Setiap kali anak cirit birit mak ayah mulakan cemas kerana kasihankan anak yang tidak lalu makan malah kekurangan banyak air.
Apa nak buat jika anak cirit birit? Apa jenis pemakanan sesuai untuk anak yang mengalami masalah cirit birit ini?
Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan mengenai permasalahan anak cirit birit.
Anak cirit birit atau muntah. Elak susu kultur tinggi gula dan air seratus peratus. Gantikan dengan madu sebagai prebiotik untuk usus dan air kelapa untuk kekalkan hidrasi badan anak.
Boleh add on bone broth jugak kalau anak tak lalu nak makan sangat.
Ikhtiar penting waktu anak cirit birit dan muntah sebab
* Anak akan tak lalu nak makan.
* Anak akan reject untuk makan.
* Anak akan takut nak makan.
Ini normal waktu cirit birit dan muntah. Body anak tengah buang toksin. Usus nak rehat dari makanan. Kosongkan perut anak dari makanan kejap.
Penting, jangan masukkan makanan toksik yang boleh tambahkan lagi radang dalam usus anak. Elak makanan minuman tinggi gula, elak roti dan biskut.
Cuma kita, kena selalu perhatikan hidrasi tubuh anak. Tak nak makan tak apa, tapi bagi anak minum air.
Air kelapa tinggi elektrolit semulajadi, bantu hidrasi tubuh anak. Madu dalam tibb nabawi, baik untuk pulihkan usus. Bone broth pula support untuk lawan radang dalam tubuh anak.
Boleh cuba ok.
Kadang Tak Perasan, Anak Yang Terkesan, 6 Kesilapan Cara Simpan Susu Ibu Wajib Elak!
Nak menyimpan susu perlu tepat caranya supaya anak menerima khasiat sebaiknya dan susu masih dalam keadaan baik.
Kita selalu menganggap ia adalah satu perkara mudah untuk menyimpan susu ibu yang sudah dipam. Walau bagaimanapun, tanpa sedar, terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu mengenai cara simpanan susu.
Kesilapan ini secara tidak langsung sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Jadi jom kita semak apakah kesilapan yang sering dilakukan.
Bekas tercemar
Susu badan dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan bayi daripada bakteria berbahaya. Tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya jika bekas simpanan susu yang digunakan sudah tercemar. Bekas mengepam susu juga harus dipastikan bersih.
Penggunaan botol susu plastik atau kaca harus dicuci dan dikeringkan dengan sebaiknya. Ini kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Cuci menggunakan air suam dan lap bekas dengan kain bersih.
Kiub ais
Mungkin ada di antara ibu sekalian memilih untuk membuatkan kiub ais susu sebagai cara mudah untuk menyimpan susu. Tetapi mungkin selepas ini anda patut hentikan kaedah penyimpanan ini, kerana ia berisiko untuk dicemari bakteria memandangkan ia adalah bekas terbuka.
Jika masih ingin menggunakan kaedah kiub ais, disarankan untuk menggunakan bekas tertutup. Ia adalah cara yang lebih selamat.
Bekas plastik
Bukan semua bekas atau beg plastik sesuai untuk digunakan sebagai bekas penyimpanan susu. Anda perlu menggunakan bekas plastik yang bebas bahan kimia. Anda dinasihatkan untuk memilih bekas dengan label “BPA-Free”. Ini kerana ia adalah lebih selamat untuk si manja anda.
Dalam masa yang sama, pastikan bekas plastik yang digunakan tidak koyak atau bocor. Jika tidak, sudah tentu bakteria berkembang dan membiak di dalam bekas plastik tersebut. Sentiasa memeriksa bekas plastik yang digunakan.
Terlalu lama
Bagi ibu yang ‘meriah’ susu badannya sudah tentu akan memilih untuk menyimpan stok susu dalam peti ais beku. Malahan ada ibu yang menyediakan deep freezer semata-mata untuk menempatkan susu yang dipam.
Ia adalah ikhtiar yang harus mendapat pujian. Walau bagaimanapun, penyimpanan susu untuk tempoh yang terlalu lama adalah tidak bagus. Ini kerana badan ibu menghasilkan susu yang bersesuaian dengan keadaan semasa bayi.
Tempoh penyimpanan yang terbaik di dalam peti sejuk beku, di bawah suhu -18℃ adalah dari tempoh enam, adalah tempoh yang terbaik dan sehingga 12 bulan, tempoh yang masih boleh diterima untuk penyimpanan susu.
Tetapi jika disimpan dalam peti sejuk biasa, ia hanya boleh bertahan sehingga empat hari sahaja.
Kandungan nutrien dalam susu ibu adalah untuk memenuhi keperluan khasiat bayi pada ketika itu, jadi sebaiknya berikan susu tersebut secepat mungkin.
Berhampiran makanan mentah
Tempat di mana anda menyimpan susu juga perlu dititikberatkan. Ini kerana jika susu disimpan di tempat yang sama dengan bahan makanan lain seperti daging atau ikan mentah, ia akan meningkatkan risiko untuk bakteria berpindah dari makanan ke susu yang disimpan.
Jika boleh, sebaik-baiknya, asingkan ruang penyimpanan makanan barangan dapur dengan susu ibu. Selain itu, anda amatlah dinasihatkan untuk tidak meletakkan susu yang ingin disimpan pada bahagian pintu peti sejuk. Ini adalah untuk membantu melindungi susu daripada perubahan suhu ketika membuka dan menutup pintu peti ais.
Simpan semula
Pasti rasa sayang untuk membuang susu yang tidak digunakan. Tetapi jika susu tersebut sudah dikeluarkan daripada peti beku, anda dinasihatkan untuk tidak menyimpan semula walaupun ia tidak digunakan.
Maksudnya di sini, jika susu disimpan beku dan didedahkan kepada suhu biasa, jangan masukkan kembali untuk pembekuan semula, jika susu yang beku telah cair sepenuhnya. Sebaiknya ia digunakan dalam tempoh masa 2 jam selepas proses pencairan.
Ia bermakna tempoh 2 jam tersebut dikira dari masa ia tidak lagi beku atau dicairkan sepenuhnya, bukan dari semasa anda mengeluarkannya dari peti sejuk.
Ini kerana, selain daripada mengurangkan nilai khasiat di dalamnya, tindakan anda ini juga membuatkan susu lebih mudah dicemari bakteria. Jadi hanya keluarkan susu dalam jumlah yang diperlukan.
Secara terus
Sesungguhnya memberikan susu ibu secara terus adalah antara kaedah yang paling baik. Tetapi jika keadaan memerlukan anda menyimpan susu, pastikan anda melakukan ia dengan cara yang betul.
Jangan lupa untuk memastikan tangan anda juga dalam keadaan bersih semasa mengendalikan proses mengepam dan penyimpanan susu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Lindungi Keluarga Dengan Dana KWSP, Rugi Kalau Tak Dipertimbangkan!
Sebagai ibu atau ayah kita semestinya mempunyai tanggungjawab untuk terus melindungi anak-anak serta mahukan yang terbaik buat mereka hingga ke akhir hayat. Namun, kita tidak boleh meramal masa hadapan, sebarang kemungkinan pasti boleh terjadi.
Umpamanya dalam hal kesihatan diri. Sesungguhnya kesihatan itu adalah anugerah yang tidak ternilai. Wajar untuk kita menjaganya dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ini kerana apabila diri sihat, kita mampu berkerja untuk mencari rezeki buat keluarga. Bahkan dengan nikmat kesihatan yang diberikan, segala yang kita ingin lakukan bersama keluarga tercinta tidak akan terbatas.
Tetapi, amalan gaya hidup sihat dan aktif sahaja tidak menjamin anda terlindung daripada sebarang penyakit kritikal atau meninggal dunia pada usia yang masih muda. Malangnya kini, situasi kurang bernasib baik begini tidaklah asing lagi bagi kita.
Oleh itu, bersama kita jadikan peringatan bahawa hidup ini hanyalah sementara tubuh badan yang sihat, ajal dan maut itu adalah ketentuanNya. Apa yang penting, kita cuba usahakan dengan membuat persiapan yang terbaik untuk mereka yang ‘ditinggalkan’ termasuk pasangan dan anak-anak. Meskipun kita sudah ‘tiada’ lagi, namun kehidupan mereka kekal terjamin dan selamat terutamanya daripada menanggung bebanan kewangan seperti hutang dan pembiayaan pendidikan untuk anak-anak khususnya bagi para isteri yang tidak bekerja.
Tahukah anda, selain daripada menabung untuk simpanan masa depan, terdapat satu pelan perlindungan eksklusif untuk anda sebagai ahli KWSP? Anda kini layak untuk mendapatkan perlindungan pelan takaful PruBSN Lindung Famili dan PruBSN Cegah Famili! Rugi kalau anda tak rebut peluang ini!
Dua produk ini diilhamkan khusus untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga anda terpelihara sekiranya ada ahli keluarga meninggal dunia atau kehilangan keupayaan kekal dan menyeluruh akibat daripada kemalangan atau penyakit kronik. Jika anda ingin tahu, sebenarnya pelan perlindungan takaful yang ditawarkan ini cukup menarik.
Setidak-tidaknya dapatlah anda bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan tanpa perlu anda memperuntukkan komitmen bayaran bulanan. Sebaliknya, bayaran sumbangan tersebut akan dibuat terus melalui akaun KWSP anda dan diperbaharui setiap tahun sehingga umur 75!
Sediakan Payung Sebelum Hujan, Miliki Pelan Takaful Mampu Milik!
Melalui pelan-pelan yang paling mampu milik inilah anda boleh melindungi orang tersayang dengan memberi perlindungan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan walaupun kita tidak lagi berada di sisi mereka. Jom kita fahamkan apa itu PruBSN Lindung Famili dan PruBSN Cegah Famili!
Banyak manfaat apabila kita menggunakan dana KWSP untuk perlindungan takaful. Memang berbaloi-baloi! Berikut adalah kebaikan yang perlu anda tahu:
- Penggunaan dana KWSP untuk mengambil perlindungan takaful adalah sesuatu yang tidak merugikan (perlindungan keluarga dan masa depan)
- Jumlah sumbangan bulanan tidak membebankan – ditolak terus dari dana KWSP dan tidak mengganggu komitmen gaji bulanan sedia ada
- Pelan takaful ini merangkumi perlindungan untuk ahli keluarga tersayang – hanya dengan melalui potongan dana KWSP
- Melalui dana KWSP, boleh miliki pelan takaful keluarga yang sangat berkualiti (PruBSN adalah pengendali takaful keluarga dengan reputasi terbaik – Jenama Takaful Keluarga Terbaik selama 10 tahun berturut-turut) dengan harga yang berpatutan tanpa rasa terbeban
PruBSN Lindung Famili
PruBSN Lindung Famili ini adalah pelan takaful berkelompok bertempoh sehingga ahli yang dilindungi mencapai umur 75 tahun (hari lahir akan datang). Pelan patuh Shariah ini ditawarkan khas kepada ahli KWSP yang berumur antara 19 hingga 65 tahun (hari lahir akan datang).
Melalui pelan ini, ahli yang dilindungi boleh membuat pilihan untuk melanjutkan perlindungan kepada tanggungan termasuk pasangan dan anak-anak.
Istimewanya pelan ini, anda tidak perlu bersusah-payah untuk memperbaharui pelan kerana ia akan diperbaharui secara automatik pada setiap tahun sehingga umur hari lahir akan datang (ANB) memasuki 75 tahun.
Manakala bayaran sumbangan tahunan pula adalah bermula dari RM13.80* dan akan dibayar melalui potongan terus daripada Akaun 2 KWSP. Sumbangan ini juga membolehkan anda boleh mendapat pengecualian cukai.
Bagusnya pelan ini kerana 100% daripada Jumlah Dilindungi akan dibayar apabila berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD), dengan manfaat tambahan sehingga 300% daripada Jumlah Dilindungi apabila berlaku Kematian Akibat Kemalangan.
Sebelum mengambil pelan takaful ini, berikut info yang perlu anda tahu:
Umur Kelayakan
Ahli KWSP/Pasangan: 19 tahun hingga 65 tahun (Umur pada hari lahir akan datang)
Anak: 14 Hari hingga 65 tahun (Umur pada hari lahir akan datang)
Tempoh Bayaran
Sepanjang tahun tempoh sijil
Tempoh Perlindungan
Pembaharuan tahunan sehingga umur 75 tahun
Jumlah Dilindungi Minimum
RM10,000
*Untuk perempuan bukan perokok, berumur 1 hingga 35 tahun (umur pada hari lahir akan datang), dan jumlah dilindungi sebanyak RM10,000.
PruBSN Cegah Famili
PruBSN Cegah Famili pula adalah pelan yang diilhamkan untuk memberikan perlindungan takaful terhadap 43 penyakit kritikal (termasuk kanser, strok, serangan jantung dan penyakit lain) dan kematian.
Sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana penyakit kritikal yang termasuk dalam pelan perlindungan, anda boleh menggunakan manfaat tunai yang dibayar secara sekaligus untuk membiayai rawatan pilihan atau melindungi pendapatan anda bagi menjamin kesejahteraan keluarga.
Sumbangan perlu dibayar sekali sahaja setahun bermula serendah RM16.30* untuk perlindungan dan jumlah ini akan ditolak melalui Akaun 2 KWSP.
Berikut apa yang perlu anda tahu sebelum memilih pelan ini:
Umur Kelayakan
Ahli KWSP/Pasangan: 19 hingga 65 (Umur pada hari lahir akan datang)
Anak: 14 hari hingga 65 (Umur pada hari lahir akan datang)
Tempoh Bayaran
Sepanjang tahun tempoh sijil
Tempoh Perlindungan
Pembaharuan tahunan sehingga umur 75 tahun
Jumlah Dilindungi Minimum
RM10,000
*Untuk perempuan bukan perokok, berumur 1 hingga 25 tahun (umur pada hari lahir akan datang), dan jumlah dilindungi sebanyak RM10,000.
Bagaimana Untuk Mendaftar?
Mudah sahaja semuanya boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian dengan cara anda hanya perlu muat turun Aplikasi KWSP i-Akaun untuk mendaftar atau klik pada pautan ini.
Cara mudah daftar:
- Log masuk aplikasi KWSP i-Akaun
Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun dengan mengimbas kod QR ini dan log masuk atau daftarkan diri jika tidak mempunyainya.
Kemudian anda boleh isikan semua butiran yang diperlukan dan akhirnya buat pembayaran yang akan ditolak daripada akaun KWSP anda. Mudah bukan?
Jadi usah tunggu lagi, daftarlah hari ini untuk perlindungan di masa hadapan yang lebih terjamin. Nak tahu maklumat lebih terperinci, anda boleh layari laman sesawang PruBSN i-Lindung di sini
Nak menang hadiah keseluruhan bernilai RM170,000? Jom sertai peraduan FAM-TASTIC BONANZA! Daftar untuk pelan PruBSN Cegah Famili dan PruBSN Lindung Famili hari ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun dari sekarang sehingga 30 April 2024.
Bukan Kita Je Boleh Amal, Tapi Anak Beranak Yang Ada Masalah Angin Dalam Badan Pun Elok Minum Sama-Sama!
Bab penjagaan kesihatan umumnya adalah lebih baik kita ambil inisiatif untuk pastikan bukan sahaja kita sorang-sorang sahaja amalkan petua ini dan seeloknya turut dikongsi seisi keluarga.
Contohnya, dengan mengamalkan minuman herba ini yang dikatakan boleh menjadi penawar untuk beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, buang angin dan kempiskan perut buncit sebagai mana yang dikongsikan oleh puan Noor Azlina Mohamed Zain di akaun fbnya.
Menurutnya, petua tersebut diperolehi daripada seorang makcik berbangsa Cina. Ayuh kita ikuti perkongsiannya dan pelajari cara penyediaan air herba tersebut.
Sebenarnya resepi ni dapat dari sorang auntie cina masa hiking bukit hari tu. Umur dah lebih 60 tak ada penyakit pom sihat cergas jer. Seminggu 3,4 kali dia wajib minum. Sebab tu perut dia tak buncit. Jarang katenya sakit perut sebab angin dan sembelit.
Pastu resepi ni dia bagi sorng mak cik melayu ada darah tinggi. Makcik tu amalkan setiap hari darah tinggi turun , tekanan darah pom cantik jer. Pastu dia cakap lagi biasala bahan tradisional ni memang tak ramai buat sebab kena rajin. Rasa pom tak sesedap air fresh oren. Tapi kalau amal selalu memang berkesan.
Ina balik umah selang seminggu dua baru teringin nak buat..eh betul cakap dia perut tak angin , rasa ringan je perut.. Lawas membuang mungkin sebab ada asam keping tu elok membuang. Buat banyak agak2 boleh minum untuk seminggu. Sedap tau air dia..wangi daun pandan tu.
bahan-bahan:
4 keping asam
Halia
Daun pandan
Cara penyediaan:
Last sekali dah sejuk korang boleh campurkan sedikit madu.
Posted by Noor Azlina Mohamed Zain on Sunday, 26 August 2018
sumber : Noor Azlina Mohamed Zain