Anak Berderet Tapi Rumah Kemas Je. Superb!

Share

Sepanjang PKP ni tentu anak-anak diluar kawalan ‘pergerakkannya’ di rumah terutama anak-anak yang sedang membesar.

Pening dibuatnya apabila barang-barang permainan bersepah, bilik tak kemas, ruang tamu pun penuh mainan.

Menerusi facebook wanita ini, menyediakan cara untuk mendidik anak membantu dalam menguruskan rumah.

Ikuti perkongsianya:

Anak berderet tapi rumah kemas je

Tips dari seorang kawan, saya share kat sini. Moga jadi panduan untuk diri ini dan juga sahabat FB.

1. Terima kenyataan, raikan fitrah anak-anak.

Ada seorang ibu menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah. Terpaksa bangun pkul 1 @ 2 pagi untuk kemas rumah yang bersepah macam kapal pecah. Kawan nak datang rumahpun ditahan-tahan kerana segan.

Ramai ibu-ibu faham situasi rumah jika punyai anak-anak berderet dan masih kecil. Bersepah tu dah macam wajib, kalau rumah kemas,mainan tersusun rapi je, mesti ada same thing wrong dengan anak-anak. Samada mereka demam atau hantar umah nenek.

Satu perkara kita kena terima ialah bermain itu adalah fitrah kanak-kanak. Ia dikira sebagai proses pembelajaran juga. Usah disekat naluri anak. Biarkan sahaja mereka menghayati dunia kanak-kanak yang penuh dengan fantasi dan imaginasi.

2. Disiplin dan belajar mengikut peraturan.

Anak-anak yang sedang membesar nie tidak boleh dibiarkan tanpa peraturan dan disiplin. Maksud saya bukan bertujuan untuk mengongkong, tetapi melatih mereka menjadi seorang yang bersistem dan bijak.

Time dengar azan, tanpa dolak dalih terus ambil wuduk dan bersedia untuk solat berjamaah. Itu adalah peraturan pertama yang Allah cipta untuk manusia. Cara anak faham arahan dan melaksanakan arahan tersebut merupakan skill yang paling mahal dalam hidup mereka.

3. Beri tugas dan peranan

Kawan saya kongsi bagaimana dia disiplinkan anak-anaknya sehingga hidup mereka sangat mudah, simple dan tidak memenatkan.

Setiap anak diberi peranan yang berbeza mengikut kadar kemampuan. Bidang tugas juga disusun cantik.

Anak yang umur 3-6 tahun : Bertugas kemas mainan dan kutip sampah kecil di lantai. Bukan mudah nak disiplinkan anak kecil untuk ikut arahan, tapi urusan akan jadi sangat senang bila ada contoh yang dia dapat tiru.

Anak yang 7-9 tahun : Tolong ibu jemur dan angkat pakaian di ampaian.

Anak 10 – 15 tahun akan bertugas mengikut jadual. Kawan saya hanya menyusun jadual bertugas pada hari cuti kerana waktu persekolahan anak-anak sangat penat. Musim PKP nie setiap hari pun boleh. Satu hari hadkan hanya satu tugas sahaja kerana anak-anak juga perlukan masa untuk menyiapkan tugasan sekolah.

Jumaat – Buang sampah ( Anak akan pastikan sampah dibuang dalam tong besar sebelum maghrib)

Sabtu – Basuh pinggan

Ahad – kemas meja makan

Isnin – Sangkut baju pada hanger

Selasa – Susun kasut dan selipar

Rabu – Aktiviti bebas

Khamis – kumpul kain kotor.

Tugasan bergantung kepada keperluan. Contoh siram pokok, lipat baju, masak nasi, kupas bawang dan sebagainya.

Sumber: Aminah Mat Yusoff