Sebuah coretan perkongsian yang sungguh inspirasi buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak agar menerima anak seadanya.
Benar, setiap anak mempunyai perkembangan diri dan pencapaian yang berbeza.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu hargai anak-anak tanpa prejudis kerana dirinya juga punya kelebihan dan kekurangan diri. Moga perkongsian ini mendidik kita muhasabah diri kala membesarkan anak-anak.
~ Anakku ~
Anak-anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.
Anak yang baik, anak yg cerdik, cuma ujian. Allah hendak tengok kita demand atau tidak, letak syarat atau tidak, kerja kuat atau tidak, sabar atau tidak.
Ads
Anak-anak yang biasa-biasa,tidak berapa pandai, itu hadiah Allah.
Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga.
Tidak perlu kecewa hasil kita tidak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.
Anak-anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati anak-anak kita.
Ads
Terimalah pemberian Allah dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.
Anak-anak kita mentah, jiwa mereka rapuh.
Yang salah kita, terlebih menghukum daripada membina. Terlebih menyumpah daripada membimbing. Terlebih marah daripada nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.
Ads
Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat.
Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada Allah. Dia yang sebegitu hebat tidak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.
Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tidakk beri penuh perhatian sekarang tapi dia lah yang akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.
Jangan berhenti untuk menjadi ibu bapa yang berilmu dan cemerlang.
Kata-kata indah jadi peringatan bersama dalam kita mendidik anak-anak.
Kredit:- Umi Kalsom Omar via Majlis Ilmu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melepaskan anak yang masih kecil untuk tinggal di asrama, kebanyakan perasaan ibu akan berasa berat hati untuk berjauhan.
Pengalaman yang sama juga dilalui oleh ibu ini dalam niatnya untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah Tahfiz.
Malah turut berkongsi beberapa tip untuk atasi saat itu agar lebih tabah berpisah dengan anak.
BAGAIMANA KAMI HANTAR ANAK ANAK KE TAHFIZ ============================
Alhamdulillah, Kak Effi dan suami bulatkan tekad dan hasrat untuk cuba lahirkan al hafiz dalam keluarga ni. Sebenarnya, ALLAH lorongkan hasrat ini bila mana pengalaman dengan sekokah biasa tidak memenuhi kehendak pengajian agama yang kami impikan.
Bab paling sukar bagi Kak Effi adalah bentuk akhlak anak pada zaman serba mencabar nihhh. Dengan pengaruh handponn, televisyen, media sosial dan kawan kawan, membesarkan anak bersekali akhlak al Quran sangat sukar dilakukan.
Kami larikan anak dari sekolah biasa ke sekolah harian swasta. Alhamdulillah, anak anak mula belajar menghafaz di situ. Namun masih wujud kebimbangan lain di sudut hati kami. Kerana sirap yang bercampur air kopi takkkan boleh jadi sirap yang sedappp. Apatah lagi membentuk sirap ais yang sedap diminum saat panas terik.
Selepas anak dapat pendidikan asas, membaca menulis dan mengira, kami hantarkan anak anak ke tahfiz. Alhamdulillah, kami tak putus meminta pada Allah tunjukkan kami jalan. Satu persatu terbuka. Hinggalah anak ada kesempatan untuk interview dan berjaya ke tahfiz.
Pastikan anak selesa
Waktu itu HARRAZ baru berusia 9 tahun dan AKIF 11 tahun. Mereka masih anak anak. Bukan mudah untuk kami hantar mereka. Duduk di asrama saat mereka tak pernah pon membasuh baju sendiri. Awalnya kami berikan anak anak full support. Kami sanggup ambil baju kotor dan jumpa mereka dua kali seminggu. Ya, kami sanggup buat apa saja asal anak anak selesa.
Awal awal memang Harraz menangis. Akif nampak kuat walaupon kami tahu ini tak mudah. Dah biasa di rumah dengan semua tersedia. Gembira dengan kawan kawan lelaki perempuan di sekolah, biasa guna telefon dan menonton tv.
Tiba tiba semua itu hilang, semua tiada lagi. Yang ada persekitaran berbeza. Kawan kawan berbeza. Ustaz yang garang. Asik asik solat, al Quran dan cerita kebesaran Allah. Mula mula mereka ‘terperanjat’ hingga akhirnya mereka temukan keseronokan.
Apa saja yang sekolah perlu kami bekalkan. Kami hantar makanan sekali untuk kawan kawan mereka yang lain. Satu masa memang semua kawan kawan anak mengenali kami.
Ada yang minta bantuan belikan barang bila outing, ada yang suka borak dengan suami dan ada yang request Kak Effi masakkan sesuatu. Kami buat dengan gembira.
Alhamdulillah anak anak sudah jadi senior sekarang. Telah lebih separuh Al Quran berada dalam ingatan Akif, manakala Harraz hampir suku. Kami tak pernah memaksa untuk mereka laju laju menghafaz. Kami biarkan mereka ambil masa. Yelahh, juzuk 30 pon kami belum hafaz, apa hak kami memaksa mereka yang telah jauh lebih baik daripada kami.
Masa cuti mereka hanya 5 kali setahun. Yang sangat Kak Effi hormati. Kami penuhkan dan gembira bawa mereka jalan atau pulang ke kampung. Mereka anak baik, mereka anak yang sangat patuh. Ternyata kehidupan tahfiz banyak mematangkan mereka. Kak Effi tak menyesal dan sangat bersyukur dengan jalan yang Allah lorongkan ini. Alhamdulillah.
Melepaskan mereka bukan perkara mudah. Membiarkan mereka duduk di asrama dalam usia muda. Namun ada beberapa perkara yang Kak Effi boleh tuliskan sebagai panduan ibu ayah yang nak berpisah dengan anak anak. Insha Allah. Selalulah buat dan fikir begini:
1) ANAK BUKAN MILIK KITA
– anak bukan hak mutlak ibu bapa. Mereka amanah yang kena kita jagai. Amanah dari siapa? Dari ALLAH. Maka lorongkan anak mengikut apa yang ALLAH suka.
2) JAGAAN ALLAH LEBIH BAIK DARI KITA
– hantar anak ke jalan Allah sama macam hantar anak berperang. Tapi kita jangan risau. Allah kannn ada? Kita sendiri mengharapkan jagaan dan perlindungan Dia, takkanlah kita rasa mampu buat lebih hebat dari Allah?
3) BANYAK BACAKAN FATIHAH DAN DOA UNTUK ANAK
– hati rasa rindu, menangis teringat anak. Maka segera ingat, jika kita menangis, mereka juga akan begitu. Maka kuatkan hati, sambil bacakan fatihah dan doa sebanyak banyaknya. Doa untuk diri kita diberi kekuatan dan anak dipermudahkan urusan, mudah menghafaz dan gembira.
4) IBU BAPA BANYAK BELAJAR DAN DIDIK DIRI
– Jika kita nak anak berjaya, mak ayah perlu berjaya juga. Baca Al Quran sebanyaknya, tadabur, cari ilmu agama, tutup aurat sempurna. Pendek kata, apa mak ayah buat akan pengaruhi anak. Maka cubalah dan usahalah jadi LEBIH baik. Insha Allah.
5) MASAK UNTUK ANAK
– Air tangan orang yang solat dan mencari redho Allah itu adalah lebih baik dari yang lain. Maka, ibu kena banyak sediakan makanan air tangan sendiri. Kerana kita tahu dan kenal puncanya dengan jelas.
6) INI TANGGUNGJAWAB
– Kelak akan ditanya apa yang kau berikan pada zuriat keturunanmu, sesungguhnya Al Quran dalam dada adalah yang terbaik. Insha Allah.
7) SALING MEMBERI SOKONGAN
– Ibu bapa dan anak anak yang lain di rumah perlu saling memberikan sokongan. Jangan pernah putus asa. Saling mengingati.
8)BANYAKKAN BERDOA DAN TAWAKAL
– Doa yang tak pernah putus adalah ubat utama untuk banyak perkara. Yakinlah semuanya milik DIA. Dan kepada DIA lah tempat meminta dan berserah. Insha Allah.
Untuk semua rakan rakan, Kak Effi doakan semoga Allah permudahkan dan lorongkan pada kebaikan. Semoga perpisahan sementara adalah jalan menuju pertemuan berkekalan di syurga. Insha Allah.
Nukilan:Effi Rahmat
Mama MIRZA (Akif Mirza, Harraz Mirza dan Firas Mirza)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umum mengetahui, penyanyi nombor satu negara bakal melahirkan bayi keduanya tidak lama lagi.
Dalam satu perkongsian, Dato Seri Siti Nurhaliza Taruddin memberitahu bakal bersalin pada awal ramadan ini.
Berita itu dikongsikan ketika ditemui dalam majlis pelancaran Wafer Emas Edisi Khas Jubli Siti 25 tahun dengan kerjasaam YaPEIM Gold bertempat di Muzium Kesnian Islam baru-baru ini.
“Insya-Allah jika tiada aral, ini adalah acara terakhir saya hadiri sebelum bercuti panjang sebelum melahirkan anak kedua saya yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Saya dijangka akan melahirkan bayi pada awal ramadan,”ujarnya dalam satu laporan oleh Astro Gempak.
Ditanya perasaaannya kini yang akan menempuh sekali lagi proses bersalin, ujar ibu kepada siti Aafiyah ini, seperti mana wanita lain dia juga turut berdebar.
“Semua wanita mempunyai pengalaman yang sama untuk menempuh proses bersalin. begitu juga saya. Walaupun ini kali keduia namun perasaan gementar itu sama seperti yang saya alami ketika melahirkan Aafiyah.
Siti kini sedang sarat hamil anak kedua dan dijangka bakal berehat panjang sehingga selamat melahirkan bayi lelaki seperti yang dikongsikan sebelum ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Si comel Nur Aisywara Nealofa, anak keempat pempengaruh dan MUA, Mua Bellaz sentiasa mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya, ada sahaja aksi comelnya yang dikongsikan oleh ibunya di media sosial.
Perkongsian gambar Aisywara atau nama panggilannya Wara yang tampil dengan pakaian ikan duyung buat ramai yang geram.
Mana tidaknya, tidak hanya berpakaian ala ikan duyung berwarna merah jambu bahkan Wara dengan begitu berani memegang seekor itik kesayangannya.
“Itik dia dah besaq gais. Mermaid & itik, selalu mermaid dengan tapak sulaiman kan.
“Dia ni kan, memang feeling watak sangat tau Wara oii,” tulis Mua Bellaz berseloroh menerusi kapsyennya.
Perkongsian video pendek si comel Aisywara yang muncul sebagai ikan duyung di dalam banjir buat ramai terhibur. Memang serius comel!
Rata-rata pengikut setia Mua Bellaz turut teruja dengan gaya Wara serta meninggalkan pelbagai komen.
Terdahulu, Mua Bellaz dan suaminya dikurniakan empat cahaya mata bernama Airis Alisha, Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Nur Aisywara Nealofa.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.