Keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan (KPM) berkenaan status anak-anak yang bersekolah di asrama, Kolej Tingkatan Enam dan Kolej Vokesional dibenarkan pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga, benar-benar membuatkan ibu ayah berasa bersyukur dan lega dengan pengumuman tersebut.
Menurut berita yang dikongsikan di Astro Awani, Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan empat kaedah perjalanan untuk pelajar asrama sekolah, Kolej Tingkatan Enam (KTE) dan Kolej Vokasional (KV) yang dibenarkan pulang bersempena Hari Raya Aidilfitri.
Menurut kenyataan KPM hari ini, kaedah itu ialah dengan menaiki bas yang disediakan pihak sekolah atau dijemput ibu bapa atau penjaga.
“Pelajar juga dibenarkan pulang menggunakan pengangkutan udara atau air (Sabah, Sarawak dan Labuan) atau menggunakan kenderaan sendiri bagi pelajar KTE dan pelajar KV,” menurut kenyataan itu.
Ads
Gambar hiasan
Pelajar dibenarkan pulang secara berperingkat mulai 6 Mei bagi sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 7 Mei bagi sekolah Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Pihak sekolah, KTE dan KV akan memaklumkan jadual pergerakan pulang murid kepada ibu bapa atau penjaga selain mengeluarkan surat pengesahan untuk setiap pelajar bagi tujuan pergerakan merentas negeri atau zon sekiranya mereka dijemput ibu bapa.
Menurut KPM, kebenaran itu adalah untuk dua orang iaitu ibu bapa atau penjaga sahaja dalam setiap kenderaan.
Merujuk prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), pelajar yang sedang dalam tempoh kuarantin perlu kekal berada di asrama hingga tamat tempoh kuarantin dan murid yang asramanya berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga perlu kekal berada di asrama hingga tamat tempoh PKPD.
Ads
KPM menyediakan Garis Panduan Pengurusan Murid Asrama Pulang Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021 sebagai rujukan kepada semua pihak terlibat termasuk Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM.
Garis panduan berkenaan boleh dimuat turun di laman sesawang: https://www.moe.gov.my.
Hidup berpasangan adalah fitrah kehidupan dan Allah SWT menciptakan manusia berpasang-pasangan kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain, sekali gus mewujudkan perasaan kasih sayang (mawaddah wa rahmah).
Namun kehadiran orang ketiga membuatkan isteri merasakan dirinya tidak dihargai sehingga membuatkan rumah tangga tidak lagi bahagia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sebagaimana perkongsian pendakwah Ustaz Don Daniyal bahawa kehadiran orang ketiga yang mampu merosakkan ikatan sesebuah perkahwinan.
ISTERI BELAJAR BERSABAR
Dalam hal ini, menerusi mStar, Don,38 menasihati para isteri apabila melalui situasi ini harus bersikap sabar.
Katanya jika suami mempunyai orang ketiga isteri harus belajar bersabar.
“Apabila isteri tahu bahawa suami ada perempuan lain, dia perlu belajar untuk bersabar.
Katanya lagi, selain bersabar, kena susun semula strategi untuk memenangkan haknya semula.
SUAMI CARI ALASAN KELEMAHAN ISTERI
Katanya lagi, suami akan mencari alasan kekurangan isteri supaya ada orang lain boleh menambah.
“Jika suami suka pada perempuan lain, dia akan mencari alasan apa yang membuatkan isteri dia kurang supaya ada orang lain boleh menambah.
“Itu normal, semua orang mesti bersetuju tentang perkara tersebut.”
Dalam hal ini, Don berkata jika seorang isteri menunjukkan kemarahannya berdepan isu berkenaan, ia merupakan salah satu kekurangan yang mungkin akan menjadi alasan suami mencari pengganti.
Dalam pada itu, dia juga berpesan supaya pasangan suami isteri tampil beranikan diri meminta pertolongan dan nasihat daripada keluarga jika berlaku permasalahan antara mereka.
Berkongsi kondisi anaknya, Abby Abadi mengakui Baby Danial kini bergantung kepada mesin untuk bernafas. Menurutnya lagi, mereka sekeluarga sudah mengetahui sejak awal akan keadaan Baby Danial memandangkan ia lahir pramatang.
Hari ke 9 & 10 (5/6Oktober 2019) Abah tak sempat menulis, jadi Mama tulislah utk malam ni. Dah masuk 7hb, hari ke 11 dah sebenarnya umur Baby Danial. Hebat & kuat anak Mama Abah 😘😇 . Siang tadi, dapat cal dari NICU, HBSB kata perlukan darah Mama utk masukkan dalam badan Baby Danial. Pastu bila bgtau kami di Lumut, kami dah maklum dah pihak NICU sblm pergi haritu, & tahu stok darah Mama ada lagi… dorang cal semula bgtau takpe mmg stok ada lagi. Buleh dtg Isnin pagi
Petang tadi hospital cal lagi, bgtau ada Doc nk jumpa nk cakap pasal Baby Danial (Doc ramai, bertukar ganti) Masa tu Mama Abah dah sampai Tapah. Berdebar2 rasa bila kata Doc nk jumpa tu.. Rasa nk terus terbang supaya cepat sampai sbb dah terfikir mcm2 dah 😫
. Sampai Sungai Buloh kul 1030pm tadi terus ke NICU… dari jauhh nampak dah kaki Danial bergerak2. Ya ALLAH bersyukur sangat2! Baby kami masih ada 😭😭😭 . Terus meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan terus pegang dia…berlinang airmata… 😢 . Doc datang jumpa tanya tahukan mcmana keadaan Baby. Pendarahan, paru paru tak kuat bla bla bla.. & yg terbaru…. Baby Danial sudah 90% bergantung pada mesin utk bernafas……. maximum dah penggunaan mesin tu utk baby seusia Danial. Jadi mmg conditionnya sangat kritikal bla bla blaaa.. Malam ni jangan pergi jauh jauh la ye…kata Doc .
Ya ALLAH………Sayu dengar bila Doc cakap mcm tu… tp dari awal pun beberapa org Doc cakap point yg sama juga, 50/50 peluang utk hidup sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yg sangat tidak bersedia… dgn berat hanya 535gram berbagai kemungkinan buleh berlaku . Tapi Sy & Suami kuatkan hati & tak putus berdoa & berusaha mengharapkan keajaiban dari ALLAH sbb ALLAH Maha berkuasa ke atas makhluknya . Tiada apa yg Sy harapkan dari Sahabat2 disini. Mohon teruskan doa utk Baby kami ye. Hanya DOA buleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nk share keadaan Baby tp kalau tak share, takde pulak yg mendoakan utk Baby kami nanti 😢 #SemogaAdaRezekiUntukPelukBabyDanial#MohonDoaBerterusanUntukBabyDanial#HanyaDoAbulehUbahTakdir#ALLAHUAKBAR#Gambardarigoogle
Abby Abadi selamat melahirkan bayinya pada 27 September yang lalu. Dia sebelum itu dimasukkan ke hospital akibat masalah darah tinggi yang tidak terkawal. Bagaimana pun, Bayi yang diberi nama Muhammad Danial Firman Faizal dilahirkan pramatang dengan berat 535kg sahaja dan kini ditempatkan di NICU.
Anak merupakan anugerah Allah dan tanggungjawab yang berat yang diamanahkan atas bahu ibu bapa. Pentarbiahan anak-anak dengan didikan yang baik wajib ditunaikan oleh ibu bapa. Amanah yang wajib ini hendaklah dijaga dengan baik dan janganlah dikhianati.
Begitu juga dalam hal mengajar anak solat sejak kecil. Ianya adalah tugas yang sukar sebenarnya. Menyedari tuntutan agama, ramai di kalangan ibubapa yang berterusan mengali ilmu dan kaedah terbaik untuk mendidik anak bersolat supaya mereka tidak dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak kerana telah mengabaikan amanah-Nya.
Ikuti perkongsian ini yang menyediakan tip untuk membantu ibu bapa mendidik anak mencintai solat.
Didik Anak Bersolat tanpa di suruh atau paksa
A) PENDIDIKAN DARI DALAM RUMAH
1. Suasana utamakan solat Ibu bapa adalah madrasah (sekolah) pertama bagi anak. Untuk mengajar anak solat sedari kecil, ibubapa perlu mewujudkan suasana dalam keluarga yang mengutamakan solat. Bila azan berkumandang, segera bersedia untuk solat. Tutup TV dan hentikan perkara-perkara yang melalaikan. Ini akan menjadi contoh disiplin yang baik untuk anak-anak.
2. Ibubapa tunjukkan contoh Anak-anak adalah peniru paling baik bagi setiap tindak-tanduk ibubapa. Anak-anak bawah 4 tahun lebih seronok dan mudah untuk diajak menunaikan solat. Tetapi nanti dahulu, mereka tentunya mudah meniru hanya apabila selalu melihat ibubapa mereka solat sedari umur mereka masih bayi. Sekiranya anak-anak jarang melihat ibubapa solat, maka mereka juga tidak dapat membayangkan sesuatu yang tidak tercapai oleh akal mereka.
Anak-anak lebih mudah percaya apa yang mereka lihat sendiri daripada apa yang kita beritahu. Malah, 80% didikan adalah melalui tauladan yang bukannya melalui perkataan semata. Tauladan bermaksud apa yang mereka nampak dilakukan oleh ibubapa setiap hari.
3. Solat di tempat terbuka Solatlah di ruang terbuka di dalam rumah. Biarkan anak-anak nampak dan faham ibubapa mereka selalu solat. Bagi anak-anak kecil yang berusia sekitar 1 hingga 3 tahun, memadailah mereka sekadar memerhatikan ibubapa sedang solat atau ikut sama solat sambil mereka bermain-main. Biarkan jika mereka suka menarik-narik telekung si ibu. Bertenanglah jika kita baru rukuk mereka sudah pun sujud. Kita belum habis lagi mereka sudah pun beri salam. Usah bertegas atau berkeras. Jangan sampai anak-anak merasakan solat itu satu yang susah dan menakutkan.
Ini sepertimana teladan yang telah ditonjolkan sendiri oleh Rasullullah SAW sebagaimana yang diceritakan bahawa Baginda Rasulullah solat berjemaah di masjid dan Baginda sendiri menjadi Imam. Tiba-tiba, cucunya yang bernama Hassan memaut leher Baginda ketika Baginda sedang sujud. Rasulullah sebagaimana yang diriwayatkan memanjangkan sujudnya ketika itu. Setelah selesai solat, seorang sahabat bertanya: “Engkau memanjangkan sujud?” Jawab Rasulullah SAW: “Cucuku sedang menunggangku maka aku tidak sampai hati tidak menyampaikan kehendaknya”.
4. Solat berjemaah Didiklah anak-anak untuk cintai solat berjemaah. Tiap kali ibubapa mahu solat, jangan lupa ajak anak-anak untuk solat bersama-sama. Bagi ibubapa berkerjaya, jikalau tidak sempat berjemaah pada waktu Subuh, boleh berjemaah di waktu Maghrib. Apabila masuk waktu solat, ajaklah si manja untuk berwudhuk bersama-sama. Hamparkan sejadah di ruangan yang sesuai. Dorong anak lelaki untuk berani azan dan disusuli iqamat. Selepas solat, zikir dan doa. Boleh beri peluang untuk anak-anak bacakan doa-doa yang mereka telah pun pelajari di tadika. Tambah kemanisan solat berjemaah dengan memberi tazkirah pendek sesama ahli keluarga. Didiklah anak-anak untuk bersalaman dengan ibubapa dan memohon maaf sesama ahli keluarga. Lazimkan solat secara berjemaah dan anak-anak akan terbiasa bahkan tertunggu-tunggu dengan rutin keluarga yang ini.
5. Hadiahkan kelengkapan solat Oh, sebelum terlupa. Belilah hadiah kelengkapan solat untuk anak-anak kita seperti telekung, kopiah dan sejadah yang khusus dan menarik untuk mereka. Ini boleh menaikkan semangat mereka untuk merasa seronok bersolat. Berikan juga pujian apabila mereka memakai pakaian solat dengan sempurna sebagai satu galakan dan dorongan.
6. Dorong anak untuk solat Anak-anak kecil suka mendengar cerita-cerita. Belikan buku berkenaan solat yang mesra kanak-kanak. Bawakan kepada anak-anak kita kisah-kisah sirah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat tentang solat. Sampaikan pada mereka bagaimana Nabi Muhammad SAW sangat suka solat malam hingga bengkak-bengkak kaki Baginda. Ceritakan juga kesan dan akibat yang akan menimpa mereka yang tidak solat baik balasan di dunia atau akhirat. Teruskan memberi dorongan melalui cerita ganjaran syurga dan seksa neraka.
Ibubapa bekerjasamalah untuk bisikkan di telinga mereka sewaktu anak-anak tidur. “Anak soleh ayah, rajin solat yer nak.” Ulangi setiap malam dengan yakin dan positif.
7. Beri ganjaran Sentiasa mutaba’ah (membuat pantauan) kepada anak-anak kita sama ada mereka sudah menunaikan solat atau sebaliknya. Usah kedekut untuk memberi ganjaran dari sudut pujian dan hadiah fizikal pada anak-anak jika mereka menunjukan perkembangan yang baik dari hari ke hari.
B) PENDIDIKAN LUAR RUMAH
1. Solat di mana-mana Jika dalam perjalanan balik kampung atau pun keluar berjalan-jalan, fahamkan pada anak-anak tentang keutamaan solat. Istiqomah untuk berhenti solat di surau atau masjid. Jangan serik bawa anak-anak untuk solat bersama-sama di tempat awam.
2. Solat di tadika Sebaik-baiknya, pilihlah tadika atau pusat asuhan yang memberi pendedahan awal kepada anak-anak kita tentang ibadah solat. Jika anak-anak didedahkan dengan rutin amali solat jamaah bermula dari kecil, Insya Allah mereka lebih mudah solat tanpa disuruh-suruh. Tugas ibubapa untuk memperkemaskan dan memantapkan pemahaman tentang ibadah solat akan bertambah mudah dengan sokongan pihak tadika.
3. Solat di surau dan masjid Biasakan anak-anak ke surau atau masjid ketika mereka masih kecil lagi. Anak-anak yang sudah dibiasakan dengan suasana beribadah tidak akan kekok melakukannya apabila sudah akil baligh. Bersabarlah dengan ragam anak-anak yang pelbagai pada awal-awal latihan sebelum mereka mula membiasakan diri dan kemudiannya menjadi satu tabiat. Tambahan pula, apabila anak-anak ke masjid, potensi berkawan dengan mereka yang kaki solat juga lebih tinggi.
4. Solat di kampung Jika balik ke kampung halaman, beri ruang untuk anak-anak kita bersama sepupu-sepupu mereka untuk solat berjemaah. Dorong mereka untuk bergilir-gilir azan, iqomat, menjadi iman dan juga membacakan doa. Percayalah walaupun mereka masih kecil, mereka akan lebih cepat belajar memimpin dan berani ke hadapan jika amalan ini menjadi ‘makanan harian’ mereka. Secara tidak langsung, ia juga boleh mengukuhkan hubungan persaudaraan antara mereka bermula dari usia kecil lagi.
Kesimpulannya, dalam mendidik anak ada dua bahagian yang perlu ibubapa ambil perhatian. Pertamanya, ialah usaha ibubapa dan yang keduanya ialah doa kepada Allah SWT. Kita tidak boleh sombong dengan usaha kita semata-mata. Banyakkan berdoa kerana hati kita dan anak-anak kita adalah kepunyaan mutlak Allah SWT.
Senjata utama orang mukmin adalah doa. Doakan anak-anak setiap kali kita teringat akan mereka meskipun ketika itu kita sedang sibuk bekerja, memandu, memasak dan sebagainya. Bahkan doa ini juga perlu bermula ketika mengandungkan si manja lagi.
Boleh diamalkan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud,
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”.
Buat semua ibubapa, suburkanlah kesabaran, ketabahan dan istiqomah dalam mendidik anak-anak untuk mencintai solat. Tidak boleh dinafikan kepayahan dan cabaran yang bakal dihadapi amatlah besar. Berikan masa bagi anak merasa seronok untuk solat tanpa dipaksa-paksa. Setiap anak-anak berbeza penerimaan mereka.
Yakinlah dan positif, Allah pasti makbulkan doa kita.