagaimana untuk mengendalikan anak semasa demam.

Sebenarnya demam adalah perkara biasa dalam di kalangan anak  kecil yang hendak membesar. Seperti kata orang tua-tua, kalau anak demam itu petanda dia nak pandai sesuatu. Tetapi jangan ambil remeh kerana ia juga mungkin boleh menjadi petunjuk sesuatu penyakit. Perlu tahu! demam yang menyerang anak masih bayi atau sudah besar adalah demam biasa jika selepas dua hari akan sembuh. Namun setelah lima hari badan anak masih panas, segeralah bawa anak berjumpa doktor yang lebih pakar untuk memeriksa dan merawat demam anak.

Anak Demam. Ibu Ayah Kena Tahu Jawab 12 Soalan!

Demam biasanya terjadi apabila

  1. Anak anak terkena jangkitan kuman (virus atau bakteria)
  2. Dikatakan apabila anak sudah pandai melakukan sesuatu
  3. Terdedah dengan cuaca panas terlalu lama
  4. Situasi terkejut apabila terjadi sesuatu perkara contohnya anak jatuh buai atau katil
  5. Selepas suntikan imunisasi atau sebarang suntikan.

12 persoalan yang anda perlu tahu jika anak demam.

  1. Anak aktif ke tidak?
  2. Anak boleh makan ke tidak?
  3. Anak boleh minum atau tidak?
  4. Ada nafas laju atau nafas bunyi tidak?
  5. Ada muntah dan cirit tak?
  6. Ada buang air besar tak?
  7. Lampin pakai buang basah tidak? (kebiasaannya akan ditukar antara lima hingga enam jam).
  8. Anak merengek atau tidak?
  9. Bunyi dan cara bernafas anak pelik tidak sewaktu tidur?
  10. Anak anda bagi tindak balas dengan baik atau tidak?
  11. Anak anda kena sawan demam tidak?
  12. Ada ruam atau tidak?

Segera lah bawa anak anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut sekiranya jawapan yang anda berikan agak membimbangkan.

Suhu badan (box)

Ads

Setiap rumah perlu ada termometer untuk periksa suhu anak. Berikut ukuran suhu yang perlu diketahui untuk mengenal pasti demam anak tinggi atau tidak

Suhu yang normal adalah 36-37.4 darjah celsius.

Suhu 37.5-37.9 darjah celsius adalah demam sikit

Suhu 38.5 darjah celsius dan ke atas dikira demam tinggi

Ads

Mengawal suhu badan

Berikut antara yang boleh anda lakukan untuk membiarkan haba panas keluar. Secara tidak langsung untuk menurunkan suhu dan mengelak suhu naik secara mendadak

  1. Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.
  2. Wajib pantau untuk memastikan suhu menurun.
  3. Lihat keadaan anak. Kelihatan biasa atau luar biasa.
  4. Jangan pakaikan anak pakaian yang tebal atau stoking.
  5. Pakaikan baju yang nipis dan berlubang lubang kecil.
  6. Mandikan anak dengan air sejuk. Namun seeloknya mandikan atau lap menggunakan air suam untuk mengelak anak berasa sangat sejuk nanti.

Biasanya suhu badan anak akan meningkat waktu tengah malam sampai ke subuh. Jika suhu anak melebihi 38.5 darjah celsius, seeloknya bagi anak ubat punggung. Periksa balik suhu anak selepas setengah jam atau sejam. Bahaya suhu terlampau tinggi, kerana ia memungkinkan anak berisiko terkena sawan. Pantau juga lampin pakai buang. Jika sudah tukar dua kali pun masih kering, bawalah anak berjumpa doktor. Dehidrasi adalah merbahaya kerana boleh membawa maut. Apa yang pasti, jika anda rasa keadaan anak anda pelik, bawa sahaja untuk diperiksa.

Pemberian ubat demam

Ads

Seeloknya bagilah ubat demam antara enam hingga lapan jam sekali. Bagaimana pun sebelum memberi sebarang ubat kepada anak dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana sukatan dos ubat bergantung pada berat anak.

Jangan sesekali beri anak sebarang ubat antibiotik tanpa nasihat doktor. Lazimnya antibiotik wajib diambil mengikut dose yang ditetapkan dan perlu cukupkan seminggu. Jika ada lebihan perlu segera membuangnya. Perlu diingatkan juga jika anak anda sukar makan ubat demam jangan sesekali dengan sengaja menggantikan memberi ubat punggung. Cara ini salah! Ubat punggung diberikan bila suhu tinggi sahaja (lebih 38.5) dan tidak boleh melebihi dua kali sehari atau melebihi tiga hari. Ia menurunkan suhu badan dengan cepat jadi agak berbahaya jika diberi jika suhu tidak tinggi.

Pemakanan semasa demam

Sewaktu demam, anak perlu banyak minum air. Sekiranya anda ingin memberi si manja minum air kelapa sewaktu demam, ia dibolehkan. Cuma jangan berlebihan. Namun minuman bergas adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak atau orang dewasa. Menyentuh mengenai aiskrim juga dibolehkan semasa anak demam. Ia dikatakan mampu melegakan tekak. Membuatkan tekak anak menjadi sedikit kebas supaya dia berasa sedikit selesa untuk makan. Dalam tempoh ini juga, anak mulai tidak selesa makan. Jangan paksa jika anak tidak mahu makan nasi. Sebaiknya bagi apa yang dia ingin makan. Seeloknya makanan yang lembut dan sejuk macam puding, agar atau sup. Begitu juga dengan menyusu. Anda tidak perlu memaksa jika anak tak mahu menyusu. Cuma perlu pastikan dia minum banyak air masak.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI