Anak Buat Perangai Menangis Tak Nak Ke Sekolah! Ini Cara Mudah Nak Pujuk, Salah Satu Beri Hadiah Pada Mereka

Share

Awal sekolah dulu, anak-anak paling teruja nak ke sekolah. Bukan main lagi gembira nak jumpa kawan-kawan. Kiranya tak pernah ada masalah lah nak ke sekolah! Tiba-tiba, anak buat hal cari pelbagai alasan, bangun pun tak nak. Kadang-kadang menangis bila nak ke sekolah.

Menurut Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Dr. Norharlina Bahar, antara sebab utama yang menyebabkan kanak-kanak tak mahu ke sekolah adalah:

  • Untuk mengelakkan emosi tertentu seperti anxiety, takut dan risau
  • Untuk mengelakkan situasi tertentu seperti peperiksaan, persembahan, sukan
  • Untuk mendapatkan perhatian terutamanya kanak-kanak yang mempunyai separation anxiety (perasaan takut untuk berpisah dengan ibu bapa)
  • Untuk melakukan aktiviti tertentu seperti menonton televisyen, bermain permainan dan sebagainya

Sebagai ibu bapa, anda mesti nak lihat anak-anak berjaya dalam pelajaran dan elak dari digelar ‘kaki ponteng sekolah’ kan? Oleh itu, jom tangani masalah anak anda dengan lakukan beberapa perkara ini! Harap dapat membantu ibu bapa yang buntu di luar sana tu…

Tarik minat anak untuk belajar

Ibu bapa punca rujukan anak-anak. Jangan kerana anak-anak beri alasan tidak mahu ke sekolah, ibu bapa menangkan anak ikut sahaja kemahuan mereka. Cuba untuk pujuk mereka dan berikan galakan dengan tarik minat mereka untuk pergi ke sekolah dengan tujuan untuk belajar.

Anda boleh tarik minat mereka untuk belajar melalui pelbagai cara seperti selalu membaca buku bersama mereka, ceritakan apa kepentingan pergi ke sekolah, serta berikan anak anda gambaran atau situasi di sekolah yang boleh mendatangkan rasa teruja pada mereka untuk ke sekolah.

Dengan adanya usaha yang sebegini, anak anda akan berasa tak sabar untuk ke sekolah untuk belajar bersama kawan-kawan, semangat belajar untuk kejar cita-cita mereka serta mencipta kenangan zaman kecil mereka di alam persekolahan.

Ambil tahu punca dan sebabnya

“Ibu, ayah…tak nak pergi school…”

Bila anak-anak mula merengek macam ni, ibu ayah mula tak keruan. Kesian, tapi kena juga hantar mereka ke sekolah. Bila situasi macam ni muncul, anda mesti tertanya-tanya apakah punca mereka tak mahu ke sekolah. Sebaiknya, bertanya lah pada mereka apakah sebabnya.

Mungkin mereka mengantuk dan tak mahu bangun pagi, takut dengan cikgu, kena buli dengan kawan atau tak ada kawan. Pada awalnya, mungkin mereka enggan berkongsi sebabnya. Tapi jika kena cara pendekatan anda, mereka pasti akan berkongsi dengan anda. Jika situasi begini kerap berlaku, anda sebagai ibu bapa perlu ‘siasat’ puncanya sebelum perkara tersebut menjadi lebih teruk.

Prihatin dengan emosi mereka

Mesti buntu dan tak tahu nak pujuk macam mana lagi kan setiap kali anak anda menangis tak mahu ke sekolah? Apa kata, anda pujuk mereka dengan mengatakan anda faham kenapa mereka menangis. Anda cerita juga kisah anda masa kecil menangis hendak ke sekolah jika ada. Perhatian anak anda mungkin teralih dan lebih berminat nak tahu kisah anda pula.

Selain itu, beri mereka tempoh bertenang. Biarkan sahaja mereka menangis untuk seketika. Bila mereka dah puas menangis, anda pujuklah mereka. Berikan mereka sokongan sebagai tanda anda prihatin terhadap emosi mereka.

Berikan hadiah untuk lebih bersemangat ke sekolah!

Selain anak-anak, kita yang dewasa ni pun kalau dapat hadiah bukan main lagi seronoknya! Jadi, ambil hati mereka semula dengan berikan barangan cantik dan comel yang boleh menarik perhatian mereka untuk kembali semangat ke sekolah. Misalnya barangan sekolah yang cantik-cantik yang boleh didapati di Buzbagz!

Di Buzbagz, bukan takat cantik je tau sampai rambang mata, tetapi barangannya juga sangat berkualiti siap boleh tempah khas letak nama anak-anak lagi tau! Jadi lepas ni boleh la elak dari berdepan masalah barangan sekolah anak tertukar dengan orang lain.

Ini kerana, menurut pemilik perniagaan Bugzbagz, Norhayati, yang juga ibu kepada dua orang anak perempuan ini memahami ibu bapa di luar sana pernah berhadapan masalah nama yang dilekatkan di barangan anak-anak mudah tercabut dan rosak. Jadi dengan menempah barangan siap dengan tanda nama dari Bugzbagz ini memudahkan urusan ibu bapa untuk sekali beli sahaja peralatan sekolah tanpa perlu fikir akan tertukar dengan orang lain.

Antara barangan yang anda boleh dapati di Buzbagz seperti beg, bekas pensil, pelbagai jenis alatan tulis dan bekas makanan yang comel-comel! Menarik kan?

Malah, sesuai sangatlah kalau ibu ayah nak beli sekarang ni tau sebab Buzbagz kini sedang mengadakan promosi di laman web mereka! Tinggal ibu ayah masuk laman web mereka sahaja dan beri anak peluang memilih barangan apa yang mereka mahukan, ataupun mak ayah sendiri yang pilih. Barulah surprise

kan!

Untuk maklumat lanjut tentang Bugzbagz, boleh layari laman web mereka di www.bugzbagz.com !

Cari jalan penyelesaian

Anda mesti mahukan yang terbaik untuk anak anda. Oleh itu, jika masalah enggan ke sekolah ini berlanjutan, anda perlu cari jalan penyelesaiannya. Selepas anda kenal pasti apakah masalah atau punca anak-anak tak mahu ke sekolah, fikirkan cara untuk selesaikan masalah tersebut supaya anak anda tak lagi berdepan dengan masalah tekanan emosi setiap kali ingin ke sekolah.

Jika mengantuk dan bangun awal menjadi punca, ambil langkah dengan pastikan mereka cukup tidur selama 10-13 jam (3-5 tahun) atau 9-11 jam (6-12 tahun) sehari.

Jika mereka memberitahu bahawa mereka dibuli di sekolah atau tak ada kawan, ambil pendekatan dengan berdepan dengan guru sekolah mereka. Sebagai ibu bapa, anda tak nampak apa sebenarnya yang berlaku di sekolah. Jadi, dengan berjumpa dan berbincang secara dekat dengan guru mereka, anda akan lebih tahu bagaimana peribadi dan pergaulan anak anda dengan orang lain.