Anak Asyik Gosok Mata Dan Baca Buku Dekat Antara 9 Tanda Anak Kena Jumpa Optometris. Take Note Ibu Ayah!

Share

Ramai ibu bapa cakna dengan kesihatan anak, namun tidak semua peka dengan deria penglihatan anak.

Hal ini nampak biasa saja tapi sebenarnya ia memberi kesan kepada aktiviti dan perkembangan anak itu.

Apabila penglihatan anak terjejas, ia secara tidak langsung fokus kepada pembelajaran anak.

Hakikatnya ini yang perlu ibu ayah tahu, sebagaimana yang dinyatakan oleh puan Maryam Jamadi yang merupakan terapi Paediatric Occupational Therapist yang aktif di media sosial berkongsi ilmu bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai keperluan dan kelainan yang berbeza. Bagi yang merasakan  anak mempunyai kelainan terhadap perkembangan, ibubapa boleh rujuk ke Occupational Therapy.

Bacaan lanjut:  Harga Emas Turun Hari Ni, Ramai Serbu Nak Beli, Lelaki Ini Jelaskan Sebab Berlaku Macam Ni.

Masalah visual boleh menjadi penyebab kelewatan perkembangan anak.

“Boleh tolong check mata anak saya, dia suka menjeling bila nak fokus sesuatu” 

Sebenarnya sudah hampir setahun saya perasan kadang-kadang Eva lihat sesuatu guna ekor mata kiri, lagi-lagi semasa menonton TV ataupun aktiviti di atas meja yang memerlukan fokus.

Lama tangguh nak bawa Eva check mata sampailah masa akhir bulan Mei hari itu, cermin mata saya bengkok disebabkan anak kedua saya.

Mujurlah kedai cermin mata dibuka semasa PKP, alang-alang bawa Eva sekali check mata. Untuk pengetahuan, seawal anak umur 2 tahun mak ayah dah boleh buat pemeriksaan mata.

Bila visual anak ada masalah, ia boleh jadi punca terbesar kelewatan perkembangan anak terutamanya skil motor halus dan seterusnya masalah pembelajaran. Kerana,

80% pembelajaran anak bergantung kepada perkembangan visual.

Banyak juga kes masalah perkembangan yang melibatkan anak normal atau anak Autisme, ADHD dan lain-lain yang saya minta mak ayah rujuk pegawai optometris untuk periksa tahap visual anak.

Sekiranya ada masalah visual, perlu lakukan terapi penglihatan dahulu baru akan nampak peningkatan dalam perkembangan anak.

Ada juga kes yang bila anak pakai cermin mata, baru skil menulis dan pembelajaran anak di sekolah meningkat.

Bawa jumpa Optometris jika anak ada ciri-ciri ini.

Gambar sekadar hiasan

Mak ayah sekalian,

Jika perasan anak ada ciri-ciri ini disarankan bawa anak periksa mata dengan optometris bertauliah:

1. Terlalu sensitif dengan cahaya (dalam atau luar rumah)

2. Mengelak atau tidak suka aktiviti mewarna, puzzle atau yang memerlukan fokus mendalam (cari perbezaan 2 gambar, cari barang, maze dll)

3. Mata anak tidak selari kanan dan kiri.

4. Membaca buku terlalu dekat.

5. Buat mata sepet bila melihat sesuatu.

6. Kerap menggosokkan mata.

7. Gerakkan biji mata ke dalam dan keluar.

8. Memusingkan kepala bila cuba fokus sesuatu.

9. Nampak resah bila cuba fokus.

Saya memakai cermin mata sejak umur 11 tahun, selama pakai cermin mata banyak juga pengalaman pakai cermin mata yang tidak serasi dengan mata saya. Ada yang power tinggi sangatlah, terang sangatlah sampai buat saya pening kepala.

Tapi sejak saya belajar di UiTM, Fakulti Sains Kesihatan, baru saya tahu kewujudan bidang optometri. Rupa-rupanya berbelas tahun saya pakai cermin mata, tidak pernah lakukan pemeriksaan mata menyeluruh dan buat cermin mata pun di kedai asal boleh. Saya syak, bukan diperiksa oleh Pegawai Optometris bertauliah.

Pernah juga beberapa tahun pakai contact lens, main pakai sahaja tanpa periksa kondisi mata. Bila saya buat pemeriksaan mata di Klinik Optometri UiTM, dapat tahu kondisi mata saya tidak berapa baik dan perlu cuti pakai contact lens beberapa bulan.
Sudahnya, sehingga sekarang saya jarang pakai contact lens. Tapi alhamdulillah kondisi mata saya dah baik dan dah boleh pakai contact lens semula (jika mahu ).

Yang menariknya, sejak saya periksa mata dan pakai cermin mata dari Klinik Optometri UiTM Puncak Alam 9 tahun lepas, sehingga kini power mata saya tidak naik. Saya fikir mungkin kalau saya buat cermin mata dengan optometris bertauliah dari umur 11 tahun, power mata saya tak adalah tinggi seperti sekarang. 🥲

Dalam kes Eva, alhamdulillah tiada masalah yang serius. Eva lulus semua ujian mata, mungkin ia lebih kepada habit Eva fokus guna 1 mata, masih boleh diperbaiki lagi sebab Eva masih kecil. Optometris juga ada ajar saya dan Eva terapi latihan mata yang perlu dilakukan seminggu sekali.

Syukur sangat. 

Di musim pandemik ini, saya pasti anak-anak kita banyak terdedah dengan skrin. Anak yang belajar di pra-sekolah pun belajar PdPR guna skrin. Pendedahan yang berlebihan boleh menyebabkan risiko masalah visual seterusnya mengganggu proses pembelajaran anak.

Sekiranya perasan anak ada simptom di atas, nasihat saya bawalah anak jumpa Optometris segera. 

Semoga bermanfaat bagi yang membaca.

Lokasi: ESSEN Optometry , Johor Bahru

Sumber: Maryam Jamadi

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club