
Anak bongsu kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan pelakon Ayu Raudhah meninggal dunia hari ini.
Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh Zaquan sendiri menerusi kiriman di Instagram Story miliknya sebentar tadi.
Difahamkan anak pasangan ini, Muhammad Aisy Al Rees baru berusia enam bulan namun tidak dapat dipastikan penyebab pemergiannya.
“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada penciptanya sebentar tadi,” ujarnya.
Menerusi entri itu juga, Zaquan turut sama memohon doa orang ramai agar diberikan kekuatan dengan ujian berat ini.
“Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” katanya.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai pemergian anaknya itu tidak didedahkan.
11 Tahun Berjuang TTC, Wanita Ini Kongsi Rasa Syukur Akhirnya Hamil Anak Kembar

Hati mana yang tidak gembira apabila mendapat khabar berita bahawa diri telah hamil. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan kelahiran zuriat sebagai penyeri rumah tangga.
Ada pasangan yang berkahwin dikurniakan rezeki yang cepat dan sebaliknya. Ada yang diduga dengan kehadiran zuriat setelah lebih sedekad menunggu.
Perkongsian seorang wanita meluahkan perasaan gembira setelah 11 tahun baru dikurniakan zuriat. Dia berkongsi kegembiraannya itu menerusi FB di Group Ikhtiar Hamil TTC Malaysia (RASMI).
TTC atau ‘trying to conceive’ bermakna mencuba untuk hamil dalam kalangan pasangan berkahwin bagi mendapatkan anak dengan cepat.
“Hai semua ini my 11years ttc journey. Now I’m officially 5weeks pregnant with twins baby. I nak tanya juga kalau dalam family tak ada history anak kembar memang kita boleh dapat ke? Bila tanya doctor dia jawap mungkin bulan lepas 2ovary keluarkan 2 telur berasingan. Betul ke? I rasa sangat² happy sebab ini 1st pregnancy dan 1st time dapat positive result.”
INGIN ANAK SAMPAI BERGADUH DENGAN SUAMI
Dia juga turut memberitahu telah melakukan pelbagai usaha termasuk mendapatkan rawatan IUI dan IVF. Namun menemui kegagalan sehingga hamper putus asa untuk memilik zuriat.
“I pernah buat 3kali IUI & 2IVF failed. I ada PCOS tapi period regular setiap bulan 30hari cycle day dan BMI pun normal. Suami pun tak merokok dan dia punya result pun so far ok tak ada masalah. I dah nak give up untuk ttc sebab sangat² stress bila fikir pasal pregnancy sampai gaduh dengan suami walaupun dia tak buat apa2 salah.”
USAHA LAGI
Bagaimanapun, akhirnya dia Kembali meneruskan impiannya untuk mempunyai anak. Dia mula mengawal emosi dan mengamalkan pemakanan sihat dan makanan tambahan.
“I start ttc balik bulan 5 tahun ini sebab nak sangat anak 🥺. I start jaga emosi dengan stress saya. Makan dan minum semua i tak jaga langsung just ikut apa yang i nak makan aje tapi gula memang i dh stop bila dapat tahu ada pcos. I redha dan happy aje everyday walaupun di tempat kerja atau dirumah. Memang tak fikir pasal anak. Ada juga makan supplement dan vitamin.”
Dia juga turut menitipkan doa buat mereka yang turut mempunyai masalah yang sama dengannya.
“I nak bagitahu 1aje jangan putus asa dalam ttc journey ini 💪🏻. Doakan banyak² mesti boleh dapat positive result. Kena banyak bersabar. Tolong doakan kandungan saya sihat sampai dapat bersalin”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat dan mengucapkan tahniah. Ada juga berkongsi ‘journey’ yang sama.
“Alhamdulillah tahniah sis”
“Congrats ya..sy ttc 3 tahun lbh dulu..tup2 mengandung twin jua..skrg twin dh 11 tahun..tahun ni 2 kali IUI failed..tgh tggu rezeki ke 2”
“Wow bestnya!!! Happy tengok..dpt kembar!.”
“Tahniah puan..tumpang bahagia ya,doakan kami juga.”
Sumber: Group Ikhtiar Hamil TTC Malaysia
Guru Sedih & Kecewa Bila Ada Ibu Bapa Tak Hirau Tahap Pembelajaran Anak

Isi Kandungan
ToggleGuru sedih dan kecewa bila ada ibu bapa tak hirau tahap pembelajaran anak. Ibu bapa bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka, tetapi juga memainkan peranan besar dalam pendidikan.
Guru Sedih & Kecewa
Terdapat sebilangan ibu bapa yang kurang peka atau menghiraukan tahap pembelajaran dan penguasaan anak-anak mereka di sekolah. Sikap ini boleh mendatangkan kesan negatif terhadap perkembangan intelektual dan emosi anak-anak.
Menerusi satu video di TikTok, seorang guru menzahirkan kekecewaannya dengan sikap ibu bapa yang tidak menghiraukan tahap pembelajaran dan penguasaan anak mereka di sekolah.
Guru berkenaan yang dikenali sebagai Nurul Syafwah, ada ibu bapa yang tidak menghiraukan nasihat guru-guru supaya anak dibawa berjumpa pakar.
@syafwahraduan #parents please do your #parenting dengan berikan bantuan, bimbingan & sokongan yang anak-anak sepatutnya terima. Jangan nafikan hak anak untuk mendapatkan intervensi yang mereka perlukan. The earlier the better, and better late than never. Tak perlu malu sekiranya anak disahkan memerlukan pendidikan di aliran PPKI. DISCLAIMER: Ini merupakan pendapat PERIBADI saya & tidak menggambarkan pendapat/pendirian pihak atau organisasi lain. Posting ini bertujuan untuk berkongsi panduan/creating awareness. #cikgu #guru #teacher #teachersoftiktok ♬ original sound – Nurul Syafwah
“Minggu ini saya sangat sedih dan kecewa dengan ibu bapa seorang murid saya ini sebab dia memang berkeras, tidak bagi respons dengan cadangan kami, guru-guru untuk bawa anaknya berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan diagnosis.
“Cikgu-cikgu ini tidak suka-suka nak suruh anak awak dibawa jumpa doktor kalau melainkan kami merasakan anak itu memang kena jumpa doktor,” katanya.
Bila Ada Ibu Bapa Tak Hirau Tahap Pembelajaran Anak
Jelas Nurul Syafwah lagi, ada ibu bapa anak muridnya itu hanya membuat penafian serta meletakkan harapan bahawa anaknya itu masih boleh belajar dalam aliran perdana.
Sebenarnya keengganan ibu bapa mengikut saranan guru sebenarnya hanya akan menganiaya anak mereka sendiri.
“Kesian dengan anaknya sebab dia memang dah lemas dalam aliran perdana ini, tahu tak.
“Jadi ibu bapa tolong semak buku tulis anak-anak, tengok kerja (sekolah) mereka, kalau dah dapat aduan daripada guru yang mengajar tolong jangan paksa anak terus belajar dalam aliran perdana,” katanya.
Tambah Nurul Syafwah, ibu bapa bertanggungjawab membantu dan memberi sokongan kepada anak itu supaya dia boleh mendapat pendidikan yang sepatutnya diterima.
Sumber: TikTok Nurul Syafwah
Baca artikel lain juga: “Saya Nak Abang Sentiasa Ada Disisi…” Kanser Merebak Pantas, Cikgu Din Harap Dapat Temani Isteri Sehingga Ke Hujung Nyawa
Cikgu Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi Buat Ramai Warga Maya Kagum
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Selepas Bersara Duit Habis, Pakar Jelas Ini Sebabnya

Menyelesaikan hutang pinjaman dan membiayai kos perubatan merupakan antara faktor duit simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kehidupan selepas bersara habis dalam tempoh singkat.
Pakar Kewangan Pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, faktor lain ialah ubah suai rumah, menjadi ‘bank tanpa faedah’ untuk anak-anak dan membuat pelaburan yang tidak sah atau tidak bermanfaat.
“Kebanyakan masyarakat kita tidak mempunyai perlindungan takaful. Jadi apabila sudah mencapai usia persaraan, banyak wang digunakan untuk tujuan perubatan dan ini tidak boleh elak.
“SELAIN ITU, KEBANYAKAN MEREKA MENGGUNAKAN WANG KWSP UNTUK MENYELESAIKAN PELBAGAI HUTANG SEPERTI RUMAH, KENDERAAN DAN PINJAMAN PERIBADI.
“Namun, ada juga membelanjakan kepada perkara tidak penting seperti buat ubah suai rumah dan menjadi bank kepada anak-anak hingga sanggup menanggung sepenuhnya kenduri kahwin mereka.
“Akhirnya, duit yang sepatutnya digunakan untuk menjalani kehidupan lebih baik dan selesa dalam tempoh persaraan menjadi sebaliknya,” katanya.
Mohamad Fazli berkata, risiko pekerja jatuh miskin pada usia tua akibat ketiadaan tabungan kewangan mencukupi telah lama diperkatakan.
Ujarnya, keadaan ini berlaku disebabkan kebanyakan rakyat masih kurang memahami keperluan menabung untuk masa depan, selain lemah dalam pengurusan kewangan mereka.
“Keadaan ini turut mendorong sesetengah mereka terlibat dengan skim pelaburan tidak sah. Bukan sahaja tidak dapat untung, malah ada yang rugi,” katanya.
INFO
KE MANA DUIT PERSARAAN DIHABISKAN:
1. Ubah suai rumah
2. Belanja kenduri kahwin anak
3. Bayar hutang
4. Biayai kos perubatan
5. Terlibat pelaburan tidak sah
Sumber: Sinar Harian