Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.
Anak Bongsu Menyusul Pergi Sebulan Selepas Isteri Dan Anak Sulung Terkorban Kemalangan
Tun Mohd Khairul Tun Arifin, 39, berkata, anak bongsunya, Tun Nur Ufaira Afifa, 9, meninggal dunia pada jam 10.24 pagi di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) selepas bertarung nyawa sejak 13 Februari akibat kemalangan yang menimpa keluarga mereka.
“HARI INI GENAP SEBULAN TRAGEDI ITU BERLAKU, DAN ANAK SAYA TELAH PERGI MENYUSUL IBU SERTA KAKAKNYA. SEPANJANG BERADA DI HOSPITAL, DIA KOMA DAN TIDAK SEDARKAN DIRI.
“Namun, ada satu ketika dia sempat membuka mata dan mengalirkan air mata. Ketika itu, saya berharap dia akan pulih, tetapi akhirnya saya terpaksa reda dengan ketentuan Allah. Saya yakin Allah lebih menyayanginya, dan pemergiannya pada bulan yang mulia ini pasti ada hikmah,” katanya.
Menurut Tun Mohd Khairul, apa yang lebih memilukan adalah hakikat bahawa mereka sepatutnya berpindah ke rumah baharu sempena Aidilfitri tahun ini, namun impian itu tidak kesampaian.
“PERASAAN SEDIH MEMANG TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN, LEBIH-LEBIH LAGI APABILA MENGENANGKAN SAMBUTAN AIDILFITRI TANPA ISTERI DAN ANAK-ANAK. RUMAH BAHARU YANG SEPATUTNYA MENJADI TEMPAT KAMI BERSAMA KINI HANYA TINGGAL KENANGAN.
“Namun, saya tetap reda dengan ujian ini. Saya berdoa agar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan semoga arwah isteri serta anak-anak saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya lagi.
Ads
Gambar kenangan Tun Mohd Khairul (dua dari kanan) bersama isteri dan anak-anaknya.
Jenazah Tun Nur Ufaira Afifa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengkawang selepas solat Asar.
SEBELUM INI, MEDIA MELAPORKAN BAHAWA KEMALANGAN TRAGIS ITU BERLAKU DI KILOMETER 13, JALAN GAUNG – KUALA PING – TERIS, KAMPUNG KEPAH. INSIDEN TERSEBUT MENGORBANKAN ISTERI TUN MOHD KHAIRUL, NURSAIDATUL AISHAH, SERTA ANAK SULUNG MEREKA, WAN NUR IZARA AINA, 12, MANAKALA TUN NUR UFAIRA AFIFA MENGALAMI KECEDERAAN PARAH.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, kejadian berlaku sekitar jam 11.55 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai di Kampung Kepah menuju Kampung Tengkawang.
Siasatan mendapati sebuah Perodua Axia yang dinaiki lima pelajar hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal yang dinaiki mangsa.
Kini, Tun Mohd Khairul hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang dalam masa yang singkat ini.
Bertuah apabila dikurniakan suami yang rajin. Lebih-lebih lagi kalau jenis yang kreatif dalam menghias rumah.
Demikian yang dikongsikan oleh Hidayati Bohkharimenerusi laman facebooknya. Si suami cukup bijak membuat sendiri rak sinki dan table top. Cukup mudah, cepat dan yang penting menjimatkan kos.
Projek diy rak sinki & table top BAJET
Alhamdulillah berjaya jugak en suami merealisasikan impian bini dia.. Nak table top dan rak sinki idaman hati.. 😁😁 Kire nie advanced hadiah anniversary ke 8 lar kot yer cyg @ziezan09 .. 😂
Disebabkan dapur rumah nie tak berapa nak besar…dan ruang pun sangat terhad..maka tercipta lar idea nak buat rak bajet nie.. Setelah lebih kurang 3 tahun kiterang buat survey (nampak tak berapa lama punya pikir) tambah tolak kos ape semua maka en suami memilih utk diy sendiri rak bajet..Lebih sentimental value katanya… 😍
Nama pun rak bajet kan so bahan² yang digunakan untuk rak bajet nie kiterang beli kat IKEA masa sale 11.11 aritu..nie kira² untuk rak bajet lebih kurang 10 kaki ye guysss.
1. Para² RM50 (ada 2 unit) – beli 3
2. Tiang kayu RM20 (ada 2 unit) – beli 2
3. Penutup / kaki kayu RM5 (ada 2 unit) – beli 4
4. Sinki 2 mangkuk RM100 (cari kat mudah)
Total kos : RM 310
Hasilnya ada pada gambar yang last.. Macam mana? ON x ON rak bajet nie..? 😁😁
After 70% hampir siapAfter Helokkkk pulak #bibikkorea & #kingtop duduk bersanding kat situ yer.. 😂After Amacam..? ONzzzz tak..?
Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam mendidik anak. Ada yang menggunakan pendekatan lembut tak kurang juga yang memilih cara yang tegas. Namun apa pun cara, itu adalah kerana mahu melihat anak-anak menjadi manusia berguna dan berjaya apabila dewasa kelak.
Bagi pelakon dan pelawak, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, bapanya seorang yang tegas dan ia menjadikannya lebih inspirasi untuk berjaya. “31 Disember setiap tahun, selamat ulang tahun Abah…
“Wajah yang bila aku lihat , terbayang, dah aku sentiasa ingat untuk membantu aku terus rasa semangat ..
Berkongsi kenangan dan kisah ketika waktu kecil, Achey dalam pada itu turut mendoakan kesejahteraan ayahnya
“Semoga abah terus dalam lindungan Allah, sentiasa sihat dan di berkati setiap detik yang abah lalui. Terima kasih mak kerana sentiasa di samping abah ..
“Aku ingat paip getah, kayu 2’4 , ekor anak pari, rotan halus, dan penampar sulong Abah yang menjadi inspirasi setiap langkah kejayaan ku kerana aku percaya ketika abah berbuat demikian dia semai dengan doa harapan untuk aku menjadi manusia yang baik.
“Walaupun hakikatnya anak abah ni kurang cerdik. Achey sayang abah!” jelas anggota kumpulan Bocey itu yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Achey memuat naik beberapa foto bapanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah ini agak mencuit hati bila mana sang suami dikatakan ‘kantoi’ dengan isterinya yang terjumpa kasut wanita lain di dalam kereta.
Insiden yang berlaku pada Fairuz Fawzi ini membuatkan dia ‘kecut perut kerana dia tidak tahu milik siapa kasut berkenaan yang tertinggal di dalam keretanya.
Ini mencetuskan situasi kelam kabut tapi kelakar bila mana ahli keluarga lain termasuk ibu dan bapanya turut memberi respond.
Awalnya tiada yang mengakui sehinggalah akhirnya adik perempuan Fairuz yang baru terbaca perbualan di dalam grup keluarga mengaku kasut itu miliknya.
Kasut ni punca aku tak cukup nafas pagi tadi. Bini tanya kasut siapa aku pun ingat kasut dia. Menggelabah tanya mak tanya semua orang siapa punya kasut. Tenang tenang je adik pompuan aku sorang lagi baru bangun cakap ini kasut dia. Bini gua muka dah tak macam orang dah.
Ingat adik adik perempuan jangan buat abang korang macamni. Silap silap abang korang ke mahkamah pakai songkok dgn spek mata hitam karang.
Kalau tinggal kasut,tudung waima pin tudung sekalipun tolong bagitau!!!!! Fitnah akhir zaman ni seram.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hafiz cilik, Ahmad Ziyyad, 10 tahun, hafal 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, mengukir pencapaian luar...