Anak Dara Suka Berlakon. Mustapha Kamal Akui Bimbang Lepaskan Salsabila Dalam Dunia Seni!
Naluri seorang ayah sifatnya sentiasa ingin melindungi, mengasihi dan mahu melihat anak yang dicintai itu bahagia. Maka tidak dinafikan sepanjang membesarkan anak-anak akan timbul kerisauan di hati seorang ayah.
Selagi boleh diharapkan biarlah anak-anak sentiasa ada di depan mata. Namun mana mungkin, pasti akan tiba masanya anak perlu memilih jalan hidupnya sendiri bagi mengejar impian dan membina kerjayanya sendiri.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Begitulah yang kini dirasai oleh pelakon veteran, Mustapha Kamal mengaku berat hati untuk membenarkan anak perempuannya, Salsabil Qur’ani, 19, atau Bil untuk terbabit dalam dunia lakonan.
Mustapha, 60, berkata sebagaimana memetik perkongsian di Harian Metro, dia bagaimanapun enggan terlalu berkeras dalam menentukan hala tuju Salsabil yang meminati kerjaya itu.
“Sepanjang 35 tahun terbabit dalam dunia seni, sudah pasti sudah banyak perkara yang saya tahu dalam bidang seni. Ada yang saya rasakan tidak sesuai untuk dia (Bil) menjadi pelakon. Walaupun susah nak jelaskan kebimbangan ini, tetapi adalah sesuatu yang membuatkan saya bimbang.
“Sebenarnya saya tidak gemar anak-anak menjadi artis, tetapi melihat minat dia cenderung ke arah itu, saya okey saja,” katanya.
Terdahulu Bil menjadi perhatian ramai apabila wajah jelitanya menjadi sebutan dalam kalangan netizen.
Bukan saja mewarisi rupa paras bapanya, Bil juga mewarisi kejelitaan ibunya yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia 1993 dan pelakon, Susan Manen.
Menurut Mustapha, sebagai bapa yang juga masih aktif berlakon, dia terpaksa memilih watak yang bersesuaian dengan Bil selain selalu menasihatkannya menjaga disiplin jika mahu berjaya.
“Dia masih di bawah jagaan saya. Kalau ada watak yang tidak sesuai dengan umurnya saya akan tolak. Dalam apa juga pekerjaan yang dilakukan, saya sentiasa menasihati anak-anak supaya perlu ikhlas dan jaga disiplin serta pandai bawa diri. Insya-Allah akan berjaya di masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, Bil mengaku kerjaya lakonan memberi kepuasan berganda kepada dirinya dan tidak menolak jika ini akan menjadi satu kerjaya tetap.
“Saya suka dengan apa yang dilakukan sekarang ini. Namun, semuanya terpulang kepada ayah kerana dia sangat memilih. Kalau dia tidak benarkan saya tidak akan terima.
“Apa saja tawaran yang diterima saya akan rujuk dulu kepada ayah. Dia juga akan sentiasa ikut menemani saya ke lokasi penggambaran,” katanya.
Sumber : myMetro
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.