Apabila berbicara mengenai isu gajet memang tak pernah habis. Sentiasa diperkatakan dengan disediakan pelbagai tip untuk memastikan anak tidak ketagih gajet.

Tapi tahukah anda, bahawa makna tersirat anak-anak ketagih gajet sebenarnya, mereka ketagih kasih sayang ibu bapa.

Perkongsian lelaki yang bergelar bapa ini ada benarnya Abdul Rahman Fauzi di laman facebooknya.

Anak Bukan Ketagih Gajet, Tapi Ketagihkan Perhatian Dan Kasih Sayang Ibu Ayah. Deep Perkongsian Ni.

ANAK KETAGIHAN GAJET: IBU BAPA ATAU ANAK PERLU DIRAWAT?

Saya ada terbaca satu artikel tentang bagaimana bagusnya permainan seperti beyblade dan lain-lain dalam membendung ketagihan gajet. Memang betul permainan sebegitu mampu mengalihkan perhatian mereka daripada terus mengadap skrin gajet.

Namun pada saya, ketagihan anak-anak kepada gajet adalah berpunca daripada kekeliruan dan rasa ingin tahu si anak mengapa ibu bapa mereka begitu melekat dengan gajet. Umpama terlalu seronok sehingga mereka pun tidak dilayan.

Ads

Saya juga mengalami masalah yang sama apabila kadang-kadang anak kecil saya Hanan yang berumur setahun lebih mula diperkenalkan dengan kartun Didi and Friends. Kadang-kadang sampai mengamuk-ngamuk apabila tidak diberi tengok. Tak padan dengan kecik tapi garang. ?

Namun kisah semalam benar-benar buat saya tersedar. Tersedar yang mereka cuma sebenarnya inginkan perhatian daripada papa dan mama mereka. Namun kerana keliru, perhatian tersebut diganti oleh gajet yang terus menerus menghiburkan mereka.

Anak Bukan Ketagih Gajet, Tapi Ketagihkan Perhatian Dan Kasih Sayang Ibu Ayah. Deep Perkongsian Ni.
Gambar hiasan

Malam tadi, sedang anak-anak sibuk menonton kartun dalam bilik(saya baru terjaga setelah tertidur di ruang tamu), saya masuk dan mereka kelihatan sangat gembira.

Lantas saya angkat si abang long Umar mendukungnya berpusing-pusing. Berdekah-dekah si abang long ketawa. Si adik Hanan terus mengalihkan perhatian kepada kami daripada tengah sibuk tengok kartun dan mengangkat kedua-dua tangan seakan-akan tidak sabar menunggu gilirannya. Maka malam tadi, mereka sangat gembira walaupun tanpa gajet menemani.

Ads

Anak-anak kita bukannya ketagih dengan gajet. Mereka cuma ketagihkan perhatian dan kasih sayang ibu bapa yang sering dicuri oleh gajet kita.

Mana mungkin telatah Upin Ipin mampu menggantikan cerita-cerita daripada ibu ayah.

Mana mungkin kecomelan Didi and Friends mampu menggantikan sentuhan manja ibu dan ayah.

Mana mungkin kehebatan Boboboi mampu menandingi keheroan ibu dan ayah yang bersusah payah melindungi dan membesarkan mereka.

Anak Bukan Ketagih Gajet, Tapi Ketagihkan Perhatian Dan Kasih Sayang Ibu Ayah. Deep Perkongsian Ni.

Ads

Namakan apa sahaja jenis handphone dan gajet anda.

Samsung, Huawei, Iphone, Oppo, Vivo dan apa sahaja. Ia bukan pengganti diri kita.

Semahal mana pun gajet anda, ia tetap bukan manusia.

Anak-anak kita adalah acuan kita.

Terpulang pada kita, bagaimana mahu mencorakkan mereka. 🙂

p/s: Dah penat sangat main, maka masa untuk minum susu!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI