Dalam Negara

Anak Bongsu Ayu Raudhah & Zaquan Adha Meninggal Dunia!

Share

Anak bongsu kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan pelakon Ayu Raudhah meninggal dunia hari ini.

Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh Zaquan sendiri menerusi kiriman di Instagram Story miliknya sebentar tadi.

Difahamkan anak pasangan ini, Muhammad Aisy Al Rees baru berusia enam bulan namun tidak dapat dipastikan penyebab pemergiannya.

“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada penciptanya sebentar tadi,” ujarnya.

Menerusi entri itu juga, Zaquan turut sama memohon doa orang ramai agar diberikan kekuatan dengan ujian berat ini.

“Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” katanya.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai pemergian anaknya itu tidak didedahkan.