Malang tak berbau. Anak kepada pasangan usahawan berjaya, Datuk Sri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Sri Shahida terpaksa dikejarkan ke hospital semalam selepas satu kejadian yang tidak diduga.
Menurut perkongsian Datuk Aliff Syukri, anak kelimanya, Raudah terkena bucu tangga yang tajam sehingga mengalami pendarahan yang banyak.
“Doakan segalanya dipermudahkan. Nak dijadikan cerita ketika saya nak balik kerja saya memang suka rekod video sebab nak tengok moment anak-anak datang dan berlari memeluk saya balik kerja.
“Tapi jadi sebaliknya. Saya terkejut tengah-tengah rekod wife saya menjerit tengah masak. Isteri saya menjerit cakap Raudah punya kepala berlubang kena bucu tangga tajam dan darah memancut-mancut macam air paip,” katanya bercerita.
Menerusi video yang dikongsikan beliau, Raudah yang dipangku sepanjang perjalanan ke hospital itu menangis tanpa henti kerana kesakitan.
Biarpun panik, namun Datuk Aliff berusaha memujuknya untuk tenang dengan kepala yang masih berbalut bagi menahan darah keluar.
Apapun kata Datuk Aliff lagi, dia bersyukur bila mana luka itu tidak terkena tulang kepala anaknya.
“Nasib baik tak kena mata. Masa tu lintang pukang saya lari. Saya dan isteri bawa ke hospital waktu tu Allah saja tahu betapa takutnya saya.
“Doktor cakap kulit kepala dan juga daging yang sudah kena dan hampir terkena dekat tulang kepala,” ujarnya lagi.
Semoga Raudah baik-baik sahaja dan cepat-cepat sembuh seperti sediakala.
Terdahulu, Datuk Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida dikurniakan enam orang cahaya mata.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Untuk mama papa yang ada baby masih merangkak, jom sertai Pa&Ma x Meracle Baby Merangkak Race dan berpeluang menang wang tunai. Daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/baby-merangkak-race/
)Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club