Anak Buat Pregnancy Surprise Dekat Ayah, Tapi Reaksinya Buat Ramai Turut Sebak!

Share

Anak adalah anugerah terindah buat pasangan suami isteri, malah perasaan keterujaan menanti kehadiran anak sulung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bahkan perasaan yang sama juga turut dirasai oleh insan yang bergelar seorang datuk dan nenek. Kehadiran cucu menjadi penyeri buat hidup mereka. Yakinlah bila tiba masanya itu, mereka akan menjadi orang paling bahagia dalam dunia ini.

Ini sepertimana perkongsian video yang tular di TikTok apabila seorang wanita membuat kejutan berkongsi keputusan pragnancy test yang menunjukkan dia telah hamil kepada ayahnya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kamkocam kelihatan mereka sekeluarga di dalam kenderaan untuk menuju ke suatu destinasi.

Pun begitu apa yang menarik perhatian di dalam video tersebut, apabila wanita yang membahasakan dirinya adik yang duduk bersebelahan dengan ayahnya tiba-tiba mengambil bag tangan dan meminta ayahnya memakai kaca mata  kerana ingin menunjukkan sesuatu.

Lalu dicapainya pregnancy test kit di dalam bag dan dihulurkan kepada ayahnya, pun begitu ayah masih tidak faham apa makna alat tersebut.

Namun selepas anaknya memaklumkan bahawa dia sudah mengandung, ayah tersebut terus menadah tangan ucap syukur. Dia juga terlihat begitu gembira dengan perkhabaran tersebut dan berasa sebak.

Auto airmata turun…Netizen

Perkongsian video ini berjaya mencuri tumpuan dan rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak melihat reaksi pakcik tersebut. Malah ramai juga yang mengucapkan tahniah kepada wanita tersebut.

@kamkocamDulu masa adek sekolah menengah, ayh jd security kt sekolah tu. Pastu masa adek buat part time kje The Store, ayh jd security kt situ pulak. Masa adek praktikal, ayh jd pulak security kt tmpat tu. Kalau pnah tengok cte papadom, haa sebijik mcm tu. hahahaha!♬ Cinta Terakhirku – Bagas Ran

“Allahu terus menangis sy tgk reaksi ayah awk sebab sy belum ada rezeki nak bagitahu abah sy berita macam ni. 6 tahun sy tunggu. Korang plis doakn zaza,” kongsi Zaza Tampin.

Manakala tulis fiaaaaaaaa44 pula , “Sebak tngk 🥹 congrats sis…”

“Gugur air mata aku..sama mcm arwah ayah aku..bila suprise kan dye..jenis spontan mcm nie..reaksi sama..,” komen Faizal Fahmi

“Alhamdulillah…tahniah..sebak akk tgk nya…😭😭moga sntiasa dalam jagaan Allah swt…selamat kandungan nya…hingga selamat melahirkn.sht kedua²nya,” komen zilazainudin5208

Sumber : Tiktok @kamkocam

ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!