Setelah sejak tahun lepas murid sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia menikmati ‘cuti panjang’ akhirnya bakal memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada bulan Mac ini.

Merujuk kepada pengumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di seluruh negara akan hadir ke sekolah bermula 1 Mac ini.

Bagi murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam, mereka akan mula hadir ke sekolah pada 8 Mac ini.

Sudah pastinya ada anak-anak teruja untuk menghadiri sesi persekolahan untuk berjumpa teman-teman. Namun bagi anak-anak pra sekolah dan tahun satu pastinya ia suatu dunia baru buat mereka. Malah situasi norma baharu mengikuti pembelajaran dengan SOP yang disediakan oleh pihak sekolah.

Sudah pastinya ada segelintir ibu bapa melahirkan rasa bimbang keadaan anak.

Untuk tenang hari pertama pesekolah anak-anak, ibu ayah ikuti perkongsian oleh guru ini. 10 tip boleh jadi panduan.

Ads

_______________________________________

Anak Darjah Satu Dan Pra Sekolah, Cikgu Ini Ada 10 Pesanan Untuk Ibu Bapa Bila Anak Mula Bersekolah. Barulah Semangat Ke Sekolah!

Buat ibu bapa yang ada anak manja dan kali pertama hantar anak ke sekolah. Ini pesanku.

  1. Anak sulung/tunggal kadang-kadang manja lain macam. Kat rumah bukan main seronok. Sampai ke sekolah bertempek peluk pinggang ibu / ayah tak nak lepas.
  2. Jika dia menangis tak nak pergi beratur bersama kawan, panggil cikgu untuk ambil anak kalian.
  3. Sebaik anak ditangan guru, lepaskan tangan dan teruslah berlalu pergi. Jangan ditoleh lagi. Jangan rasa tak sampai hati walau anak meraung-raung memanggil kalian. Pandai la guru uruskan.
  4. Jika ditunggu, tangisan makin menggila dan makin tidak terkawal. Sebaik ibu bapa hilang dari pandangan, murid mula reda dari tangisan itu. Usah risau, guru-guru berpengalaman. Mereka takkan cubit la anak kalian nak bagi diam. So, serah saja dengan kepercayaan penuh.
  5. Sekiranya anak kalian memang tidak dapat dikawal guru (sangat-sangat jarang berlaku), jangan risau, guru pasti call kalian. Yang penting, tinggalkan no phone pada guru kelas. In case memang menangis meraung berjam-jam dan semua guru gagal pujuk. Kami akan call tuan puan untuk tenangkan anak. So, sekali lagi, jangan bimbang!
  6. Jangan mengintai dari tingkap kelas. This is the big NO!

Cikgu dah rasa macam ikan dalam akuarium je. Diperhati oleh mata-mata kalian ikut tingkap. Nak kawal kelas pun jadi payah bila ramai mata memandang, rasa seram semacam! 

Ads

Jangan risau. Jangan risau. Jangan risau, kami takkan rotan anak kalian walau dia buat hal. Gigit jauh sekali. Ini tahun satu, kali pertama pula jejak kaki. Kami tahulah.

  1. Buka spek hitam kalian bila berurusan dengan guru. Tahulah spek tu spek pasar malam je pun, bukalah. Nampak sombong dan berlagak.

Senyumlah pada guru-guru walau kadangkala guru tak sempat nak membalas senyuman kalian sebab terlampau sibuk urus itu ini. Maafkan kekurangan kami.

  1. Jangan arahkan cikgu untuk ‘jaga’ anak manja kita.

“Cikgu, nanti cikgu pastikan anak saya makan bekal makanan yang ada dalam beg tu ya.”

Ads

“Cikgu, nanti cikgu pastikan anak saya solat Asar ya.”

“Cikgu. Semua barang anak saya jenama Smiggle. Botol air pula brand Tupperware. Cikgu pastikan tiada murid lain ambil ya.”

Ha, nampak macam permintaan biasa kan? Ketahui ia satu bebanan besar pada cikgu nak melayan anak kita seorang. Nak cari dia seorang waktu rehat semata-mata nak suruh anak kita makan bekal. Cikgu pun nak rehat dan makan juga.

  1. Maklumkan pada guru jika anak kita ada penyakit kronik seperti asthma, jantung dan seumpamanya. Ada kes cikgu tak diberitahu penyakit anak, kemudian ada aktiviti kelas yang memerlukan pergerakan yang aktif, tarian ke apa, lagi-lagi waktu PJK.

Anak diam tak cerita. Mereka pula lupa pesan ibubapa supaya tidak terlibah dengan aktiviti yang lasak dan boleh membahayakan mereka, maka mereka bermain dan menjalankan aktiviti dengan excited sehingga rebah, pengsan dan sakit.

  1. Satu rahsia aku bagitahu kau orang. Ibu bapa yang sangat bekerjasama, bertolak ansur dan mesra dengan guru pasti jadi buah mulut para guru. Ramai guru nak kenal anak kalian dan pasti anak kalian digemari oleh guru-guru.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI