Bila nak tambah anak lagi?” Pernah tak para ibu ditanya soalan begini?
Mungkin nampak biasa namun sebenarnya memberi impak pada diri seseorang wanita.
Lebih-lebih lagi yang tengah berusaha namun belum berjaya. Ada juga dikalangan para ibu yang tidak tahu waktu bila sesuai untuk menimang cahaya mata lagi.
Bagi yang nak tambah anak atau dalam perancngan nak tambah anak, jom baca perkongsian ini dari Dr Harlina Halijah Hj. Siraj, Pakar Obstetrik & Ginekologi merangkap Penyelaras Unit Perancangan keluarga PPUKM berkenaan pendapat beliau tentang perancangan dalam memiliki anak.
Berikut merupakan perkongsian yang diberi:
Islam sangat mementingkan perancangan & strategi. Apatah lagi dalam soal melahirkan nyawa baru di dunia ini.
Sebaik-baiknya setiap kehamilan itu ‘dirancang, dikehendaki dan ditunggu-tunggu’ (planned, intended, wanted). Kiranya bila dapat tahu pregnant lagi, rasa gembira nak sujud syukur. Bukan mengeluh atau tak rasa apa-apa.
***
– Waktu terbaik hamil:
usia 20-35 tahun. Waktu ni badan kuat dan risiko rendah. Lepas usia tu penat lain macam. Tapi bergantung la, kalau kahwin umur 36 nak buat macam mana
– Sebaik-baiknya jarak 2 tahun macam dalam Quran. Kan bagus tu ada panduan sangat jelas dari Allah. Kalau tak penting takde la sebut dalam Quran kan. Dlm 2 tahun, ibu bapa sempat bagi perhatian secukupnya kepada anak dan ibu juga sempat sembuh. Dr. Harlina cadangkan lepas 2 tahun, cerai susu, kemudian baru cuba lagi. Kiranya kalau dapat adik tu bila abg/kakak dah umur 2++
-Kaedah merancang: semulajadi dan cara moden.
Kehamilan tidak dirancang selalu berlaku bila ibu bapa rancang di mulut saja “hmmm kami nak tunggu lagi 2 tahun” tapi bila doktor tanya nak guna kaedah apa, mereka jawab tak nak guna.
– “Anak itu rezeki, jadi kita tak patut tolak rezeki (tak patut merancang)?”
Rezeki anak itu ada dengaan Allah. Yang akan menguruskan rezeki adalah ibu bapa. Kalau ibu bapa tak pandai mengurus, anak seorang dua pun tak terjaga kebajikannya.
Dalam soal ni kena tengok kemampuan kewangan, kesihatan isteri dan kepandaian mengurus keluarga. Kerana anak adalah amanah. Jika anak seperti terabai, adalah lebih baik untuk tidak menambah anak buat sementara waktu.
Dr.Harlina cadangkan juga pengantin baru untuk honeymoon dulu dalam 6 bulan, kemudian baru cuba dapatkan anak. Supaya boleh saling kenal hati budi dlm keadaan sihat. Kalau dah morning sickness bagai tak boleh undur dah. Hihi. Tapi ni bergantung la pada kehendak masing-masing.
– Kehamilan tak dirancang bukan hanya bagi kesan fizikal kepada ibu malah kesan emosi. Macam ada patient Dr.Harlina yg belum lagi anniversary ke-4 tapi dah mengandung kali ke-4. Kiranya tak sempat berehat langsung! Akhirnya kena jumpa dengan psychiatrist sebab wanita tu dah mula benci suaminya
– Allah marah orang *membunuh* anak kerana takut miskin. Merancang keluarga bukanlah membunuh anak. Sebab anak itu masih belum ada dalam rahim. Cuma kena jelas niat merancang: bukan “saya taknak anak dah” tapi “saya nak ambil berat dengan anak-anak yang sedia ada..”
Kita sebagai orang luar tak seharusnya tanya bila seseorang itu ingin tambah anak atau mengkritik mereka yang belum bersedia untuk ada keluarga besar. Hanya tuan empunya badan saja yang lebih tahu dan layak membuat keputusan ke atasnya.
Walaupun anak satu saja, asalkan hidup aman dan gembira!
Kesimpulan
1. Tanya diri
2. Tanya keluarga (suami)
3. Tanya doktor
Sumber:theAsianparent Malaysia