“Anak Bakal Masuk Tahun 1 & Tak Boleh Baca Lagi. Mak Ayah Tak Perlu Risau.” Ibu 2 Anak Istimewa Ini Kongsi Tip. Sangat Berinspirasi!

Share

Usaha, doa dan tawakal. Itu yang dilakukan oleh ibu tabah ini. Memiliki anak istimewa bukanlah semudah yang dilihat pada pandangan mata kasar. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi untuk membesarkan anak-anaknya.

Bagi ibu cekal ini, hanya satu yang ingin dia lakukan iaitu memberikan pendidikan yang sempurna untuk masa depan yang lebih cerah. Kekurangan anak-anaknya tidak mahu dijadikan batu penghalang untuk kejayaan mereka.

Perkongsian santai oleh ibu hebat bernama Mcnor Norhayati untuk ibu bapa yang ada anak istimewa. Terutama yang mempunyai masalah ADD/ADHD/masalah pembelajaran/mild autisme. Semoga tip ini bermanfaat untuk semua!


Untuk anak-anak yang bakal masuk darjah 1, jika masih tak boleh membaca lagi…mak ayah perlu risau. Ambil peluang cuti ini untuk ajar  mereka membaca.

Saya kongsikan apa yang saya buat untuk anak saya ketika dia ( Nukman) berumur 5 tahun (8 tahun lepas).

Nukman di tadika dah 6 bulan masih  tak boleh membaca sebab dia akan buat hal sendiri, tak ikut arahan cikgu .. tak fokus….dia hanya dapat bab menghafal jer…hafal surah2 lazim dan bacaan solat semua dia hafal tapi sebenarnya masih tak boleh membaca…

Gikgu mengajar dia akan tengok bawah meja bawah kerusi…tengok skru…nak tengok macam mana kerusi dan meja tu bersambung, tengok kipas, tengok berapa watt kipas, kipas jenis apa dan ada berapa bilah kipas…semua jenis kipas siling dikajinya…hehe…

So di rumah pulun ajar baca menggunakan buku Read Easy dan Bacalah Anakku.(buku ni guna kaedah fonetik@phonics)..Alhamdulillah..3 bulan buat dengan konsisten Nukman dah dapat baca dengan lancar…cara dia baca dengan dia tak lebih dari 5 minit..sebab budak ADD or ADHD mmg ada masalah bab fokus..fokus kurang dari 5 minit sahaja…so sekali baca kena 1  page or 2 page sahaja.

Lepas tu bagi main 10 minit, kemudian panggil balik baca 5 minit…macam tu lah seterusnya…buat dalam 10-12 sesi sehari…dapatlah lebih kurang dekat sejam…buat secara konsisten…inshaallah anak yang ada masalah pembelajaran lama-lama boleh membaca…yang penting jangan putus asa.

Untuk Nafiz saya tak pernah ajar membaca…tapi masa dia umur 2 tahun, selalu baca buku dengan dia…kita baca dia dengar…dan saya guna apps starfall…memang hari-hari  Nafiz akan guna apps ni sebab dia ajar membaca semua guna phonics….Nafiz dia ada speech delay. Maksudnya memang tak keluarkan satu perkataan pun sehingga umurnya 5 tahun.

Tetapi umur 5 tahun tiba-tiba Nafiz boleh bercakap dan terus boleh baca bahasa melayu dan bahasa Inggeris. Nafiz juga ada ada hyperlexia sebab dari kecil memang obses pada huruf-huruf  yang bergerak di tv Apabila keluar apa-apa perkataan, dia akan tampar tv sebab obses…hehe…

#myASDADDAdHdsons