“Anak Dekat Saya, Hati Pun Tenang” Sukar Fokus Asyik Teringat, Emma Maembong Bawa Anak Ke Set Shooting

Share

Sentiasa nak dekat dengan anak, demikian juga dengan situasi yang dilalui pelakon, Emma Maembong.

Akui ibu muda ini, dia lebih selesa menjaga sendiri anaknya Shariq Gabriel yang kini berusia setahun daripada ditinggalkan kepada pembantu rumah atau dihantar ke rumah pengasuh.

Itulah lumrah bagi setiap wanita bergelar ibu. Tatkala si kecil menjengah dunia, waktu itu hilang segala rasa sakit dan perit selama mengusung perut 9 bulan. Apa sahaja yang nak dibuat,pasti anak menjadi keutamaan.

Berkongsi cerita bersama Harian Metro baru-baru ini, Emma mengakui, tindakannya itu bukan kerana tidak percaya kepada orang lain, sebaliknya naluri seorang ibu yang menyayangi anak. Sementelah dia sendiri baru melalui fasa  bergelar ibu.

“Sejak menjadi ibu, memang susah untuk saya tinggalkan anak. Walaupun dia okey saja, tetapi saya sendiri yang tidak bersedia dan tak biasa untuk tinggalkannya.

“Biasalah, saya pun baru saja menjadi ibu. Tetapi apabila difikir-fikirkan semula, saya juga yang susah nanti jika terlalu obses dengan anak sendiri dan dia pula asyik nak melekat dengan saya setiap masa,” ujarnya lagi.

Begitu pun dia tidak menafikan terpaksa berhadapan kesukaran hendak memberi fokus kepada lakonan kerana asyik teringatkan anak di rumah.

“Sebagai ibu, saya percaya kita akan menjaga anak lebih baik daripada orang lain. Daripada asyik fikir anak dah makan ke belum, dia buat apa di rumah, menyebabkan saya akhirnya ambil jalan pintas dan bawa anak ke lokasi.

“Tapi, tak selalulah kerana perlu melihat juga tempat itu sesuai dan selesa untuk bayi. Namun, apabila anak ada dekat dengan saya baru boleh bekerja, hati pun tenang dan selesai masalah,” katanya.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazil Azhar, 33, pada 20 Februari tahun lalu dan selamat melahirkan anak sulung mereka pada 8 November tahun lalu.

Kredit: Harian Metro 


 

ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!

ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!

“Mak Paling Happy Saya Rasa.” Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan, Warganet Titip Tahniah!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club