Mendengar celoteh anak-anak ketika pulang daripada sekolah memang macam-macam kisahnya. Selain kita hanya mendengar sahaja, ada baiknya diajukan beberapa soalan ini sebagaimana yang disarankan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh. Menurutnya, daripada soalan-soalan itu ibu ayah dapat memahami perasaan anak-anak di sekolah. Jom ketahui apakah soalan-soalan tersebut.
BILA ANAK PULANG DARI SEKOLAH, APA YANG PERLU IBUBAPA TANYA?
1. Makan apa di sekolah?
– Sangat penting untuk memantau pemakanan anak-anak agar mereka membeli makanan yang sihat. Lebih-lebih lagi, kita kena tahu mungkin anak kita tidak makan hari tu atas beberapa sebab ; bekal makanan tumpah, duit hilang atau duit kena pau.
– Atau mungkin juga anak kita meminjam duit kawan kerana duit hilang. Kena tahu dengan siapa dia pinjam, bayar semula esok hari.
– Sangat aku galakkan ibu-ibu yang gemar memasak dan membekalkan bekalan makanan untuk anak-anak mereka untuk memasak lebih. Ajar anak berkongsi dengan kawan mereka.
2. Beli apa disekolah?
– Ibubapa perlu tahu ke mana anak mereka membelanjakan wang saku. Ada murid, sampai sahaja di sekolah, terus habiskan wang saku!
– Paling ramai murid tewas dengan koperasi/kedai buku sekolah. Suka betul mereka membeli kat sana. Pembaris dah ada 3 dia beli lagi dua.
– Beli macam-macam benda tidak berfaedah. Sampai waktu rehat, dia dah kelaparan dan mula meminjam/meminta duit kawan.
Ads
– Malah, ada murid berbulan tidak berbelanja di sekolah. Bukan kerana duit mereka dibelanjakan awal, sebaliknya ‘diminta’ oleh kawan mereka. Murid jenis pendiam, ibubapa pula tidak bertanya. Maka kes sebegini lambat sampai ke pengetahuan cikgu untuk tindakan lanjut. Apa kau ingat cikgu ada kuasa sakti nak tahu semua benda?
3. Belajar apa hari ini?
– Penting soalan ini agar murid ‘recall’ balik apa yang mereka belajar di sekolah. Apa yang guru ajar, kemudian ‘dipanaskan’ oleh ibubapa dirumah menjadikan pembelajaran mereka hari itu kekal diingatan. Kalau tidak, hanya menjadi memori sementara. Tanya ya.
4. Ada kerja rumah atau tidak?
– Soalan ini biasanya hampir semua ibubapa bertanya pada anak. MALANGNYA, mereka sekadar bertanya sahaja. Tidak membantu bimbing anak untuk membuat kerja rumah.
– Maaf katakan, ramai murid menipu mak ayah bahawa tiada kerja rumah diberikan dan mak ayah terus percaya tanpa periksa. PERIKSA beg anak dan setiap buku untuk pastikan semua kerja rumah mereka disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Ads
.
5. Tolong periksa beg anak. Tolong?
– Tolonglah. Sesekali periksa la beg anak-anak. Bekas pensil mereka, alat tulis mereka. Ada murid dari golongan berada berbulan-bulan datang sekolah tanpa alat tulis. Meminjam je kerja dia setiap hari.
– Ada yang tak bawa buku mengikut jadual. Dia main letak ikut suka dia je. Tolong la bantu dia susun jadual.
– Ada murid bawa mainan ke sekolah tanpa pengetahuan mak ayah. Malah, pernah berlaku murid bawa kucing dalam beg nak tunjuk kat kawan-kawan! Ini bukan gurauan, ini kejadian benar.
Ads
6. Barang ini milik siapa?
– Kalau perasan ada pertambahan alat tulis dan buku, soal anak siapa punya. Kembalikan semula kepada pemilik asal barang-barang itu.
– Ada murid suka ambil barang kawan dan bawa pulang. Yang minta barang kawan pun ramai juga, kawan tu terpaksa bagi kerana diugut, ‘kalau awak tak bagi pensil tu, saya tak nak kawan’.
– Ugutan ini walau nampak remeh, tapi sangat berkesan kat budak-budak. Aku tahulah, aku kan cikgu.
7. Apa benda yang seronok/tak seronok berlaku hari ini di sekolah?
– Sangat penting mendengar jawapan anak. Membuat mereka dihargai. Membuat mereka rasa diri mereka penting.
– Kurangnya komunikasi begini dengan anak membuatkan mereka menjarak. Dan mencari rakan sebaya untuk meluahkan segalanya. Dan akhirnya mereka mula ikut-ikut kawan, perangai mula nakal dan kita susah nak didik mereka.
– Dari respon mereka kita cuba teruskan keseronokan mereka ke sekolah dan selesaikan apa yang tak seronok itu.
Musim perayaan begini memang saat paling dinantikan. Waktu inilah dapat bertemu dan berkumpul. seronok dapat berkumpul ramai-ramai sambil berborak dan makan-makan. Yang dah lama tak jumpa waktu inilah nak eratkan kembali hubungan kan. Tak kisahlah saudara mahupun teman.
Dalam keseronokan beraya, bagi ibu bapa yang membawa anak harus mengawal tingkah laku mereka di rumah orang. Jangan terlalu leka berborak sehingga terlupa anak-anak sudah ‘terlebih perangai’. Lebih memburukkan keadaan bila anak memecahkan barangan di dalam rumah.
Jangan nak salahkan tuan rumah jika perkara ini berlaku kerana sebagai ibu bapa patut disiplin dan mendidik anak supaya ‘behave’ di rumah orang.
Gambar hiasan
Situasi ini dikongsikan oleh seorang bapa yang mempunyai anak Autisme. Mengakui anaknya sangat hyper dan tak reti duduk diam, namun Bapa bernama Fais ini mengakui cukup garang dan akan menegur bila anak buat silap.
Biarpun cara yang dipraktikkan kurang dipersetujui isteri dan keluarga, namun itu adalah demi kebaikan anaknya sendiri.
Melentur buluh biar dari rebungnya, itu pendekatan yang Fais ambil. Dia juga tidak memihak pada anaknya, sebaliknya setiap ibu bapa ada cara didikan masing-masing.
Biarpun terpaksa menegur berulang kali, namun menurut Fais cara begini membuatkan anak-anak tahu apa yang mereka lakukan itu adalah salah.
Segalanya bermula daripada rumah. Justeru, nak mendidik anak supaya berkelakuan baik di rumah orang haruslah bermula dari ibu bapa itu sendiri.
Segalanya bermula dari ibu bapa sendiri. Bak kata pepatah anak itu ibarat kain putih, yang mencorakkannya adalah ibu bapa. Jadi hati-hati dalam melakar corak supaya tidak kotor dan terlihat cantik dan bersih.
Sungguh inspirasi melihat penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan umrah bersama puteri kesayangan, Siti Aafiyah Khalid menjadi kenyataan. Turut sama suami beliau.
Melalui perkongsian di instagramnya, Siti Nurhaliza telah muat naik beberapa gambar dan rakaman video salah satunya ketika beliau dan Aafiyah menuju untuk melakukan Tawaf Sunat.
“Alhamdullillah, pengalaman umrah hujung ramadhan pertama kali buat Aafiyah..
“Pengalaman yg takkan saya lupakan sampai bila bila…Aafiyah anak yg baik & mudah nak di jaga.. Semoga Umrah ini bukan terakhir buatmu anakku..Teruskan menziarahi Masjidilharam, MasjidilNabawi dan inshaaallah impian ibu kita ke MasjidilAqsa pula nanti ye.. 3 Masjid yang perlu kita usahakan utk ziarah bila kita berkemampuan.”
Sebelum ini tular kisah seekor kucing peliharaan yang sering menziarahi kubur tuannya. Menurut posting Syahrul Ayoi menerusi laman facebooknya, kucing tersebut dikatakan mengikut anak arwah tuannya yang datang melawat kubur.
Apa yang menyedihkan adalah keadaan kucing tersebut yang nampak lemah tidak bermaya.
Rupa-rupanya selepas pemergian arwah tuannya, kucing tersebut langsung tidak makan dan hanya minum sahaja.
Cerita petang tadi di perkuburan Econsave Senawang. Nak balik dari menziarahi kubur mak, ada budak nie bawak kucing yang agak lemah ke kubur. Bila ditanya, kubur tu adalah arwah ayahnya dan kucing yang dia bawak tu adalah kucing peliharaan arwah ayahnya..
Sejak arwah ayahnya meninggal sebulan lalu, kucing nie langsung tak nak makan dan hanya minum sahaja. Anak arwah nie bawak kucing nie ke kubur setiap hari bagi melepaskan kerinduan kucing nie terhadap tuannya.
Semoga arwah dibalas dengan syurga tempatnya dan semoga kucingnya ini sihat seperti sediakala…..amin
Terbaru, saudara Syahrul berkongsi kisah duka mengenai kucing tersebut yang sudah mati.
Tak sangka..pada petang jam 5.57, 01 Februari 2021…ini adalah yang terakhir ‘aulia’ ke kubur arwah tuannya dan mati pada malam itu. Patut lar sejak hari selasa sampai ke hari ini ke kubur, tiada kelibat anak arwah bersama kucingnya. Semoga Aulia dapat bertemu dan berbahagia bersama tuannya di alam sana…Alfatihah untuk arwah..
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.