Anak Cepat Penat & Lelah, Ibu Ni Amalkan Petua Dikongsikan Orang Tuanya. Terbukti Serasi!

Share

Petua orang dulu-dulu memang banyak dan sehingga kini masih ramai yang mengamalkannya. Paling lazim dipraktikkan antara kita adalah seperti petua penjagaan kecantikan, petua ketika memasak, petua bercucuk tanam, petua untuk penjagaan kesihatan dan pelbagai lagi jenis petua lainnya.

Ini sepertimana yang  dikongsikan oleh pemilik akaun fb Fara Cecite.

Menurutnya sebelum ini 3 orang anaknya mengalami masalah kesihatan di mana mudah penat dan asma. Namun selepas mengamalkan petua yang dikongsikan oleh orang tuanya, ternyata serasi untuk anak-anaknya menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif.

Lantaran itu, dengan tujuan untuk berkongsi kepada wargamaya ibu ini juga telah kongsikan pantang larang untuk beramal dengan petua tersebut agar berhasil.

“Bahan-bahan adalah seperti di bawah, insyallah dengan izin Allah, kita cuma ikhtiar,” tulisnya

Bahan-bahan:

Telur ayam kampung (guna telur kuning dia sahaja tau) TELUR MENTAH

Madu lebah (1 atau 2sudu teh sebab diakan panas sikit…kalau dewasa lebih tidak mengapa)

Cara Penyediaan:

Campurkan kedua-dua bahan tadi kacau sehingga sebati. Sebelum bagi minum selawat 3X berserta niat.

Bagi satu biji satu hari selama 3 hari berturut. Selapas itu stop dulu. Nak buat 3 4 bulan 1 kali pon dah cukup.

Alhamdulillah dengan petua ini anak-anak saya tak ada dah penat InsyAllah.

Petua ini sesuai untuk kanak-kanak dan orng dewasa juga boleh amalkan dan sebaiknya untuk orang dewasa campurkan air gamat 1 sudu besar jika ada.

TAKE NOTE : Telor kuning bila dimasukan madu lebah dia bukan mentah lagi ye dia seakan-akan telor separuh masak

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diterima dan tidak kurang juga turut  berkongsi petua untuk hilangkan asma. Umapanya menurut komen daripada Hidawani Abdullah “Sy pn ad asma…tp dgn izinNya sy mkn ketam nipah masak ngn cuka nipah…alhamdulillah sampai skrg xda asma”

Manakala komen Ct Ti pula, “ya petua ni inshaallah menjadi. tp sy hat lain yg lega..asma xlega  dulu sy sakit jantung berlubang hampir2 nak kena operate. amalkan minum madu lebah dgn teloq ayam ni hari2 + ayaq gamat. alhamdulillah xyah bedah.. tertutup sendiri.. tp tu la, hat tu lega , asma plk mai.. x mau lega tang asma tu.”

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI