Anak adalah cerminan ibu bapa. Jika anak bersikap degil atau baran, ia dikatakan ada kaitan dengan sikap ibu bapa. Sesungguhnya peranan ibubapa dalam mendidik anak pada masa kini sangat mencabar. Bukan mudah menjaga anak yang tidak dengar kata dengan kata lain baran atau degil.
Melalui perkongsian di laman facebook Puteri Nurfarahain memberikan tip yang dipraktiksnya dalam mendidik anak-anak.
Saya ada masalah, iman harris pada mulanya dia kuat memberontak. Tak boleh lambat sikit dia mesti marah. Saya ni mak muda, kadang bengkeng juga mana nak urus kerja lagi. So saya cepat istighfar banyak banyak.
.
Saya kadang rasa tak mampu nak jaga, tapi bila fikir Allah da bagi amanah, takkan saya nak abaikan. Jadi kita cari solution macam mana nak bagi anak tenang dan kita pun tenang.
Apa yang saya sedar IALAH, anak copy paste perangai mak ayah.
Macam saya ni cepat baran so terkena lah pada saya dapat anak baran kan. So saya put some effort untuk berubah sebab saya tak nak anak saya jadi baran macam saya.
1st thing, bila solat tu banyakkan istighfar minta Allah ampunkan dosa kita. Minta Allah permudahkan jalan kita.
.
Mohon kat Allah supaya anak kita ni jadi anak yang baik, soleh, tenang, sabar. Minta juga supaya hati kita tenang, sabar dan sentiasa buat baik.
Dimulai dengan nama dia dan kemudian positive things yang kita nak dia jadi.
Contoh :
Iman harris anak mommy yang baik.
Iman harris anak mommy yang sabar.
Iman harris anak mommy yang bijak.
Iman harris anak mommy yang soleh.
Baca ayat Allah ni dan tiup kat ubun ubun dia.
Baca Alfatihah 1x.
Baca surah alam nasyrah 1x.
Baca ayatul qursi 1x.
Niat dalam hati apa yang kita nak.
Elakkan merungut depan anak, elakkan bergaduh depan anak.
Elakkan cakap benda negetive kat anak, anak ni macam sponge dia serap semua yang dia tengok hari hari.
Anak anak yang mak ayah suka gaduh, end up nanti dia jadi keras kepala tak tentu hala.
Mak ngan ayah pun perlu tunjuk kasih sayang sesama sendiri, sebab mengikut kajian bapa yang mempamerkan ksih sayang kat keluarga dan isteri anak anaknya lebih bijak dan ber IQ tinggi.
Nak anak baik bijak pandai kita kena tunjuk yang baik baik dulu. Nak anak sabar kita kena banyak sabar dulu. Heherrrr
Goodluck for us !
Jom tag pasangan masing masing jom.