Anak dah meningkat dewasa tapi comel halus dan rendang je orangnya! Kepada ibu bapa yang masih memiliki anak berusia bawah 18 tahun, anda belum terlambat untuk mengamalkan tips ketinggian yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia (PHM) untuk mereka.
Mana tahu dengan tiga tips yang diberikan ini dapat membantu serba-sedikit perubahan kepada ketinggian anak-anak anda. Paling penting, amalan gaya hidup sihat yang betul buat si kecil amatlah penting bagi membantu tumbesaran mereka jadi lebih baik.
Jika anda perasan;
– Anak anda jauh lebih kecil dan rendah dari rakan sebaya.
– Sering sakit, lemah dan tidak aktif.
– Masih muat pakaian yang dipakai beberapa tahun lalu.
Jangan ambil mudah, MUNGKIN anak anda mengalami masalah bantut.
TIPS MENAMBAH KETINGGIAN ANAK!
Apa tips untuk menambah ketinggian mereka?
1. AKTIVITI FIZIKAL
Bergayut dapat meningkatkan kekuatan otot upper body dan tangan. Ini membantu untuk membaiki posture berjalan atau duduk. Sebarang aktiviti fizikal juga merangsang hormon pertumbuhan (growth hormon).
2. PEMAKANAN
Untuk hasilkan pertumbuhan tulang yang sihat dan otot, kanak kanak perlukan pemakanan yang sihat yang mengandungi vitamin, mineral & protein yang tinggi.
Jika anak jenis picky eater dan tidak makan sayur, buah dan produk tenusu anda perlu membuat strategi dengan pelbagaikan menu.
3. TIDUR
Pastikan mereka cukup tidur. Tidur awal dan tidur pada waktu yang tetap. Hormon pertumbuhan dirembeskan semasa sedang tidur.
4. Kurangkan penggunaan gadget.
Ini culprit yang paling sukar untuk ibu bapa. Anak sudah ketagih gadget, nak buat aktiviti fizikal memang tidak berminat. Waktu tidur pun mungkin terganggu.
Menerusi ruangan komen pula, PHM menjelaskan lagi bahawa tips tinggi ini hanya digunapakai untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun sahaja. Bagi golongan dewasa pula ketinggian sudah tidak boleh ditambah namun, aktiviti fizikal mampu membaiki postur badan anda dan nampak ‘terletak’.
Sumber: Facebook Public Health Malaysia