Mendidik dan membesarkan anak-anak bukan satu tugas yang mudah. Apatah lagi jika ibu bapa bekerjaya, menyebabkan anak-anak diletakkan di bawah jagaan pembantu.
Begitu pun, tidak bermakna ibu bapa boleh lepas tangan. Kena ambil tahu dan bagi ibu dan ayah, masalah anak-anak adalah patut dijadikan keutamaan. Terutama sekali apabila berhadapan dengan anak- anak degil dan tidak mahu dengar cakap.
Inilah antara masalah yang sudah terlalu sinonim dalam kehidupan mereka yang bergelar ibu bapa.
Namun cara wanita bernama Aya Chalo di blognya ini berkongsi tip mendidik anak cukup menarik perhatian dan boleh dicontohi oleh ibu ayah lain.
Dia yang berkongsi segala ilmu daripada Seminar Kepimpinan yang dihadirinya sememangnya baik untuk kita semua dalam mendidik anak-anak. Jom ikut panduan dan cara yang dikongsikannya.
Kak nak kongsi sikit tips parenting yang kak dapat dalam Seminar Kepimpinan semalam. Tulisan ini agak panjang, tapi kalau rasa nak ILMU, yang mungkin mengubah untuk kita jadi ibu bapa yang lebih baik, teruskan baca sampai habis…
Walaupun namanya Seminar Kepimpinan, tapi penceramah, Tn Hj Hushim Salleh (Pakar Motivasi & Parenting) banyak kaitkan dengan parenting.
So, long story cut short, adalah beberapa Tips Parenting yang kak dapat, yang mana ianya simple dan kerana simple ia seringkali dilupakan, tidak dibuat, dianggap tak penting.
Bila penceramah share yang jumlah penagih dadah sekarang ni ada dalam 1.6 juta orang, agak-agak mengapa benda ni terjadi? Tu belum lagi kes kerana ejek habis dibakar sehingga kehilangan nyawa. Marah sikit, habis ditikam, dikelar ibu, bapa, nenek. Salah siapa?
Ads
Semuanya bermula dari rumah, peranan ibubapa saaaaangat penting. Terutamanya pemimpin keluarga iaitu BAPA. Kadang bapa ni ego. Lagi teruk kalau mak pun ego sama. Jangan… sebab masa tidak boleh dikembalikan.
Anak-anak bersama kita tak lama. Jadi sementara masih ada peluang, jom kita amalkan tips ni agar anak-anak dekat dengan kita, anak-anak dengar kata-kata kita dan hatinya terpaut dengan ibubapa, bukannya dengan kawan-kawan, bukan dengan orang lain. Kita semua mau anak kita macam tu kan?
So jom kita baiki beberapa perkara…
1. Sentiasa PELUK CIUM anak sehingga besar. Bukan peluk cium time baby ja, tapi sehingga besar. Mungkin mak memang selalu buat, tapi ajaklah bapa buat sama. Tak kira anak lelaki ka perempuan.
Semai dari sekarang iaitu peluk cium anak. Paut hatinya. Pedulikan kata orang lain, ya la sebab sudah besar pun peluk cium lagi. Ramai antara kita terutama lelaki, just salam ja dengan ibu bapa, peluk jarang (yang langsung tak nak salam pun ada)! Inilah yang kita perlu baiki.
Kalau family kita tidak pernah amalkan benda ni, why not kita start dulu. Ia akan beri perubahan perhubungan yang besar. Try lah.
Ads
2. Bila peluk usap belakang bahu (anak lelaki) atau belakang kepala (anak perempuan) Lagi tips yang bernilai buat kak Aya. Tips ni kak pernah baca di FB ni juga, selepas baca tu kak amalkan, memang nampak anak lebih mendengar kata berbanding sebelum ni dan semalam Hj kongsikan semula.
Bila anak buat silap atau sedih atau perlukan nasihat, kita peluk dia, usap bahu (anak lelaki) dan bisikkan kata-kata nasihat buat dia. Kalau anak perempuan, peluk dan usap kepala (bahagian belakang kepala) dan nasihatkan dia.
Jiwanya akan tenang, bila tenang, mudah untuk dia mendengar nasihat dan insyaallah masuk ke hatinya. Perubahan pun kita boleh tengok. Kalau tantrum, try peluk dan buatlah usapan tu, insyaallah lebih cepat tenang berbanding peluk biasa.
3. Jangan cakap KASAR, ia akan bentuk Karektor Anak umur 1-7 tahun: Fasa awal kanak-kanak Anak umur 8-12 tahun: Fasa kanak-kanak Anak umur 13-17 tahun: Remaja (Peringkat yang paling mencabar)
Pembentukan karektor anak bermula pada zaman kanak-kanak. Kalau kita sebagai ibu bapa bercakap kasar ketika tempoh tu, ia akan kekal sampai besar. Bila kita terlepas tempoh tu, susah hendak diubah. So, kita kena beringat-ingat la ya.
4. Hati-hati dengan kata-kata Kata-kata yang keluar dari mulut ibu adalah doa. Jadi, hati-hati keluarkan kata-kata. Parents kita zaman dulu kalau anak nakal ka apa, akan cakap “Anak bertuah”, etc.
Ads
Tapi zaman sekarang, ramai ja parents yang suka maki-maki dengan kata-kata kesat, atau tidak menjaga perkataan yang keluar dari mulut cth: Bod*h, Nakal, etc… Dan tengoklah hasilnya, anak jadi apa, makin bod*h, makin nakal, makin teruk…
Itu bukan salah anak, tapi itu doa yang keluar sendiri dari mulut ibu. So, sama-samalah kita beringat ya.
5. Ibu bapa tunjuk contoh yang baik Bagi anak nampak benda yang baik, jangan sesekali kata penat depan anak-anak, jangan gaduh depan anak-anak. Sebab anak-anak belajar dari pemerhatian.
Kids lebih banyak belajar daripada melihat dan mendengar. Lagi satu jangan sebut PENAT depan anak-anak.
Mama PENAT kerja Mama PENAT masak Mama PENAT jaga kamu etc
Sebab, semua itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Memang tanggungjawab so jangan sebut depan anak-anak. Nanti anak-anak seolah-olah diajar untuk jadi orang tidak bertanggungjawab.
Kena sentiasa perbaiki diri, tapi sebab benda ni selalu dilupakan. Kita perlu ingat-mengingati kannn.
“To be in your children’s memories tomorrow, you have to be in their lives today.”
Kredit: Aya Chalo
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap orang mempunyai sejarah dan memori yang sukar untuk dilupakan. Lebih-lebih lagi kisah kesusahan yang terpaksa dilalui sebelum menempa kejayaan.
Demikian juga dengan pelakon Kota Singa ini. Dalam perkongsiannnya baru-baru ini, Datuk Aaron Aziz berkongsi kenangan indah bersama kereta pertamanya sebelum menempa nama sebagai selebriti.
Aaron menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya memberitahu kereta tersebut banyak berjasa kepadanya sejak tahun 2005 lagi.
“Kereta pertama saya. Kereta yang banyak berjasa pada tahun 2005-2008. Naik turun SG-KL selama 3 tahun masa mula berlakon di Malaysia.
“Kalau siapa ingat drama Janji Diana RTM mesti akan ingat kereta ni. Dan dalam kereta tu lah My Diyana @diyanahalik yang dah berjanjj sehidup semati. Insya-Allah. Nama anak saya, Anaqi @danishanaqiaaron dibahagian bonet kereta. Inilah permulaan saya,” kongsinya.
Memuat naik gambar kereta tersebut, Aaron turut memberitahu kenderaan itu jugalah yang dijadikan tempat berlindung sewaktu dia tiada tempat untuk melelapkan matanya ketika itu.
“Kereta inilah yang menjadi rumah kalau tak ada tempat tidur. Kereta inilah yang menjadi tempat rehat.
“Kereta inilah yang sangkut banjir kat Ampang. Kereta nilah banyak kena saman sebab nak sampai KL awal. Terima kasih ALLAH,” coretnya.
Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada Ogos 2003. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 16, Dwi Ariana, 14 dan Dahlia Arissa, 10.
“Mama dah tak tahu nak buat apa lagi ni. Dimarah sudah, dirotan pun sudah. Nasihat jangan cakaplah, dah berbuih mulut mama ni. Tapi Afiq malas juga membaca. Cuba Afiq bagi tahu mama, cara bagaimana lagi mama nak bagi Afiq suka membaca ni. Bila tak nak membaca macam mana dengan pelajaran tu…”
Mungkin ini antara keluhan yang dirasai oleh sebahagian antara ibu bila berhadapan dengan anak yang tidak suka membaca. Lebih-lebih lagi masalah ini sering dikaitkan jika anak tersebut adalah seorang lelaki. Dikatakan minatnya lebih pada bermain dan agak ‘liat’ untuk membaca berbanding anak perempuan yang dirasakan lebih mudah untuk disuruh membaca atau belajar. Adakah ianya benar begitu atau hanya tanggapan semata-mata?
Namun bagi ibu yang mempunyai 3 orang putera ini cukup istimewa, beliau berjaya memupuk minat membaca di dalam diri setiap anak-anaknya. Pendekatan dan usaha yang telah dilakukan, harus dicontohi. Nak tahu lebih lanjut, jom semak!
Masukkan buku sebagai sebahagian barang keperluan bayi bakal lahir. Jenis buku harus sesuai untuk bayi seperti buku kain dan buku bod (Board books)
Bacakan buku seawal anak dalam ‘perut’ (rahim). Baca kuat dari buku kanak-kanak yang ada ritma dan pengulangan perkataan (read-aloud). Teruskan sampai anak sudah mampu baca sendiri. Sebaiknya, anak-anak yang dah bersekolah pun, luangkan masa sekali sekala bacakan buku untuk mereka. ‘Bonding time with books’ adalah antara aktiviti kegemaran sebab saya baca dengan pengubahan suara pada watak-watak.
Buku adalah permainan. Cari buku yang tahan lasak seperti diperbuat daripada kertas bod, kain, plastik (bath book), buku elektronik. ‘Favourite’ kami ialah buku Eric Carles.
Sediakan satu ruang khusus dan bekas untuk simpan buku sebagai alat mainan. Sudut yang anak boleh sesuka hati nak sepah, nak pilih, jangan halang kehendak anak masa peringkat bayi dan usia tatih (toddler) untuk selerakkan buku. Buku-buku yang diasingkan bagi tujuan ini memang biasanya berakhir lunyai.
Ansur-ansur didik anak untuk hormat buku. Buku yang bahannya dari kertas seperti kelaziman, jauhkan buat si kecil dan hanya beri dengan pantauan kita. Boleh diajar untuk selak kertas tanpa terkoyak / dikoyak. (Kemahiran motor halus).
Mengoyak dan menconteng adalah perkara biasa dalam dunia kanak-kanak. Jangan dimarahi. Sediakan buku lama, majalah lama untuk tujuan itu. (Kemahiran motor halus)
Singgah ke kedai buku adalah satu rutin setiap kali keluar. Bawa ke perpustakaan kerap atau ke tempat yang banyak sumber buku dan bebas untuk membaca di situ.
Bahan bacaan tidak terhad pada buku. Majalah, buku ‘game’, komik pun dibelikan. Pastikan ia bahan bacaan yang bermutu.
Elak ajar ‘guided-reading’ di bawah usia empat tahun. Contoh: Fonik dan ‘Whole-word approach’. Tidak fokus ajar ABC sebagai hafalan kenal abjad pada usia tatih (toddler) sebaliknya terus ajar ‘sight-word’ melalui bacaan dari buku dan kad imbasan. Anak-anak yang kurang didedahkan pelbagai bahan bacaan seawal usia bayi dan kemudian diajar untuk membaca akan mudah menganggap membaca adalah satu aktiviti yang sukar.
Adaptasi dan fleksibiliti. Apa minat anak? Kartun? Super-heroes? Ada filem kegemaran? Cari buku untuk topik tersebut. Di rumah ni banyak buku super-heroes, contohnya. Beri kebebasan anak pilih sendiri bahan bacaan yang diminati dengan pantauan fleksibel.
Sentiasa bawa buku ke mana-mana walau ke kedai mamak sekalipun. Masa menunggu digunakan dengan sebaiknya dengan membaca walau hanya satu halaman. Galak anak bawa buku cerita ke sekolah juga.
Luaskan aktiviti berkait membaca. Sambut ‘World Book Day’ bersama rakan, borong buku di jualan gudang, sama-sama telek jualan buku di talian, apa sahaja asalkan ia berkenaan buku.
Buku sebagai hadiah. Lebih suka beri ganjaran sama ada buku atau bahan bacaan lain. Galakkan anak beri buku juga sebagai hadiah, contoh untuk Hari Guru, Majlis Kahwin, sambutan hari jadi rakan, etc. Tidak dilupakan wakaf buku.
Adakan diskusi dengan anak-anak tentang buku yang telah dibaca. Beri anak peluang bercerita dan ekpresi pendapatnya sendiri.
Kurangkan gajet. Kurangkan televisyen. Tiada pun lagi bagus. Mereka masih boleh akses teknologi dengan komputer riba.
Paling penting kita sendiri adalah ibu dan bapa yang sayang buku dan suka membaca. Pengaruh paling berkesan!
Sumber : Hanz Jamaludin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ayam goreng antara menu kegemaran anak-anak atau dengan kata lain hidangan yang ‘wajib’ ada di atas meja. Menggoreng ayam tidak susah, namun untuk memastikan ia benar-benar masak ada kala ia menjadi masalah buat si ibu. Terutama sekali jika anda mahu ia lebih garing , malangnya isi masih berdarah.
Bagi memastikan ayam yang digoreng masak sempurna di bahagian isi memang ada cara tertentu yang harus dilakukan.
Bermula daripada proses membersihkan ayam hinggalah teknik menggoreng, semua ada petuanya. Jom semak.
1. Kelar dan kukus seketika
Cuci bersih ayam dan jangan lupa untuk kelar-kelarkan ia terutamanya pada bahagian paha ayam. Kemudian perasakan dengan garam dan kunyit dan kukus seketika.
2. Gunakan minyak yang banyak
Sediakan kuali yang bersesuaian dan isi dengan minyak yang banyak. Pastikan semasa menggoreng, ayam tenggelam di dalam minyak sepenuhnya.
3. Masak bahagian yang sama
Asingkan bahagian berdaging dengan bahagian bertulang dan masak mengikut kumpulan yang telah dibuat tadi. Contohnya, jika bahagian berdaging dimasukkan ke dalam kuali, maka pastikan semua bahagian berdaging digoreng serentak. Kemudian diikuti menggoreng bahagian bertulang pula sehingga habis. Ini untuk pastikan ia masak sekata.
4. Pastikan api sederhana
Jangan sekali-kali menggunakan api yang besar untuk memendekkan waktu menggoreng. Memanglah ayam digoreng akan nampak kekuningan dan garing di bahagian luar namun bahagian isinya pasti tidak akan masak sempurna. Sebaiknya gunakan api sederhana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.