Boleh dapat ‘darah tinggi’ rasanya jika tiap-tiap hari kena jerit pada anak supaya berkelakuan baik. Namun setiap hari marah anak masih tidak berubah. Seolah-olah marah itu tidak memberi sebarang kesan padanya. Bersama pakar motivasi kekeluargaan, Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad mengulas perihal anak yang bersikap nakal, degil dan tidak mendengar kata ibu bapa.
Ibu bapa mudah melabelkan anak-anak secara negatif. Apabila anaknya degil atau enggan mendengar kata maka terus membuat kesimpulan ia adalah tingkah laku yang negatif. Perlu diingatkan, setiap tingkah laku anak-anak berbeza kerana mereka membesar sebagai individu yang berbeza daripada segi watak dan peribadinya.
Degil itu dilihat sebagai negatif disebabkan anak-anak tidak mendengar kata nasihat yang ibu bapa berikan. Sebaliknya, jika dilihat dari satu sudut lain pula, degil itu membuktikan bahawa anak-anak tetap dengan kemahuan dan pendiriannya. Sifat degil sebegini perlu ada jika anak mahu berjaya satu hari nanti. Kejayaan memerlukan seseorang itu berdepan dengan masalah, cabaran dan ujian. Hanya mereka yang degil sahaja yang mampu melepasi semua ini. Oleh itu, adalah satu kesilapan sekiranya ibu bapa mahu agar sifat degil anak itu dibuang terus.
Sebenarnya, apa yang perlu dilakukan ialah menyalurkan sikap degil ini secara positif dan betul. Anak-anak yang masih kecil tidak mampu membezakan antara degil yang positif dan degil yang negatif. Oleh itu, menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk membantunya.
Karakter anak degil
Suka melakukan sesuatu ikut kehendaknya
Tidak mendengar arahan atau nasihat
Persisten dalam melakukan sesuatu hingga berjaya atau selesai
Menunjukkan sikap kepimpinan dan ada kalanya macam bos
Tidak bergantung pada orang lain
Suka lakukan apa yang dilarang
Cara pengendalian
Hargai sifat semula jadinya yang degil itu.
Banyakkan berkomunikasi dan tanya apa yang dia mahu lakukan atau capai.
Beritahu padanya, pastinya anak gembira jika boleh lakukan sesuatu yang juga membuatkan anda sebagai ibu bapa gembira.
Berikan dia alternatif untuk salurkan kehendaknya dalam situasi yang sesuai dan tidak berbahaya.
Puji apabila anak mula mendengar nasihat atau cakap anda.
Ads
Berikut adalah contoh perbualan positif seorang ibu kepada anaknya.
Situasi: Imran seorang anak yang keras hati (degil). Walau pun telah dinasihati banyak kali, dia tetap akan panjat tepi tangga untuk naik ke atas dan ini membahayakannya.
Ibu : Imran, ibu tahu Imran suka memanjat betul?
Imran : Betul ibu
Ibu : Ibu pun suka apabila Imran memanjat, ia menujukan bahawa Imran seorang yang berani dan sukakan cabaran. Agak-agaknya kenapa ibu selalu bising apabila Imran memanjat?
Imran : Tak tahu.
Ads
Ibu : Cuba Imran fikir apa boleh berlaku jika Imran salah panjat atau terlepas tangan?
Imran : Imran akan jatuh.
Ibu : Kalau jatuh sakit tak?
Imran : Sakit.
Ibu : Sebab itulah ibu bising, sebab ibu sayang Imran. Kalau Imran betul-betul suka memanjat ibu akan bawa Imran ke Mall pada hujung minggu ini, dan dalam tu ada tempat untuk kanak-kanak panjat-panjat. Di situ Imran boleh panjat sesuka hati, tetapi kena janji dengan ibu untuk tidak panjat tangga lagi, boleh?
Ads
Imran : Betul ker ni ibu?
Ibu : Betul ibu janji.
Imran : Yeay, ok Imran janji takkan panjat di situ lagi.
Ibu : Hah, macam itulah anak ibu. Ibu suka apabila Imran mendengar kata. (Sambil peluk atau usap kepalanya)
Contoh perbualan di atas jelas menunjukkan ibu menghargai kedegilan anak, menyatakan sebab kenapa dia dihalang untuk meneruskan kelakuannya dan menawarkan alternatif baru untuk disalurkan kesukaan dan bakatnya. Akhir sekali, ibu memuji anak.
Dengan pendekatan sebegitu, anak-anak akan membesar dengan jiwa yang kuat. Mereka memiliki kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi. Kekuatan emosi membentuk anak-anak yang berakhlak mulia dan memiliki nilai moral yang tinggi. Mereka tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depannya. Mereka berfikir sebelum bertindak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kita biasa dengar bahawa anak-anak kecil bila berbicara, setiap apa yang dituturkan adalah lahir dari hatinya yang suci dan penuh keikhlasan. Ini membuatkan kadang-kadang kita sebagai ibu ayah tersentuh hati dengan setiap jawapan yang diberikan oleh anak-anak kita.
Baru-baru ini Shakilla Khoriri ada berbual santai dengan anak perempuannya Nur Ameena Sofia yang sedang menggenakan telekung untuk menunaikan solat. Perbualan mereka anak beranak lebih kepada tentang kebaikan solat dan syurga.
Namun apa yang lebih menyentuh hati dan menarik perhatian netizen hingga menyebabkan berasa sebak dan mengalirkan air mata, bila Shakilla bertanyakan anaknya apa yang dinginkan di syurga.
Si kecil itu terus menjawab, dia hanya mahu ummi dan daddy sahaja dan terus berlalu di sejadah yang telah terbentang.
Nyata momen yang dikongsikan oleh Shakilla ini menatik tumpuan netizen.
Meninjau di ruangan komen, siapa sangka kata-kata yang diucapkan semasa bersembang dua beranak ini membuiatkan ramai berasa sebak. Lebih-lebih lagi di usia sekecil itu, dia seakan telah faham keadaan hubungan ibu ayahnya dan terus berharap kebaikan untuk keduanya.
“Amina nak ummu dan daddy” betapa pentingnya ibu bapa untuk anak kecil ini”-komen netizen.
“Sebak pula bab umi dan daddy. Hati seorang ibu macam I ter nagis part ni,” komen seorang wanita yang juga seorang ibu .
“Sedih lak… bijak ameena” tulis netizen yang lainnya.
“Semoga Alllah permudahkan segala urusan dunia akhirat awak aminah sayang dan awak jadi anak solehah buat ummi dan daddy..Amin ya Allah Ya Mujib,” antara doa yang ditinggalkan di ruangan komen.
Terdahulu sebagaimana semua sedia maklum tentang perpisahan yang terjadi di antara Shakilla Khoriri dan Fizi Ali sebelum ini dan urusan anak mereka sepakat untuk menjaga Ameena secara bersama-sama.
Jika salah seorang perlu bekerja atau ada urusan, bekas suami atau isteri berkenaan akan bergilir-gilir mengambil Ameena.
Pelakon Syatilla Melvin berkongsi berita bakal melahirkan bayi ketiganya secara pembedahan.
Isteri kesayangan Shaheizy Sam ini memberitahu, dia akur dengan pilihan tersebut selepas doktor mengesahkan dirinya mengalami masalah placenta previa atau uri yang berada di bahagian bawah.
Dia sebelum ini mengalami pendarahan setiap kali melakukan pergerakan yang banyak atau mengangkat benda berat. Usai melakukan pemeriksaan bulanannya, barulah dia mengetahui punca sebenar.
Tadi pergi checkup doktor bgthu kata placenta previa💆🏻♀️kenapalah tak placenta proton ka preve ka perodua ka 🦧
Sebab lately ni asyik bleeding, jalan byk bleeding, angkat anak bleeding, kasaq sikitbleeding. Rupa2nya uri kt bawah.
“Lain anak lain sungguh pembawakan dia. Tpi no3 ni mmg pelik. Dari awal mmg pelik. Sampai sekarang xlalu nak promote produk sendiri😭😭😭
“Dah berapa lama dah xbuat content utk kekasih. Bila pegang ja produk rasa meremang nk penin💆🏻♀️ tak ka yg aneh2 tu?
“So no3 ni kompom lahhh doctor kena belah jugak perut akuuuuuuuuuu😩😭bru plan nk try VBAC 💔xdak rezeki sungguh. Xpala, apa nk jd kt ibu sekalipun jadi lah, janji anak ibu selamat sempurna amin🤍🌹
Btw, doc suruh warded dh masa 36weeks nnti. Tapi aku nk rayaaaaaaaaaaaa😭😭tpi xmauuuuuu warded lg😭
Dia dalam pada itu meminta pengikutnya berkongsi pengalaman dalam situasi tersebut.
“Ya allah sapa lg ada pengalaman menghadap placenta previa ni? Please share, tilla nak baca😍
farahdianaanuar ada amalan zikir,kena amal selalu,pujuk baby insyaAllah 😍 cuba google , best of luck hot mummy ❤️
maznurshuhada_ Pernah jadi tapi lepas 2 minggu kena p scan balik, doktor kata uri dah naik balik lega rasa 😂
nurdahlia12😢hati2 sis Jgn lasak2 sebab ianya bahaya saya dah alami nye🥺seperti di beri hidup peluang kedua
asna_nafeesa Sy baru melahirkan week 38.. pp stage 2.. anak ke 8. Sebelum ni melahirkan biasa.. Ya Allah Maha Besar Rahmat Allah melahirkan secara biasa.. tpi sy yakin Allah Sebaik2 Perancang… bila placenta kat bawah tak ada pilihan, kena csection.
ndaliyla Hujung2 2nd trimester uri dok bawah jugak. Lpas 3x check up uri naik balik. Mmg kena relax byk time tu. X mengurut apa pon. Duduk/baring ja. Pastu Alhamdulillah vbac 🥰
ciklija Saya anak melintang masa 36 weeks so since that buat senaman search dekat google Alhamdulillah 40 weeks pusing elok kepala kat bawah.
Tidak dinafikan perkara paling mencabar ibu bapa pada masa kini adalah mencari cara didik anak yang betul supaya mereka dapat dibentuk sejak kecil.
Bagi ibu bapa, telah mendedahkan sejak kecil anak-anak diajari untuk menutup aurat, solat dan kewajiban-kewajiban yang lain. Ketika anak berenjak baligh, seorang anak mulai dibebani dengan hukum syara’ (mukallaf). Amal dan dosa mereka dihisab. Agar saat baligh mereka telah siap menjalankan hukum syara’, mereka perlu dilatih dan dibiasakan menjalankannya sejak kecil.
Selain mendidik anak-anak, ibu bapa juga usah culas mendoakan anak-anaka menjadi seorang muslim yang baik. Termasuk membaca surah-surah daripada ayat Al-Quran.
Begitu juga bacaan ma’thurat yang dikongsikan oleh ustazah Aminah Mat Yusoff.
Ikuti perkongsiannya.
Lakukan perkara ini pada anak setiap pagi dan petang.. Kesannya subhanallah.
Musim pkp nie, anak-anak dapat berkumpul bersama ibu ayah. Saya kongsikan petua dari ibu ayah yang telah melahirkan anak-anak yang hebat, cemerlang dan sangat baik budi pekertinya.
Ambil peluang ini untuk betulkan akhlak dan bangunkan jiwa anak.
Caranya sangat mudah tapi yang penting kena istiqamah dan berkekalan. Kesannya sangat bagus terutamanya dalam usaha membentuk jiwa anak-anak.
Setiap pagi ( selepas subuh sehingga sebelum zohor) dan petang ( selepas asar sehingga senja) ibu ayah dengarkan bacaan ma’thurat kepada anak-anak. Samada melalui rakaman ataupun baca sendiri. Ma’thurat ada dua jenis yang boleh kita amalkan, Ma’thurat sughra ( lebih ringkas) dan kubra ( lebih panjang).
Kesannya:
1. Akhlak berubah menjadi lebih baik
2. Hati bersih dan kuat.
3. Solat dan mengaji tanpa disuruh
4. Sangat taat pada suruhan
5. Cintakan perkara kebaikan
6. Mempunyai jiwa yang kental dan berani.
7. Rajin.
8. Otak cerdas dan mudah memahami ilmu yang dipelajari.
9. Suka berbakti
10. Cintakan ALLAH SWT dan Rasulullah SAW.
Selamat beramal.. Moga dari kita lahirnya khalifah hebat yang cemerlang dan tawaduk.
Sumber: Aminah Mat Yusoff Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.