
Setiap kali anak cirit birit mak ayah mulakan cemas kerana kasihankan anak yang tidak lalu makan malah kekurangan banyak air.
Apa nak buat jika anak cirit birit? Apa jenis pemakanan sesuai untuk anak yang mengalami masalah cirit birit ini?
Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan mengenai permasalahan anak cirit birit.
Anak cirit birit atau muntah. Elak susu kultur tinggi gula dan air seratus peratus. Gantikan dengan madu sebagai prebiotik untuk usus dan air kelapa untuk kekalkan hidrasi badan anak.
Boleh add on bone broth jugak kalau anak tak lalu nak makan sangat.
Ikhtiar penting waktu anak cirit birit dan muntah sebab
* Anak akan tak lalu nak makan.
* Anak akan reject untuk makan.
* Anak akan takut nak makan.
Ini normal waktu cirit birit dan muntah. Body anak tengah buang toksin. Usus nak rehat dari makanan. Kosongkan perut anak dari makanan kejap.
Penting, jangan masukkan makanan toksik yang boleh tambahkan lagi radang dalam usus anak. Elak makanan minuman tinggi gula, elak roti dan biskut.
Cuma kita, kena selalu perhatikan hidrasi tubuh anak. Tak nak makan tak apa, tapi bagi anak minum air.
Air kelapa tinggi elektrolit semulajadi, bantu hidrasi tubuh anak. Madu dalam tibb nabawi, baik untuk pulihkan usus. Bone broth pula support untuk lawan radang dalam tubuh anak.
Boleh cuba ok.
Plasenta Tidak Normal Undang Bahaya Pada Ibu, Empat Masalah Bakal Ibu Perlu Tahu!

Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu. Kenal pasti risikonya.
Ada beberapa kriteria plasenta tidak normal yang boleh mengundang bahaya kepada ibu iaitu:
1. Uri melekat (retained placenta)
Tanda dan risiko:
a. Ketiadaan tanda-tanda plasenta sudah lekang selepas 30 minit menunggu.
b. Pengalaman lepas, ibu pernah mengalami masalah plasenta melekat.
c. Pernah menjalani pembedahan Ceasarean sebelum ini.
d. Pernah menjalani D&C.
e. Mempunyai anak ramai.
f. Kandungan kembar.
g. Kehamilan lewat usia.
Cara menanganinya:
Ibu perlu dibius. Seterusnya doktor akan cuba membuat MRP dengan memasukkan seluruh tapak tangan ke dalam rahim dan hujungnya akan digunakan untuk mengikis permukaan uri yang melekat di dinding rahim.
Doktor akan mengeluarkan plasenta sepenuhnya atau sedikit demi sedikit (serpihan).
Bagaimanapun terdapat risiko dengan cara ini iaitu:
– Uri tidak dapat dikeluarkan sebab tertanam di dalam lapisan otot dinding rahim. Ia dikenali sebagai acretal/percreta. Boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Doktor akan memberikan ubat methtrexate untuk mengecutkan sel-sel plasenta supaya ia keluar sendiri atau melalui pembedahan histeraktomi (buang rahim) terutama kepada pesakit yang sudah cukup bilangan anak atau lewat usia.
– Serpihan uri tidak lengkap. Mungkin doktor akan melakukan D&C untuk mencuci hingga rahim bersih.
– Berlaku jangkitan.
– Luka pada dinding rahim (perfocation) tetapi jarang berlaku.
2. Uri di bawah (placenta previa)
Lokasi plasenta di bawah ini boleh disahkan selepas usia kandungan 8 bulan melalui pemeriksaan ultrasound. Tanda-tanda masalah ini ialah:
-Pendarahan yang tidak sakit pada trimester pertama kehamilan.
-Kedudukan bayi yang tidak normal seperti melintang atau menyongsang.
Jenis-jenis plasenta previa:
Minor – Tidak menutupi keseluruhan rahim. Wanita ini mempunyai peluang untuk bersalin normal. Tetapi jika berlaku pendarahan, pembedahan Ceasarean perlu dilakukan.
Major – Uri menutupi keseluruhan rahim. Pembedahan Ceasarean perlu dilakukan. Antara risikonya termasuk pendarahan banyak, kelahiran kecemasan dan kelahiran pramatang.
3. Uri lekang (abraptio placenta)
Plasenta lekang daripada tempatnya sebelum bayi dilahirkan. Biasanya berlaku semasa trimester ketiga kehamilan atau sewaktu kontraksi. Antara tanda-tandanya:
– Pendarahan yang banyak berbanding darah biasa diiringi dengan kesakitan.
– Denyutan nadi anak semakin menurun kerana dia cemas.
– Kes-kes ekstrem, degupan jantung anak tidak dapat dikesan menyebabkan dia lemas. Kadangkala masalah ini berlaku pada ibu yang mempunyai darah tinggi, bersalin kembar, kembar air (ketuban banyak) dan ibu yang mengamalkan urutan untuk membetulkan kedudukan plasenta atau bayi.
Jika doktor mendapati bayi masih hidup dan pintu rahim masih terbuka, pembedahan Ceasarean akan dijalankan. Jika pintu rahim sudah terbuka dan bayi masih stabil, doktor akan membenarkan ibu bersalin normal. Kalau bayi sudah meninggal pun, ibu tetap perlu bersalin normal.
4.Serpihan plasenta tertinggal (retained placenta tissue)
Boleh berlaku sejurus kelahiran bayi atau selepas ibu pulang ke rumah. Antara tanda-tandanya:
– Darah nifas yang banyak dan tidak berkurangan diiringi dengan ketulan darah yang banyak.
– Rengat yang berterusan dan teramat sakit.
– Darah nifas berbau menunjukkan jangkitan sudah berlaku.
Doktor akan mengesahkan terdapat serpihan plasenta tertinggal melalui pemeriksaan ultrasound. D&C akan dijalankan bagi membersihkan rahim dan kikisan serpihan plasenta akan dihantar ke makmal untuk mengesahkannya.
Apakah semua kes serpihan plasenta perlu menjalani D&C?
Hal ini bergantung pada serpihan yang tertinggal. Jika tidak banyak pendarahan, doktor akan memberi antibiotik dan serpihan akan keluar bersama darah nifas.
Adakah masalah serpihan plasenta tertinggal boleh dielakkan?
Hal ini merupakan satu kontroversi di kalangan pakar perubatan. Doktor dapat mengeluarkan plasenta sepenuhnya tetapi masalah selaput plasenta masih tertinggal masih boleh berlaku.
Masalah plasenta succencuriate lobe yakni tertinggal serpihan daging tambahan plasenta yang tidak diketahui oleh doktor boleh membawa kepada pendarahan yang banyak selepas pulang ke rumah. Bagaimanapun masalah ini jarang berlaku.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Kurma Merah Lagi Power Campurkan Bersama Herba Cina Yang Lainnya Untuk Buat Sup Ayam. Bukan Je Sedap Malah Menyihatkan!

Red dates (jujube) atau kurma merah bukan sahaja dijadikan ubat-ubatan oleh kaum Cina, malah kurma merah ini turut digunakan dalam pelbagai jenis masakan harian mereka. Dikatakan kurma merah ini mempunyai kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri dan jika diamalkan akan memberi manfaat pada tubuh badan dan dikatakan rahsia untuk kekal awer muda.
Begitu juga dengan air rebusannya apabila diamalkan oleh ibu-ibu dalam pantang akan mampu memanaskan tubuh serta menambah bekalan susu badan menjadi lebih banyak.
Buah kurma merah ini juga sering dilabelkan sebagai ‘the king of nuts’, kurma merah kering dengan isinya yang lembut dan beraroma manis sering kali ditemui sebagai penambah rasa yang istimewa.
Untuk itu, apa kata kita pelajari satu resipi sup ayam yang dicampur dengan kurma merah ini bersama herba-herba Cina yang lainnya untuk dinikmati bersama keluarga. Bukan sekadar memberi variasi hidangan, malah seisi keluarga dapat khasiat daripada hidangan tersebut.
Resipi yang dikongsikan oleh Deyana Hatazad ini ringkas penyediaannya dan bolehlah dicuba.
Resepi Sup Ayam Organik Herba Cina
Bahan-bahan:
1 paket herba cina (beli kat pasar di kedai jual herba cina)
Antara yang dalam paket tue ada kurma merah, barli cina, longan kering, biji teratai, dried magnolia petals, wai san, gingko, herba kayu 1 lagi tak tahu nama)
Ayam organik 1 mangkuk ( elok guna ayam organik atau ayam kampung )
500ml air
Halia sikit
1 sudu lada hitam
Garam secukup rasa
Cara-cara memasak :
- Rebuskan barli cina dan biji teratai sehingga lembu.
2. Masukkan ayam organik, wai san, herba kayu dan dried magnolia petals
3. Masukkan halia, lada hitam dan garam
4. Reneh api kecil dalam 30minit
5. Baru masukkan longan kering, kurma merah dan gingko ( tak perlu lama nanti tak sedap )
6. Renehkan lagi dalam 15 minit
7. Dah siap
Ekstra info :
Ibu mengandung, ibu dalam pantang, orang-orang tua serta kanak yang demam dan selsema bagus diberi sup ini kerana sup ini mempunyai khasiat :-
– Anti radang, anti virus, anti batuk, anti kekejangan dan decongestant yang dipercayai bertindak secara sinergi dalam meredakan penyakit2, demam, selsema dan flu
– Meningkatkan kesihatan rambut dan kuku kerana kandungan gelatin dan pelbagai mineral termasuk zink
– Menguatkan tulang-tulang
– Memberi kesegaran badan yang lemah dan penat
sumber : Deyana Hatazad via MAHN
Rasam, Sup Berempah Enak Rasanya & Bagus Untuk Sistem Imun Tubuh!

Pernah makan rasam? Mungkin ada yang biasa dan tidak kurang juga yang langsung tidak pernah dengar apa tu rasam?
Rasam bolehlah kita katakan sejenis sup berasal dari India. Rasanya masam-masam hangat dan beraroma rempah ratus.
Rasa masam terbit daripada penggunaan asam jawa, dan hangat pula dari lada hitam dan gabungan beberapa rempah ratus lainnya. Ia bagus dimakan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Malah menurut perkongsian Vanistry Kavitha, Rasam juga dikatakan sebagai salah satu cara bagi masyarakat India untuk mencegah virus Corona dengan mengamalkan pengambilannya setiap dua hari sekali.
Jadi apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Rasam dan bolehlah dicuba.
Bahan-bahan:
Biji ketumbar 4 sudu
Lada hitam 3 sudu
Jintan Putih 4 sudu
Jintan kecil 4 sudu
Bawang Putih dgn kulitnya sekali
Bawang Merah kecil dgn kulitnya sekali
Halia 2 inchi ya…
1 biji tomato
(Kesemua bahan tadi di giling dengan air yang sedikit.)
____________________________________
BAHAN BAHAN TUMIS
I sudu biji sawi
5 tangkai cili kering
Sedikit daun Kari
1 biji tomat
____________________________________
Untuk Tumis saya Guna Minyak Kelapa Dara ya…
(Untuk system imunisasi)
Cara penyediaan
1.Panaskan Minyak
2.Masukkan Biji sawi
3.Masukkan bahan bahan tumis seperti bawang yg dihiris ,tomato, daun Kari dan cili kering
4.Masukkan 1 sudu serbuk kunyit.
5.Masukkan bahan bahan giling…masak 2 minit
Masukkan air seperti mana yang di kehendaki.
6.Biar panas dulu ,masukkan garam dan air asam jawa…
7 Akhir sekali tutup api ,masukkan daun ketumbar jangan bagi didih terlalu lama ya…
Dah siap…
Kita boleh makan dengan sambal ikan ya…sedap..
sumber : Vanistry Kavitha via MAHN