Anak Conteng Dinding, Bukan Lagi Masalah. Buat Cara Ni Hilangkannya!

Share

Perasan tak kalau kita pergi rumah orang yang ada anak kecil mesti akan ada bahagian dinding rumahnya berconteng.

Bahkan bukan rumah orang sahaja,  malah rumah sendiri juga tidak kurang banyak juga hasil ‘karya’ anak terpampang di dinding.

Persoalannya kenapa anak-anak kita suka sangat menconteng dinding yang tersedia putih bersih? Sakit mata dibuatnya, malah hati pun rasa geram sangat. Jadi apa cara anda untuk hilanglan kesan contengan tersebut?

Jika masih buntu,  di sini ada petua yang boleh diusahakan untuk memudarkan dan seterusnya menghilangkan kesan contengan tersebut.

Caranya cukup ringkas iaitu dengan menggunakan bahan sedia ada di dapur anda.  Jom semak untuk lebih detail.

Bahan-bahan:

1 sudu baking soda

Air

Span

Cara-caranya:

1. Bancuh baking soda dengan air.

2. Ambil span dan basahkan ke dalam larutan tadi.

3. Sental bahagian dinding yang comot sehingga kesan kotoran hilang.

4. Ambil kain lap dan keringkan dinding tersebut.

Lihat hasilnya

Contoh 1 :

Contoh 2 

Contoh 3