Anak Dapat ‘Golden Buzzer’ Tawan Juri America’s Got Talent. Perjuangan Ayah Berbaloi!

Share

Rancangan realiti teleyisyen diakui bukan sahaja menarik untuk ditonton malah melalui rancangan tersebut juga dapat membuka ruang dan peluang buat sesiapa sahaja menunjukkan dan menyerlahkan bakat, sekali gus menjadi platform terbaik untuk merialisaiskan impian.

Begitulah juga buat gadis dari Indonesia, Putri Ariani, 17 tahun dan siapa sangka meskupun mengalami kecacatan penglihatan (buta) namun mampu menawan dan memukau semua penonton dan khususnya juri dalam America`s Got Talent malah mendapat Golden Buzzer yang jarang diberikan, terutama daripada Simon Cowell.

Ketika memperkenalkan diri kepada para juri, Putri menjelaskan impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah muzik terkemuka di Amerika Syarikat, Juiliard dan menambah: “Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy.”

Putri memulakan persembahannya dengan piano dan menyanyikan lagu ciptaan sendiri yang memukau penonton dan juga para juri, dan seterusnya Simon naik ke pentas dan memintanya mempersembahkan sebuah lagu lagi.

“Saya beritahu Putri, saya suka sangat suaranya, saya mahu dia menyanyikan lagu kedua,” jelas Simon.

“Lagu ini untuk anda,” kata Putri sebelum mendedikasikan lagu Elton John yang turut dipopularkan oleh kumpulan Blue, Sorry Seems to be the Hardest Word kepada Simon.

Persembahan tersebut cukup memukau sehingga membuatkan para penonton memberikan standing ovation selepas selesai menyampaikannya dengan cara tersendiri.

“Saya fikir kita semua merasainya, anda berusia 17 tahun, boleh menulis lagu dan mempunyai suara yang sangat tersendiri. Ia sangat bagus dan ada sesuatu mengenai anda,” kata Simon sebelum menekan Golden Buzzer.

Putri kini merupakan salah seorang peserta akhir dalam AGT musim 18. Dia akan bersaing dengan peserta lain daripada pelbagai latar belakang untuk merebut hadiah bernilai AS$1 juta dan kongtrak persembahan di Las Vegas.

Baca artikel menarik lain di sini:

 

Ayah Sanggup Berhenti Kerja

Pun begitu disebalik kejayaan anak, ibu ayah sebenarnya memainkan peranan penting dan dalam masa yang turut berkorban  bagi merialisasikan impian anak tercinta.

Begitu juga buat Ismawan Kurnianto, bukan kecil pengorbanan yang dilakukan kepada anak kesayangannya itu hingga sanggup berhenti kerja demi memastikan akan sentiasa ada bersama Putri hingga akhirnya berjaya ke pentas America Got Talent. Ini sebagaimana memetik artikel di Tribunnews.com

“Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana Putri Ariani lebih memerlukan saya ada di sisinya,” ujar Ismawan.

Sebagai orang tua, Ismawan senang saat melihat anaknya membesar menjadi pribadi yang lebih percaya diri.

“Buat saya Putri Ariani sudah menjadi juara, dia sudah menjadi pribadi yang lebih percaya diri, lebih mandiri,” kata Ismawan.

Sumber : Tribunnews.com & astroawani.com

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club