“Anak Bongsu Kena Duduk Kampung, Jaga Mak Ayah…”- Gadis Ni Kongsi Rutin Harian Jadi Anak Bongsu, Ramai Yang Puji!

Share

Anak bongsu selalu dilabelkan anak paling manja dalam adik beradik, mereka juga selalu dikenali sebagai anak yang paling kurang berdikari dan kurang rasa tanggungjawab. Maklumlah sejak kecil semua kerja diuruskan kepada kakak dan abang mereka.

Namun  tidak semua anak bongsu begitu  malah hakikatnya bila sampai waktunya anak bongsu ini lah yang lebih prihatin dan sanggup berkorban demi menjaga ibu ayahnya yang uzur di kampung.

Realiti kehidupan ini turut dikongsikan oleh pemilik aplikasi TikTok @Ct Dalwani  yang mendapat perhatian ramai apabila berkongsi rutin hariannya sebagai anak bongsu.

Dalam video tersebut, gadis ini sedang menuju ke hospital untuk menemani orang tuanya membuat pemeriksaan doktor dan membantu mengambil ubat.

Menurutnya anak bongsu kena duduk kampung jaga mak dan ayah. Kerja dekat dengan rumah

Manakala kakak dan abangnya semua sudah berkahwin dan telah pun mempunyai keluarga sendiri dan menetap di bandar. Keadaan ini menyebabkan anak bongsu sepertinya perlu tinggal di kampung dan keadaan ini juga menyebabkan dirinya sering dibanding-bandingkan dengan adik beradik yang lain yang orang lain anggap nampak lebih berjaya.

Sedangkan sebelum ini dia juga pernah mendapat tawaran kerja yang bagus tetapi terpaksa lepaskan sebab fikirkan ibu dan ayah.

“Siapa nak bawa pergi hospital setiap bulan, siapa nak siapkan ubat jantung abah, bukan 1 jenis tapi banyak. Siapa bnak kemas rumah dan bersihkan rumah bila banjir, dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Pun begitu, gadis ini percaya bahawa rezeki Allah itu luas.

“Percayalah rezeki kita ada dekat tempat lain kalau bukan sekarang. Allah ambil apa yang kita mahu dan menggantikannya dengan apa yang kita perlu. Dengan izinNya, keindahan pasti datang,”jelasnya di dalam video ini.

@ctdalwani🥰😆♬ suara asli – Hi, ini meme – 𝑴𝒆𝒎𝒆𝒊𝒏𝒊𝒎𝒆𝒎𝒆🐹

 

Video ini menarik perhatian warganet dan rata-ratanya memuji apa yang dilakukan olehnya yang sanggup mendahulukan  orang tuanya berbanding yang lain.

Semoga kita juga dapat menabur bakti kepada orang tua kita hingga akhir hayat mereka hendaknya.

Sumber : TikTok @ctdalwani

 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club