“Anak Dara Pun Kenalah Jaga Solat Kalau Nak Bakal Suami Jaga Solat Kan?” Akui Diri Tak Sempurna, Deep Betul Pesanan Mira Filzah Ni.

Share

Menutup 2018 dengan drama Pujaan Hati Kanda, pelakon dan juga hos tv yang kian popular ini berkongsi luahan menerusi laman instagramnya baru-baru ini.

Si cantik manis, Mira Filzah dalam catatannya sebelum itu berkongsi paparan skrin Instastory pengacara Uyaina Arshad yang mengatakan seseorang itu perlu menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu.

Jelasnya, sekiranya seseorang inginkan pasangan yang menjaga solat, individu itu juga perlu melakukan perkara sama.

“Sebelum nak jaga anak dara orang ‘JAGA SOLAT’. Jaga hubungan dengan Allah dahulu, baru jaga hubungan dengan sesama manusia,” tulisnya.

Mengakui dirinya tidak sempurna namun dia sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik bermula dengan niat, hati dan usaha.

“Saya mungkin tidak sempurna, tapi saya sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik hari demi hari. Insya-Allah.

“Semua bermula dengan niat, hati, dan usaha. Dan anak dara pun kenalah jaga solat kalau nak bakal suami jaga solat kan?” katanya.

Dalam pada itu, Mira turut mengakui lebih suka fokus kepada karier berbanding menjaja kisah peribadinya di luar.

‘Mira tak suka sentuh cerita peribadi sebaliknya mahu fokus tentang kerjaya buat masa sekarang.

‘Tetapi semua cerita tentang saya di luar sana tidak membebankan atau sampai beri tekanan sebab saya tahu ini semua lumrah sebagai anak seni. Saya faham situasi netizen dan saya takkan boleh halang teka-teki di luar.

“Saya juga tak suka memikirkan apa komen orang dan jarang ‘down’ dengan kata-kata orang. Sebaliknya saya hanya fokus pada lakonan saya sahaja.

Sumber: Mstar