Berdepan dengan pelbagai masalah anak-anak pastinya memeningkan kepala ibu ayah. Matlamat untuk menjadikan anak bijak dan dengar kata sebenarnya harus bermula daripada awal, iaitu ketika mengandung lagi.
Kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah, “Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangannya.
Jadi matlamat untuk menjadikan anak bijak haruslah lebih jelas.
Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu.
1. Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Jadi, pastikan pemakanan seharian ibu ketika hamil mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein.
Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.
2. Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Ads
Sepanjang hamil, anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Isnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi.
Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.
3. Jangan Lupa Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.
4. Kerap Sentuh
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.
Ads
Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.
5. Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.
Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.
6. Muzik Klasik
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa.
Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.
Ads
7. Pengetahuan Asas
Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.
Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.
Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Lakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.
8. Latihan Matematik
Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan.
Ternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.
Semoga semua ibu mengandung istiqomah melakukan amalan tersebut sambil jangan lupa berdoa memohon kepada Yang Maha Esa agar mengurniakan anak-anak yang soleh dan solehah kepada kita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebenarnya, tidak semua kotoran yang melekat pada barangan rumah hanya boleh ditanggalkan dengan menggunakan pencuci yang mahal.
Sebaliknya, ada saja bahan yang mudah dan murah yang boleh berbuat demikian. Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal!
Cuka gebukan tuala
Jika tuala anda mula bau hapak atau pun tidak lagi gebu seperti mula-mula anda membelinya, rendamkan tuala anda dalam air bersama cuka. Ia akan kembali pulih seperti baru dan tiada lagi bau yang kurang menyenangkan.
Hilangkan kesan pada meja
Tidak perlu membeli meja yang baru untuk menggantikan meja yang sudah ada corak baru akibat kesan cawan yang melekat pada meja. Anda hanya perlu menggunakan campuran minyak zaitun dan garam untuk menghilangkan kesan tersebut. Ia akan kembali bersih seperti meja kopi yang baru.
Bersihkan ketuhar gelombang mikro
Panaskan air dan jus lemon atau cuka selama 5 minit dan biarkan ia sejuk seketika. Kemudian lapkan ketuhar gelombang mikro dengan menggunakan campuran tersebut. Memang kotoran yang melekat di dinding ketuhar akan hilang dengan mudah.
Gosok besi karat dengan ubat gigi
Jika anda ada besi berkarat atau pun kotoran karat melekat pada barangan anda, gunakan ubat gigi kerana floridanya mampu menghilangkan kotoran tersebut. Anda boleh gunakan kain buruk atau berus gigi untuk membersihkannya. Memang mudah.
Minyak bayi untuk kotoran berminyak
Letakkan semburan kimia dan keluarkan kain buruk dan minyak bayi untuk membersihkan kotoran yang berminyak. Bukan hanya mampu membersihkan, malah dapat membuatkan barang anda Nampak bersinar.
Bersihkan kotoran di permaidani
Letakkan kain lembab pada kotoran tersebut dan tekankan seterika dengan suhu yang tinggi. Cara stim ini akan menghilangkan kotoran tersebut. Mudah saja kan.
Atau boleh cuba tip ini. Taburkan soda penaik dantepung jagung di atas permukaan permaidani dan biarkan ia selama 15 minit. Setelah itu, vakum seperti biasa. Kaedah ini dapat membantu anda membuang kotoran dan menghapuskan bau yang tidak menyenangkan di rumah.
Menghilangkan kesan karat di bilik mandi
Anda boleh menghilangkan karat di jubin seramik di dalam bilik mandi dengan menggunakan campuran cuka dan serbuk penaik. Tuangkan campuran ke tempat yang terjejas dan biarkan larutan selama beberapa minit. Bilas dengan air dan lap jubin dengan kain kering.
Lantai bersinar
Kaedah yang sesuai untuk membersihkan lantai dari material kayi adalah dengan campuran cuka dengan air. Campuran ini dapat membuatkan lantai anda kelihatan bersinar. Hanya campurkan 1/4 cawan cuka ke dalam 1 liter air dan anda boleh menggunakannya sebagai pencuci lantai. Jika lantai anda dari material jubin, gunakan air yang mendidih untuk membersihkannya.
Menghilangkan bau busuk
Untuk menghilangkan bau di dalam peti sejuk anda, gunakan campuran jus lemon dan air untuk mencuci peti sejuk anda. Anda boleh menambah soda penaik pada campuran tersebut. Ini akan memudahkan proses menghilangkan kotoran.
Bersihkan pintu bilik mandi dan dinding jubin
Salah satu cara untuk menghilangkan kesan air dan cendawan dari jubin dan pintu kaca adalah dengan menggunakan soda penaik atau lemon. Celupkan berus gigi basah ke dalam soda penaik dan gosok grout jubin sehingga bersih. Apabila anda sudah selesai, basuh jubin dengan air bersih. Untuk seminggu sekali, gosok permukaan jubin dan pintu kaca dengan separuh lemon dan biarkan selama10-15 minit, bilas dengan air dan lap sehingga kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mengajar anak untuk dapat membesar jadi orang yang baik dan mendengar kata ibu dan ayah bukanlah tugas yang mudah, lagi-lagi selalu kita dengar ada yang merungut macam-macam hal dalam mendidik anak lelaki.
Anak lelaki sering dianggap nakal, tidak dengar kata, kurang suka belajar, banyak bermain dan ramai merasakan sepatutnya anak lelaki perlu diberi lebih tanggungjawab, jiwa kena kental, tidak boleh terlalu beremosi dan sekali gus anak lelaki sebenarnya akan menjadi harapan keluarga.
Namun tahukah anda, dalam kita mendidik anak-anak lelaki ini sebenarnya kita juga banyak melakukan kesalahan dan kesilapan. Untuk itu, mari kita baca perkongsian daripada Dr Taufik Razif ini dan menurutnya ada 5 jenis kesalahan terbesar yang sering dilakukan dalam mendidik anak lelaki.
5 kesalahan terbesar dalam mendidik anak lelaki
1. Ingat emosi anak lelaki lebih kuat daripada anak perempuan
Kajian menunjukkan otak bayi lelaki lebih terkesan dengan tekanan ibunya ( maternal depression ) di dalam rahim dibandingkan bayi perempuan
2. Ingat kemas rumah dan kerja rumah bukan tugas anak lelaki
Anak lelaki atau perempuan dua duanya wajib dilatih untuk membuat kerja rumah sejak daripada kecil.
Anak yang disuapkan semuanya akan menjadi raja tetapi anak yang dilatih menjadi hamba akan menjadi manusia yang bertimbangrasa.
3. Tak bagi anak lelaki menangis dan tunjuk emosinya sama sekali
” Eh awak kan anak lelaki. Mana boleh menangis! ”
Jangan tuan puan. Anak lelaki atau anak perempuan ada hak untuk ekspresikan emosi yang dirasakan. Jangan sampai emosi itu terpendam dan makan anak kita daripada dalam!
4. Letak harapan dan bebanan terlalu besar pada anak lelaki
Anak lelaki juga ada ‘limit’ nya. Walaupun mereka harapan keluarga mereka juga boleh ‘patah’ jika terlalu dibebankan dengan tanggungjawab yang keterlaluan
5. Selalu berkasar dan terlalu berkeras dengan anak lelaki
Anak lelaki memang perlukan ‘playful aggression’ seperti bertinju dan bergomol dengan ayahnya sebagai salah satu cara untuk perkembangan emosi dan otaknya.
Cuma jika mak ayah terlalu berkasar dan keras seperti menengking, menjerkah dan mendisiplinkan dengan cara yang terlalu keras, anak lelaki pun boleh patah!
Daya tahan setiap anak itu tak sama dan berbeza.
Wang tunai RM300 untuk dimenangi!
Meriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan kali ini dengan menyertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka. Caranya mudah sahaja, tonton video di bawah ini:
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Setiap kali berlaku tragedi baik kemalangan, tanah runtuh mahupun baru-baru ini banjir, pasti rakyat Malaysia tidak Akan duduk diam. Semua berganding bahu bekerjasama membantu menghulurkan bantuan. Antaranya mengumpulkan pelbagai jenis sumbangan untuk mangsa yang terjejas.
Sikap prihatin mereka terserlah melalui pemberian sumbangan berupa keperluan makanan, wang ringgit, pakaian, susu, lampin bayi, kit kebersihan dan macam-macam lagi.
Namun ada pihak yang bertanggungjawab tidak melakukan kerja dengan betul. Ini kerana ada yang melaporkan di sesetengah PPS stok barang bantuan tidak diagihkan dengan sebaiknya kepada mangsa banjir walaupun banyak sumbangan yang diterima.
Sebaliknya, stok tersebut ‘disimpan’ entah untuk siapa. Tular satu video berkenaan isu ini di mana difahamkan mangsa banjir yang tidak tinggal di PPS tidak dibenarkan untuk mengambil barang bantuan yang dibekalkan.
Menurut perakam video terbabit, selepas ‘mata-mata’ yang meninjau di PPS tersebut beredar, maka barulah orang ramai mula datang meminta barang bantuan kerana mereka akan dihalang jika diketahui tidak tinggal di PPS berkenaan.
Isu yang dibangkitkan ini membuatkan ramai yang tidak berpuas hati terutamamereka yang telah menyumbang melalui NGO atau ke pusat pengumpulan.
Lebih-lebih lagi, sebelum ini tular mengenai lebihan makanan dibiarkan basi dan terbuang, sedangkan mangsa ramai yang tidak mendapat bantuan mkanan.
Bukan Itu sahaja, lambakan pakaian serta barangan bantuan juga terbiar akibat kelemahan sistem pengagihan dan pengurusan.
Video tersebut mendapat reaksi orang ramai yang marah apabila mengetahui isu sebegini berlaku. Tak kurang yang mengakui ini bukan kali pertama, bahkan isu ini sentiasa timbul BA melibatkan sumbangan orang ramai.
@Eiqaa:Bila orang dah bagi bantuan, bukankah itu sudah menjadi amanah untuk kita memanjangkan lagi bantuan tu? This is not fair for others!
@𝐚𝐤𝐢𝐟𝐚𝐲𝐬.:Kitorg yg tak kena musibah banjir ni bagi sumbangan utk mereka semua. Amanah utk kau supaya bagi kat semua org AMANAH
@🌸:yes terjadi dekat pps tempat i juga dyeorg simpan untuk kroni dia !!!!!!
@Xoi:Tak faham la, maksudnya brg ii bnyk tu dorg tkksi share dkt org lain luar dari kawasan ? Like srsly weh banyak kot ,siapa kejam sngt ni🥺😌
@mrcookies:hahaha. serius mana2 mesti ada yg mcm ni. mcm sy pntai timur ni kan slalu bnjir..mmg every year akn ad mkluk mcm ni. xamanah.
@beautyobsessed_my 🥰:Yes.. Terjdi dekat sini juga.klau nk kena ddk PPS baru boleh dpt bantuan, rumah kami xde spe dtg melawat ke ap.. Rumah pun banjir juga
@Zana@1819:Ya-Allah npe jdi mcm nie susu nk smpn bt ape kongsi la ngn ank² diluar sna yg masih perlukan..brng² smua tu rkyat yg bnyk tlg jngn bt kedekut
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.