“Anak Baru Lahir, Baru Tahu Ada Ketumbuhan.” Pernah Hidap Tumor, Naz Luah Rasa Bimbang Masa makin ‘suntuk’. Cukup Menyentuh Hati!

Share

Disebalik karakter ceria dan wajah yang tidak lekang dengan senyuman, namun siapa sangka apa yang terbuku di hati pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan ini.

Celoteh Naz atau nama sebenarnya Nazruddin Habibur Rahman tidak jemu ditonton malah ada saja gelagatnya membuatkan yang menonton tak kering gusi ketawa.

Namun, disebaliknya dia sebenarnya pernah diuji menderita tumor dalam perut. hal tersebut pernah dikongsikannya pada tahun 2014. Walaupun menurut bapa kepada tiga cahaya mata ini selamat membuang ketumbuhan tersebut tetapi dia masih perlu melakukan pemeriksaan setiap tahun.

Anak lahir, tahu diri ada ketumbuhan

Satu perkongsian yang penuh emosi, ulas Naz yang kini memasuki usia 40 tahun ketika ditemu ramah media hiburan, mengimbas kembali detik ketika dia mendapat tahu mengenai penyakitnya dan pada masa yang sama anaknya baru sahaja dilahirkan.

Menurut Naz, ketika itu jiwanya bagaikan tersentak dan membuatkan dirinya sedar bahawa ketika itu bila-bila masa sahaja hayatnya mampu ditarik Allah.

Baginya ketika itu dia hanya mampu bergantung harap pada Allah untuk mengizinkan terus hidup lebih masa lagi, untuk menjaga keluarganya.

Tambah Naz, pengalaman diuji dengan sakit benar-benar memberi hikmah dalam hidupnya akan begitu berharganya masa yang dikurniakan buat kita.

“Bila kita sedar saat Allah nak cabut nyawa, masa itu seribu penyesalan pun dah tiada guna, sekarang saya faham kenapa kesakitan itu satu hikmah.”

 “Jadi jangan sia-siakan peluang dalam hidup. Allah nak Panjang atau pendekkan kita tak tahu. Buat yang terbaik, bila bangun pagi hidup kita hanya untuk Allah Swt.

Enggan keluarga dibebani hutang

Sambil ditemani linangan air mata, pengacara itu tidak mahu keluarganya menanggung hutang atau beban selepas pemergiannya, Naz sedaya upaya mahu memberikan yang terbaik buat mereka.

“Saya berjanji dengan mereka, sekiranya saya pergi, saya tidak akan tinggalkan mereka dengan hutang…”

Mahu berubah & tingkatkan amalan

Ujar Naz, dia sendiri mengakui bahawa dirinya masih belum bersedia untuk mengadap Ilahi, tetapi hari demi hari pengacara tersebut bertekad mahu berubah dan mempertingkatkan amalan dengan lebih baik lagi.

“Setiap malam saya dan keluarga berdoa supaya kita tak lupa kita akan mati suatu hari dan kita tak boleh bawa semua ini. Jangan kita mati dengan sesat.

Jangan ditangguh, itulah pesan Naz agar pada sesiapa pernah terlintas mahu berubah perlulah melakukannya sekarang kerana sesungguhnya kita tidak tahu akan bila ajal menjemput.

Sumber : Media Hiburan nazrudinrahman