Anak asyik repeat buat yang sama je waktu PKPB ni? Kalau tak tidur, makan, tak pun main atau kelas online. Sampaikan mereka pun muak buat benda yang sama sebab tak boleh keluar.

Haaa sesekali ajak la mereka masuk dapur, bukan masuk sebab nak suruh makan! Masuk dapur tolong ibu buat aiskrim mudah dan ringkas bahannya dari Nurulhuda Radzi ni. MEsti mereka suka!

Tapi….. Satu syarat buat ibu, bila dah mereka tolong tu. Kalau semak dapur, jangan marah pula ye! Traine mereka untuk kemas sama-sama pula lepas tu. Sedikit sebanyak anak pun dapat belajar berdikari. Ok jom tengok macam mana nak buat aiskrimnya!

Anak-anak dok mintak aiskrim. Lupa pulak bekas bertutup habis. Nak letak dalam bekas besaq nanti jenuh nak basuh cawan, qeja ulang makan aiskrim ja.

Bedal ja lah cawan plastik pakai buang tu, tutup dengan plastik nasi lemak potong kecik-kecik ikat getah. Settle.

IKLAN

Aiskrim Homemade

Bahan-bahannya :-

1 tin susu pekat (kurang kan jika tak suka manis)
2 tin susu cair @ susu full krim
Suku tin dairy whipping cream (optional)
2 sb overlett
1 sk esen vanilla
Emulco @ perisa

Cara-caranya :-

1. Mix selama 25 minit, atau sehingga bahan-bahan tadi menjadi gebu.

2. Bahagikan kepada 3 adunan, letak emulco atau apa-apa perisa dan pewarna yang anda suka. Ratakan perisa dengan spatula secara kaup balik hingga rata.

3. Masukkan dalam bekas, hiaskan lepas tu masukkan dalam freezer semalaman.

P/s Kurangkn susu pekat jika tak suka manis.