Anak Cepat Sentap & Emo Selalu, Kawal Segera Tanpa Sentuh Emosi Anak. Nak Tahu Caranya, Dr Ni Kongsikan!

Share

Umumnya bila anak-anak meragam bukan sahaja emosi anak-anak yang berkecamuk  ketika itu, malah kita sebagai ibu dan ayah akan turut beremosi untuk tanganinya. Masa itulah biasanya kita akan marah-marah dengan menggunakan suara yang kuat, menengking, mengherdik dan bermacam-macam lagi tindakan negatif yang kita buat dengan sengaja atau tanpa sedar.

Namun adakah cara ini yang terbaik untuk kita sebagai ibu ayah tangani anak-anak yang ‘buat perangai’?

Bersama kita fikirkan dan untuk itu apa kata fahami cara yang dipraktiskan oleh seorang doktor ini dalam mengawal emosi anak-anaknya tanpa menyentuh emosi mereka. Jom semak.

3 TIPS PULIH STRES TANPA SENTUH EMOSI ANAK
Apa punca anak-anak kita zaman sekarang sokmo mengamuk? Stres tak cukup duit dan masalah tempat kerja takde kot..kecik lagi.

Saya nak share perspektif berbeza kenapa anak kita jadi stres cepat sentap dan emoking emoqueen semacammm je. Saya nak kongsi pengalaman saya kawal emosi tanpa sentuh emosi.

1) STRES PUNCA MAKANAN 
Orang dulu kenyang perut senang hati..zaman sekarang anak kita terlebih kenyang..perut jadi se’eh orang pantai timur kata..nak bernafas pun susah.

Makanan pulak jenis yang naikkan stres dan radang..Makanan tinggi gula, gandum proses dan jajan yang terukkan lagi berisiko sebabkan “angin”.

Hasilnya anak jadi meradang dan naik angin sokmo. Stres dalaman badan jadi tinggi dan berisiko sebabkan penyakit kronik anak-anak zaman sekarang. Ekzema, asma, resdung, obesiti, masalah fokus dan pembelajaran serta hiperaktif.

SOLUSI: Elakkan makanan proses dan jajan. Kurangkan gula, gandum proses macam roti dan biskut. Lebihkan sayur dan buah yang mengandungi antioksida yang mengurangkan stres dalaman.

Suplemen seperti vitamin C dan antioksida juga mampu membantu mengurangkan stres dalaman (oksidatif).

2) STRES PUNCA PERSEKITARAN
Minyak rambut yang cool, wangian yang semerbak mungkin meningkatkan keyakinan dan “keamanan” sementara… Namun, bahan kimia toksik tertentu dalam jagaan badan ini boleh mengganggu hormon seterusnya meningkatkan stres dan risiko alahan. Begitu juga bahan pestisid dalam sayuran dan buahan..penting untuk kita bersih dengan sebaiknya.

SOLUSI: Utamakan produk organik dan alami semampu yang boleh. Ikhtiar kurangkan beban toksik dengan basuh buah dan sayuran dengan gigih dan teliti.

3) STRES PUNCA HORMON TERGANGGU
Keseimbangan aktiviti hormon dalam badan dikawal oleh hormon tidur (melatonin) dan hormon jaga (kortisol). Maka berilah keadilan kepada tubuh untuk rehat di waktu malam dan membuat aktiviti di siang harinya. Bebanan toksik stres akan lebih mampu diadaptasi badan dengan lebih berkesan insha Allah.

SOLUSI: Disiplin anak tidur awal lepas Isya’ ikut fitrah waktu tidur. Tidur sekurangnya 7 jam atau 5jam+20min(qailulah).

Penting tak sentuh emosi? Eh sudah tentu sangat penting. Itulah bonding fitrah apa yang sepatutnya kita ikhtiar dengan anak-anak kita.

Cuma percayalah, jika keperluan tubuh badan anak kita pandang remeh…amatlah sukar nak dalami dan ubati emosi anak-anak. Kadang kita marah kan…nape la anak aku ni bengkeng tak cool macam aku…Rupanya kita terlepas pandang faktor emosi anak kita jadi stres…rupanya faktor fizikal badan tengah stres!

Kesannya bila kita cakna tubuh? Sangat-sangat ketara. Pantang gula dan gandum 2 minggu je insha Allah dah nampak perubahan ketara. Tak malnutrisi pun jika tak ambil makanan rendah zat ni.

SHARE dan tag pasangan kita. Jom kita pulihkan emosi anak kita yang berkecamuk..laksanakan tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa prihatin.

sumber : Hafiz Sulaiman